II | 25

903 104 8
                                    

"LIKE a fate, eventually you will meet them by chance."

Rian menghembus nafas panjang sambil membawa langkah masuk ke ruang utama lapangan terbang itu. Entah kenapa, tiba-tiba je kata-kata Lisa itu terngiang di telinga. Pulak tu dengan imej 'them' yang terus muncul dalam kepala. Siapa lagi kalau bukan mereka berenam yang sentiasa hidup rent-free dalam hati dan fikiran Rian.

Sebab itu Rian malas nak fikir. Sebab bila dia dah mula berfikir, hati dan fikirannya mula la overthinking. Lepas tu mulalah anxious sendiri memikirkan segala kemungkinan. Ugh!

Jam di pergelangan tangan dipandang. Kemudian dia memandang jadual ketibaan yang terpapar di skrin besar. Flight yang Kak Fiya naik baru aje landed kejap tadi. Alright. You arrived exactly on time, Ariana. Sekarang ni, hidung terhidu aroma coklat panas. Kalau macam ni, sempat lagi pergi cari port beli minuman kejap.

Rian pantas berundur ke belakang sebelum berpusing. Namun, belum sempat mengorak langkah....

Pak! Bunyi benda yang jatuh terhempas terus menampar gegendang telinga Rian. Matanya membulat memandang lantai dan melihat sebuah telefon pintar selamat landing atas lantai. Dengan keadaan skrin yang dah retak seribu.

Opss! Rian tekup mulut sendiri. Baru dia tunduk nak mengutip telefon itu namun tak sempat lagi tangan mahu menyentuh, dahinya pula terhantuk dengan kepala seseorang yang serentak menunduk dengannya.

"Allah," ucap Rian spontan. Tangan yang tadi naik menekup mulut kini dah beralih ke dahi. Gila punya sakit dahi aku! Dia terhantuk dinding konkrit ke apa?

"Ariana?"

Hilang sudah memori tentang telefon yang retak. Juga hilang terus sakit di dahi akibat terhantuk tadi. Kini Rian rasa nak bersorok kat sudut dinding mendengar suara itu. Suara yang dia kenal sangat walaupun dah bertahun tak dengar. Dan kalaulah memori Rian masih tidak silap, tak mustahil kepala yang terhantuk dengannya tadi sekeras konkrit kerana kepala Apek memang keras macam sut Iron Man.

Dan... ding dong deng! Rian jatuh rahang melihat lelaki yang kini berdiri di hadapannya. Yang sedang memandangnya dengan mata yang beria dikecilkan, walaupun mata si pemilik itu sebenarnya dah cukup kecil dah.

Serius Rian rasa nak sembunyi kat sudut.

"Ariana kan? I'm not wrong, right?" Suara Apek kedengaran lagi.

Rian senyum. Seribu satu emosi menyerbu ketika itu. Cuma yang paling utama, entah mengapa rasa sebak pula mendengar nama sendiri dituturkan oleh one of the six, jelas di hadapannya ketika itu.

"Apek," balasnya perlahan. Sekaligus menjawab soalan Apek.

Dan kali ini giliran Apek pula yang jatuh rahang. Sesaat sebelum senyuman memekar di bibir lelaki itu.

"Oh my God! Is it really you Nurul Ariana Iskandar?" Apek tak puas hati lagi. Masih nakkan kepastian.

Lambat-lambat Rian angguk. Anggukan yang membuatkan senyuman Apek terus berganti tawa. Gembira, tak sangka dan speechless bergabung menjadi satu.

"Akulah tu," tambah Rian lagi. Menambah kepastian sekali lagi. Kut tiga soalan Apek tadi masih tak cukup.

Dan melihat Apek tertawa di hadapannya hanya mampu membuatkan Rian mengukir senyuman. Nak lari sembunyi pun dah tak sampai hati melihat member sebegitu gembira bertemu semula dengannya.

Cuma balik kejap lagi nak jentik kepala Lisa tiga kali. Sebab sungguhlah kata-kata yang Lisa tuturkan kepadanya sebelum dia keluar pagi tadi jadi kenyataan. Sekelip mata, poof! Macam tu je.

UndefinedWhere stories live. Discover now