II | 24

708 93 3
                                    

"LISA!" Suara yang menjerit dari tingkat atas itu membuatkan Lisa kerut dahi. Tapi respon hanya takat itu sajalah. Tangan masih lancar menaip di atas keyboard. Laporan yang dia tengah taip ni kena hantar esok. Kalau tak siapkan hari ni, memang menempah mautlah namanya. Sebab itu buat masa sekarang Lisa tak nak melayan sebarang iklan yang boleh mengganggu fokusnya.

"Melissa!" Suara Rian kedengaran lagi sekali.

Tapi kalau dah yang namanya Rian, mana boleh Lisa ignore. Dia ada soft spot lain macam untuk sahabat yang seorang ni. Lagipun nada suara urgent semacam je budak seorang tu.

"Iyeee." Akhirnya dia menyahut juga. Itupun dengan suara panjang meleret.

"Nampak Mr. Dora aku?"

Lisa terus tergelak. Aduhai, Ariana! Ingatkan apa bendalah tadi. Ini namanya saja nak minta ketuk kepala ni.

"Kau menjerit bagai nak rak sebab cari si Mr. Dora tu ke?" Soalan itu diajukan sambil mata memandang tajam ke arah Rian yang baru turun dari tingkat atas. Nampak muka je pun dah tahu dah budak tu tengah kusut cari si Mr. Dora kesayangan tu.

"Dah tu? Aku baru perasan yang dia tak ada dalam bilik. Kau ambil eh?" tuduh Rian dengan mata sengaja dibulatkan. Konon dah garang sangatlah tu buat muka macam tu.

"Eh, eh...aku pula. Tak adanya aku nak ambil Mr. Dora kau tu. Aku ada bantal busuk yang lagi sentimental kalau nak dibandingkan dengan kucing tak bertelinga kau tu tau." Lisa menjawab laju. Masih juga fokus dengan kerjanya.

"Maka? Kau seorang je pun yang ada dalam rumah ni. Takkan aku pula yang sembunyikan dia. Kalau aku nak sembunyi pun, mestilah aku sembunyikan tempat yang aku dapat jumpa kan?"

Lisa dah rasa nak tepuk dahi. Haih! Ini memang boleh mengakibatkan hilang fokus. Rian ni sungguhlah.

"Ariana, bukan ke kau sendiri yang bawa kucing tak bertelinga tu turun pagi tadi? Lepas tu kau yang bawa dia masuk bilik hujung tu masa kau nak iron shawl kau. Tak ingat?"

Mendengarkan itu, laju Rian berlari ke bilik hujung. Dan tak sampai lima saat, kedengaran suaranya menjerit kecil sebelum dia muncul dengan Mr. Dora di dalam pelukan. Muka riang gembira dah mengalahkan budak-budak baru dapat hadiah Krismas je.

"Aku tak ingat langsung!"

Lisa tersenyum. Kepala tergeleng perlahan.

"Aku dah agak dah. Kau tu kira bersyukur sebab masih tak terlupa rumah sendiri kat mana, tahu tak?"

Rian ketawa lantas duduk di atas sofa di belakang Lisa. Matanya dikecilkan memandang skrin komputer riba sahabatnya itu.

"Report?" Ringkas Rian menyoal. Tangan sebelah kanan mencapai remote control di sebelah komputer riba Lisa. Menghidupkan televisyen. Beberapa kali menukar channel sebelum akhirnya memilih siaran kartun animasi.

"Yep." Sama ringkas juga jawapan yang diberikan Lisa.

"Due bila?"

"Esok."

Rian terangguk-angguk. Duduk serumah dengan Lisa dah bertahun ni dah cukup membuatkan Rian faham dengan sikap gadis seorang ni. Lisa, kalau tengah ada kerja, memanglah fokus tahap tak boleh bawa bincang. Ganggulah macam mana pun, tetap akan buat kerja dia sampailah siap. Multitasking power Lisa ni. Kadang boleh siapkan 10 muka surat report sambil duk bergosip dengan Rian.

"Tadi Eugene heret kau gi mana?" soal Lisa. Balik rumah tadi tengok Rian tak ada. Memang dah dapat agak pun Rian pergi mana. Budak Rian ni bukan ada tempat dia suka berjalan kecuali ulang-alik dari rumah ke universiti dan dari universiti balik semula ke rumah.

UndefinedWhere stories live. Discover now