I | 16

620 76 1
                                    

"MANA ada," dalih Rian pantas. Tak sampai 0.0001 saat selepas Apek mengajukan serkap jarang. Tak cukup dengan kata-kata itu, kepala juga bergerak ke kiri dan kanan beberapa kali. Menggeleng. Menidakkan tuduhan rakannya itu.

"Hek eleh, tak nak mengaku tu. Aku tahulah. Instinct aku ni kuat. Ala-ala Detektif Conan tau tak?" Apek senyum senget.

"For your information, Detektif Conan is a fictional character. Kau tengah mengaku diri kau tu watak dalam komik ke?"

Apek buat muka tak kisah tentang itu. Bukan tak tahu taktik Rian. Taktik orang nak ubah topik. Nampak sangat nak mengelak.

"Sekarang ni kau tengah lari dari kenyataan ke?"

Rian tepuk dahi. Hailah! Lari dari kenyataan pula dah.

"Kau ni dah kenapa buat assumption tiba-tiba ni? Kau mimpi apa sebenarnya?"

Apek senyum lagi. Senyuman yang membuatkan matanya tinggal segaris saja yang kelihatan.

"Aku tak mimpi. Aku nampak petang kelmarin." Mulanya nak datang dekat dengan Rian dan Akief tapi bila tengok budak berdua tu dari jauh langkah kaki automatik terhenti. Macam sweet je tengak moment kelmarin bila fikirkan balik.

Rian kerut muka. Cuak sebenarnya tapi buat muka tak faham. Apek nampak? Nampak apa ye? Takkanlah....

"Yang kau buat perangai tenung anak teruna orang tu dah kenapanya?" Dan sesiapa yang nampak cara Rian tenung Akief kelmarin tu mesti akan dapat rasa betapa istimewanya renungan itu.

Rian sikit lagi nak jatuh rahang. Nasib baik masa debate hari tu sempat belajar cara nak control ekspresi muka.

"Sejak bila kau stalk apa yang aku buat ni?"

"Hah!" Apek petik jari. Kemudian menuding telunjuk pada Rian. "Kau mengakulah yang kau tenung anak teruna Pak Cik Farid tu kan?"

Rian rasa nak hantuk kepala sendiri jadinya.

"Bila masanya aku mengaku?" Cover. Muka bingung habis, Rian tunjuk.

"You're not good at denying the truth, Rian."

"I'm not denying. I'm saying the truth."

Apek mencebik. Ye sangatlah tu. Pipi dah naik merah tak nak mengaku lagi.

"Sejak bila kau reti blushing ni?"

"Mana ada!" Deny Rian.

"Sejak bila Akief open up that stone-like heart of yours?"

Rian tepuk dahi. Sah! Depan Apek memang tak boleh nak deny.

"Saudara Jeffry Khairul, I hate to admit it but you're seriously good revealing other's secret," ujar Rian. Nada mengalah bercampur fed up.

Apek angkat bahu. Tunjuk aksi arrogant lantas mendekatkan diri dengan Rian sebelum berkata dengan nada perlahan. "Now, you want to tell me about it or not?"

•••

"Because tonight will be the night that I will fall for you, over again don't ma—"

Nyanyian Akief terhenti di tengah lagu. Langkahnya juga terhenti. Tak jadi melangkah mendekati rak buku yang nak ditujunya tadi, sebaliknya langkah terhenti di tengah-tengah rak itu. Kening berkerut. Mata dikecilkan memandang meja yang agak terlindung itu.

Rian. Dengan Apek.

Hatinya berdetik. Tadi ingatkan nak tegur tapi bila tengok betul-betul rasa macam tak patut tegur pulak dah.

UndefinedWhere stories live. Discover now