I | 12

1.6K 167 19
                                    

"EH? Awal pulak Along hari ni." Suara Echa memecahkan suasana aman harmoni di meja makan pagi itu. Rian yang duduk di sebelahnya turut sama mengangkat kepala, memandang ke arah Akief yang baru je turun dari tingkat atas. Dah lengkap dengan seragam sekolahnya dan senyum seindah suria terukir di bibir mamat tu.

Rian tahu kenapa Echa beria dengan reaksi ala-ala dramatiknya tu. Sebab kalau mengikut kata Echa, Alongnya tak pernah turun sarapan pagi.

"Along ada penyakit gerak lambat tiap-tiap pagi." Itu yang Echa bagitahu Rian, dua hari lepas apabila Rian buat muka pelik sebab Akief tak muncul-muncul kat meja makan walaupun dah dekat waktu nak gerak pergi sekolah. Dan kata Echa lagi, disebabkan Akief bawa motosikal sendiri ke sekolah, dia tak payah nak risau dirinya jadi mangsa kelambatan Alongnya.

Ya. Hari ni dah masuk hari kelima dia duduk menumpang di rumah keluarga Akief. Hari ketiga dia gerak ke sekolah dihantar oleh Puan Khalida. Setakat ni, Rian bolehlah agaknya cakap yang dia bangga dengan diri sendiri. Sebab dia berjaya behave dan berjaya lalui hari-hari yang dah lepas tu dengan jayanya.

Dan mungkin sepanjang hari-hari yang berlalu tu, Rian bolehlah kata yang semua ni taklah sesukar yang dia bayangkan?

Whatever! Rian sebenarnya tak ada masa nak membayangkan apa-apa sekarang ni. Sebab dia ada pertandingan hari ni. Yang maknanya dia sepatutnya lebih fokus untuk ingat balik semua nota dan poin-poin penting yang dia dah hadap berjam-jam lamanya sejak beberapa bulan lalu.

Dengan senyuman arrogant, Akief menghampiri meja makan lantas mengambil tempat di sebelah Puan Khalida.

"Orang lambat dia bising. Orang awal pun dia bising jugak," rungut Akief sambil buat muka ke arah adiknya.

"Dah selama ni tak pernahnya nak awal. Tiba-tiba hari ni buat perangai aneh." Encik Farid yang membalas.

Kata-kata balas itu menyebabkan Akief tarik muka ke arah ayahnya pula. Lebih-lebih lagi apabila dah kedengaran gelak Echa mengisi suasana pagi itu. Dengan Rian sekali dah tergelak kecil.

"Ayah ni apa anehkan Along pulak."

"Dah memang aneh. Mimpi apa malam tadi, Long?" Encik Farid masih lagi join sekaki mengenakan anak bujangnya. Senyuman pelik terukir di bibirnya.

Akief hanya diam tak membalas. Matanya menghantar pandangan tajam ke arah Echa yang masih lagi dengan tawa terhibur sebab dapat sokongan ayah sendiri.

"Along salah makan kut malam tadi." Echa tambah modal.

"Tak pun dapat hidayah lepas solat Subuh pagi tadi." Puan Khalida pun tak ketinggalan dah menggiat sekali.

Rian ketap bibir sendiri, tahan diri daripada terlepas gelak tak senonoh sebab dapat tengok Akief jadi bahan satu keluarga awal-awal pagi macam ni. Nasib baiklah tak dapat rakam. Kalau tak, ini bahan blackmail paling berharga ni. Bila lagi nak tengok Akief jadi mangsa macam ni.

Walaupun sebenarnya Akief tetap je dengan muka bersahajanya lepas kena serang kiri dan kanan. Stoic je muka macam tak ada apa sehinggalah Encik Farid yang dah siap bersarapan bangun dari duduknya. Dah bersedia nak gerak ke pejabat.

Sempat juga Rian terima ucapan 'good luck' sebelum Encik Farid berlalu ke ruang depan diiringi Puan Khalida. Dan tak lama lepas tu dah kedengaran bunyi kereta Encik Farid meninggalkan perkarangan rumah.

"Alamak!" Bunyi kereta Encik Farid berlalu, digantikan pula dengan suara Echa yang tiba-tiba kedengaran.

"Cha lupa satu buku." Dan gadis itu terus tinggalkan meja makan, berlari anak ke tingkat atas dengan kelam-kabut.

UndefinedWhere stories live. Discover now