I | 19

713 101 3
                                    

DUA minggu seterusnya hectic sangat untuk mereka. Memandangkan mereka dah masuk ke minggu-minggu terakhir sebelum SPM, semuanya sibuk sangat mengejar kelas tambahan dan ujian yang semakin bertimpa-timpa. Segala kerja dan latihan yang diberikan dah tak cukup masa nak siapkan. Apatah lagi nak mengejar segala aktiviti hujung tahun.

Jadi Rian tak ada masa untuk memikirkan tentang pertengkarannya dengan Akief. Apa yang berlaku antara mereka pun cuma tersimpan tanpa pengetahuan sahabat-sahabat mereka yang berlima itu. Pemuda berlima itupun tak perasan langsung ada yang tak kena. Yalah, sebab sebelum pertengkaran dengan Rian tempoh hari pun, Akief sememangnya dah jarang nampak batang hidung.

Jadi, tak ada siapa yang perasan pun ada perang yang baru meletus antara rakan-rakan mereka sendiri.

Entahlah! Bila difikirkan semula. Rian akui memang salahnya kerana terbawa dengan emosi sendiri. Entah dah berapa lama berbuku, dia sendiri tak sedar. Tahu-tahu je dah meledak disebabkan hal kecil yang dibangkitkan Akief tempoh hari.

Dia akui salahnya. Dan rasanya memang patut sangat segala apa yang dikatakan oleh Akief ketika itu. Cuma dia tak tahu bagaimana mahu meminta maaf kepada Akief. Apatah lagi apabila teringatkan nama lelaki itu je dah cukup untuk membuatkan Rian teringat semula segala butir perkataan yang dilontarkan oleh Akief tempoh hari.

Sungguhlah Rian rasa tebal mukanya apabila teringat semua yang dikatakan Akief. Dia memang tak sedar diri. Memang patut kena sound dengan Akief.

"I feel like dying." Suara DH memecahkan lamunan Rian. Tersedar yang dia kini berada di bilik diskusi rasmi mereka. Sedang menunggu yang lain untuk sesi ulang kaji berjemaah hari itu.

Di hadapannya, DH menyembamkan muka ke atas meja. Nak muntah hijau dah tengok segala formula Fizik kat depan mata.

"You feel like dying? I might be dead already," sahut Jun di hujung meja. Tengah berdepan dengan formula Kimia pula.

Rian tersenyum melihat gelagat rakan-rakannya itu. Mereka sedang menanti kedatangan Apek dan K-oi je lagi, sebenarnya.

"Korang tahu tak pasal Mandel's Law?" Syuk ajukan soalan rambang, tiba-tiba. Sekadar mengisi masa yang ada.

"Mandel? Siapa tu? Is he someone genius like Einstein?" DH membalas, lurus-bendul. "Aku first time dengar kut nama tu."

Syuk dah ketawa dengan kepala menggeleng perlahan.

"His name is somewhere dalam buku yang kau tengah baca tu, DH. Mandel's Law tu baru je naik dalam ujian yang Sir Ganesh bagi seminggu lepas tau."

"Gila kau tanya aku pasal soalan seminggu lepas? Soalan yang aku baru jawab pagi tadi pun aku dah lupa, apatah lagi 'cerita' seminggu lepas." Selamba DH beralasan.

"Aku tension betullah dengan segala law yang ada ni. Dia orang cipta macam-macam law, kita pula yang nak kena ingat," komen Jun. Stres sangatlah kononnya tu.

"Kan? Aku terus-terang law yang aku ingat, law of the jungle je." Komen DH menyebabkan Syuk tergelak sendiri. Law of The Jungle tu tajuk program TV.

"Cita-cita kau nak jadi Tarzan ke, DH?" soal Syuk. Bergurau.

"Orang ingat Mandel's Law, Newton's Law semua sebab itu yang masuk SPM. Kau ingat Law of The Jungle nak buat apa? Bila masanya kau pergi menuntut ilmu dengan Tarzan yang aku tak tahu?"

Pecah ketawa di antara mereka dengan lawak tak seberapa lucu tu.

Serentak pintu bilik diskusi itu dibuka. Muncul Apek dan K-oi di belakang pemuda itu.

UndefinedWhere stories live. Discover now