I | 14

2.9K 209 40
                                    

"KORANG." DH bersuara tiba-tiba, cuba nak meraih perhatian rakan-rakannya yang lain. Masing-masing tengah sibuk dengan hal sendiri. DH perhati je sejak tadi. Ini Rian tengah tak ada ni, DH sajalah duduk di tempat duduk budak tu. Baru tahu rupanya dari tempat duduk budak ni, boleh nampak jelas segala kegiatan mereka yang lain

Jun dengan Syuk tengah berbual entah apa di depan. Dan di meja sebelah, meja yang biasanya diduduki bertiga oleh DH bersama Apek dan K-oi, K-oi tengah sibuk dengan homework dan Apek pula entah berleter apa. Tu DH tahu sangat. Sengaja kacau K-oi la tu. Aktiviti Apek paling suka.

"Aku rindu Rian."

Pengakuan tiba-tiba DH membuatkan Akief di sebelahnya laju menoleh. Yang empat orang tu pun nampaknya dah tertarik sama memandangnya.

"Whoa, bro. Tak tahu pula kau ada hati kat Rian?" Akief balas. Ada gurauan dalam nada suaranya tapi ada juga terselit something yang DH agak malas nak buat analisa buat masa sekarang.

Sebab priority DH adalah untuk cebikkan bibir sekali dengan jelingan tajam ke sebelah. Sebagai tanda betapa mengarutnya kata-kata balas yang dia dengar daripada Akief kejap tadi.

"Rindu, platonically la... kau ni pun! Kau memang tak pernah ke rindu kawan sendiri?"

Akief buat muka sekejap ke arah DH. Seolah soalan DH buat dia berfikir tentang sesuatu yang dia tak pernah fikir.

"Kau jangan nak auta, DH. Kau rindu Rian ke kau rindu budak tu punya brain? Ni mesti sebab kau tak ada tempat nak copy homework kan?" Suara Jun kedengaran menyampuk.

Wajah berfikir Akief terus digantikan dengan gelak mamat tu. Confusion yang jelas di wajah Akief tadi terus hilang macam tu aje dan ketawanya bersatu dengan tawa yang lain.

"Entah DH ni. Acah-acah baik pulak dia." K-oi pula menambah.

DH dah julingkan mata sendiri. Saja buat muka sebab geram dengan kawan-kawan dia yang tak pernahnya lepaskan peluang nak saling mengutuk ni. Kalau ada peluang nak kutuk antara satu sama lain, kemain laju lagi diaorang ya. Terutamanya kalau yang kena kutuk tu bukan diri sendiri.

"Okey, tu salah satu sebab la kut. Sebab to be honest, aku tak boleh nak percaya jawapan Syuk yang dia bagi aku copy tadi." DH membalas. Dah perangai macam tu kan. Dia pun grab ajelah peluang nak kenakan Syuk balik.

Syuk terus hantar pandangan menyampah ke arahnya, yang hanya dibalas dengan tawa oleh DH sebelum dia buka mulut lagi.

"Tapi korang tak rasa ke macam kurang something sebab budak tu tak ada? Macam tak berseri langsung." Bebola mata DH bergerak membaca satu persatu reaksi rakan-rakannya. "Ke aku seorang yang rasa macam tu?"

"Nah, I second that." Apek yang membalas, memberi sokongan dari sebelah. "Memang rasa lain macam sikit budak tu tak ada."

"Kannnn?" Panjang harakat DH membalas. Gembiralah sebab dah ada penyokong. Sekurang-kurangnya dia tahu apa yang dia rasa tu bukan sesuatu yang tak normal.

"Betul. Tak de orang nak layan aku merepek." K-oi di meja sebelah pun dah bagi sokongan sekali. Mulutnya memuncung.

"Ini kalau Rian dengar, mesti kembang setaman budak tu dibuatnya. Dia baru tak ada dua hari, korang dah kemain teringatkan dia."

"Yelah. Seminggu kut kita punya sifu hilang. Maknanya seminggu jugalah kena buat homework sebab tak ada sumber nak copy paste."

"Amboi, niat tak suci sungguh!" tempelak Akief.

"Kau tak payahlah nak cakap pasal niat tak suci sangat dengan aku, Kief. Kau pun salah seorang jemaah copy paste homework Rian jugak." DH membalas balik.

UndefinedWhere stories live. Discover now