I | 20

1.2K 118 11
                                    

[Hujung Disember 2005]

RIAN pandang skrin besar di hadapannya. Mencari nombor flight yang bakal dinaikinya sekejap je lagi daripada senarai yang tertera di dalam jadual penerbangan yang terpapar. Sekejap je lagi tapi jujur dia tak terasa nak pergi. Sungguh. Hati berat. Langkah berat.

Barang semua dah siap check-in. Tinggal lagi backpack dan Mr. Dora yang berada di sisinya.

Dia menghela nafas panjang. Jadual penerbangan dipandang lagi sebelum pandangan beralih pula kepada jam di pergelangan tangan. Melihat jarum jam yang semakin mendekat, Rian mengetap bibir sendiri. Dan akhir sekali, dia menoleh. Memandang orang ramai yang lalu-lalang di sekelilingnya. Hati kecilnya mengharapkan sesuatu.

•••

Melodi Fall For You - Secondhand's Serenade bergema kuat. Echa kerut dahi cuba mencari punca melodi yang kedengaran itu sebelum dia menolak pintu yang sedikit terbuka. Seketika kemudian, terbit senyuman di bibir gadis itu. Along rupanya.

Baru je Echa nak menikmati alunan piano hasil gerakan jari-jemari Alongnya, Fall For You terhenti di tengah lagu. Diikuti bunyi yang entah apa-apa sebelum bunyi berdenting kuat menamatkan alunan melodi tadi. Echa tersentak. Terbuntang mata melihat Alongnya yang dah merebahkan kepala di atas kekunci piano.

"Along!" Echa menyeru, geram. "Apa buat gaya main lagu tak habis ni, Long?"

Akief membuka mata yang terpejam. Daripada suara dah tahu, Echa yang menegur. Akief hanya membalas teguran adiknya dengan pandangan mata. Mood malas nak bercakap.

"Ingat kenangan lama ke, Long?" soal Echa, memancing. Buat biasa walaupun tahu ada yang tidak kena dengan mood alongnya. Dia melangkah lantas duduk di sebelah Akief.

"I'm not in the mood." Mendatar suara Akief. Terlindung kerana masih menunduk.

I'm sure you are. Echa menyahut dalam hati.

"Lagu tu yang Kak Rian main tu kan?"

Akief menggumam. Mengiyakan. Matanya kembali dipejamkan mendengar nama itu disebut. Rian pernah tunjuk skill main piano sewaktu gadis itu 'berkampung' di sini beberapa bulan yang lalu. Lagu tadi tu la, Fall For You. Sejak tu asal dengar lagu tu saja, terus kepala teringat Rian,

"Talking about her... rindu pula dengan Kak Rian." Echa senyum. Tak sedar bahawa pengakuannya membuatkan jantung abangnya bagai ditoreh-toreh.

"Call la bagitahu kat Kak Rian kau tu. Bagitahu Along buat apa." Datar je suara Akief membalas.

Echa cebikkan bibir. Seketika gadis itu diam tak berkutik di sebelah Alongnya sebelum sesuatu melintas di benaknya.

"Oh ya, Cha ada something nak tunjuk kat Along. Kejap Cha pergi ambil." Laju Echa berdiri dan sekelip mata keluar dari bilik itu.

Akief hanya membiarkan. Dan the moment Echa keluar, telefonnya berbunyi.

Panggilan masuk. DH.

"Hi-lo. Wassup?" Ayat konon bersemangat tapi suara lemah tahap tak ingat.

"Kief! Kami semua on the way to the airport. Nak jumpa Rian sebelum dia fly balik Brussels kejap lagi. Kau nak join tak?" Suara DH bagaikan tak sempat bernafas pun. Dalam satu nafas dia menuturkan.

Akief diam. Kalendar yang dilekatkan di hujung bilik dipandang. Hari itu adalah D-day. Hari Rian balik ke Brussels, kembali ke tempat daddy gadis itu bertugas. Informasi itupun Akief dapat tahu daripada sahabat berlima itu.

UndefinedWhere stories live. Discover now