I | 13

2K 191 19
                                    

KERTAS di hadapannya dipandang kosong oleh Rian. Dia menghela nafas panjang apabila terasa kepalanya mula berdenyut. Tubuh disandarkan di belakang kerusi manakala tangan masih di atas meja studi. Dia gigit perlahan bibir sendiri sambil jari telunjuk mengetuk meja beberapa kali mengikut irama yang dia sendiri pun tak tahu.

Nak berhenti belajar boleh tak? Dah tak sanggup nak hadap semua ni. Kepala dah tak boleh nak terima semua input ni. Dah nak muntah dah baca nota, urgh! Rian pejam mata sendiri sebelum dia buka semula tiga saat lepas tu. Spontan mata terarah kepada sekeping polaroid yang terlekat di moodboard depan meja belajarnya. Gambar dengan Echa, yang diambil waktu dia tengah jadi 'anak yang ditinggalkan' kat rumah Aunty Khalida dua minggu lepas.

Serta-merta Rian tersenyum apabila teringat balik tentang tu. Sia-sia rasanya dia panik seorang-seorang sebab takut sangat nak duduk rumah Aunty Khalida. Padahal cuma seminggu. Dan lepas dah lalui seminggu tu, Rian dah boleh dah cakap seminggu yang dia alami tu akan kekal sampai bila-bila dalam memori dia.

Memori berharga apa. Salah satu benda yang rasanya dia akan mampu alami sekali je seumur hidupnya.Sekurang-kurangnya dapat kenal keluarga Akief, yang layan dia dengan sangat baik. Dapat merasa ada adik yang clingy dan sangat kepoh, walaupun hanya seminggu. Dan paling penting, dapat tengok sisi baru dalam hidup Akief yang selama ni mamat tu tak pernah tunjuk waktu kat sekolah.

Akief yang sangat family-oriented. Akief yang sangat hormat dengan ayahnya, sangat soft-spoken dengan ibunya dan so-lovingly playful dengan adiknya. Dan terlintas dalam kepala Rian, mungkin Akief taklah se-trash yang dia labelkan mamat tu selama ni.

Dah dua minggu berlalu sejak tu. Maknanya dah dua minggu sejak mommy terbang tinggalkan Rian. Tak sedar pun dah dua minggu sejak kali terakhir Rian dengar budak Echa tu merengek sebab tak puas hati dengan Along dia.

Dua minggu ni Rian sibuk sangat catch up dengan segala silibus yang dia tertinggal sepanjang tak masuk kelas. Sebab tu tak sedar pun cepat sangat masa berlalu. Inipun Rian rajinkan diri untuk buat ulangkaji sebab minggu depan dia bakal tak masuk kelas sepanjang seminggu. Ada pertandingan debat kat luar negeri.

Dan dalam dua minggu ni juga Rian kurangkan sendiri aktiviti luar dia. Keluar hang out dengan mamat enam berangkai tu pun dah jarang sangat. Paling kurang sekarang ni, Rian cuma boleh habiskan masa dengan diaorang waktu dalam kelas. Rindu pula tetiba dengan kawan-kawan dia yang kecoh tu.

Aiyo. Rian melepaskan pen di tangan. Digantikan dengan telefon bimbit yang dia letak kat tepi, tak berusik sejak tadi. Baru je jari nak menekan keypad untuk tengok kut-kut group chat diaorang tengah bernyawa waktu itu, perbuatannya terhenti apabila terdengar ketukan di luar pintu biliknya.

Tiga kali ketukan, pintu terkuak dari luar diikuti kepala Puan Diana yang menjenguk masuk.

"Adik."

Kening Rian berkerut tengok mommy dia senyum kemain lebar. Puan Diana dah macam baru lepas dengar berita gembira turun dari langit je.

"Yes, mommy?" Rian buat gaya baik. Yalah, panggilan 'adik' ni selalunya cuma daddy dengan Abang Arriz je yang maintain gunakan. Mommy guna setiap kali mood tengah elok je.

"Akief datang."

Confuse lima saat. Kening Rian berkerut halus. Ulang balik ayat Puan Diana dalam kepala macam tak percaya dengan apa yang dia dengar.

UndefinedWhere stories live. Discover now