I | 04

1.6K 189 13
                                    

"PULMONARY vein." Jawapan itu membuatkan ketawa Rian pecah. Tambah lagi bila tengok muka selamba K-oi yang tak de sikit pun rasa bersalah lepas bagi jawapan keluar silibus. Asbestos betul perangai! Sejak bila entah pulmonary vein boleh tersesat masuk dalam silibus Add Maths.

"Hoi!" Hampir terjerit suara Rian. Ketawanya masih lagi bersisa. Kertas yang jadi mangsa contengan tadi digulung lalu digunakan untuk pukul kepala K-oi. Beberapa kali juga K-oi tunduk sebab nak elak terkena pukulan Rian tu.

"Kau kalau tak merepek tak sah kan," rungut Rian. Hampir pecah perutnya menahan ketawa.

"Aku buntulah, Yan." Kening K-oi berkerut-kerut. Budak seorang ni memang alergik sungguh bab kira-kira. Kalau dah ada tugasan Matematik atau Matematik Tambahan, memang waktu tu jugalah K-oi akan pujuk rayu Rian untuk buat homework dengan dia. Supaya senang nak minta tunjuk ajar katanya.

Sebab tu petang ni diaorang duduk lepak kat salah satu bilik diskusi yang ada kat library ni. Kononnya nak buat homework sama tapi yang sekarang tengah sibuk buat homework cuma Rian, K-oi dengan DH je.

Akief tengah khusyuk duduk depan meja komputer dengan headphone menutup kedua-dua belah telinganya, main game. Jun keluar sebab ada perjumpaan badan disiplin. Syuk tengah bertugas jaga kaunter library. Apek, tadi ada je tapi lepas coach bola sepak dia dapat tahu dia ada kat sekolah petang ni, coach dia tiba-tiba nak jumpa. Sampai sekarang tak muncul-muncul balik budak seorang tu.

"Banyaklah kau!" Rian menempelak selamba. "Dah tu, kalau jawapan x pulmonary vein, makanya y pulak pulmonary artery ke?"

DH tergelak kecil dengar kata-kata Rian. K-oi pula menyengih.

"A'ah kan. That makes sense. Kreatif juga kau ni." K-oi balas balik, loyar buruk.

Rian ketap bibir. Dipanjangkan tangan supaya sampai ke seberang meja, lalu diketuk dahi K-oi. Malas nak layan K-oi yang otak sentiasa tak centre ni. Pilot Shaker di tangannya dipusing berulang-kali. Mata Rian kembali kepada soalan di hadapan dengan mulut terkumat-kamit membaca. Cuba nak fokus.

"Rian, you want to know something?" soal K-oi tiba-tiba selepas beberapa ketika.

Rian yang baru je mula melarikan semula mata penselnya di atas kertas menggumam, membalas perlahan. Kepalanya tak diangkat untuk pandang K-oi pun, hanya kening yang terjongket tanda bertanya.

"You look so pretty every time you trying to concentrate on something."

Erk! Mata Rian spontan membulat. Laju je kepalanya terangkat, lalu memandang K-oi di hadapannya. Apakah?

"Apa kau ni? Tetiba?" Rian keluar tawa nervous.

Tadi dia yakin sangat K-oi cuma bergurau sebab saja nak usik dia. Tapi lepas dia pandang muka mamat tu, tak ada tanda-tanda budak tu tengah bergurau pun. Malahan K-oi nampak serius lagi ada.

"Bukan aku cakap. Akief yang cakap."

Erk lagi sekali! Setahu Rian dia tak pernah lagi tertukar suara Akief dengan K-oi, dan suara yang dia dengar tadi tu memang suara K-oi. Terus Rian tertoleh pandang Akief. Tapi sudahnya makin konfius lagi ada sebab mamat tu masih lagi tengah fokus dengan game dia. Kalau tengok gaya, Akief memang tengah tak dengar apa-apa bunyi waktu itu kecuali bunyi melalui headphone yang menekup telinga dia je.

Dengan muka geram, Rian berpusing balik pandang K-oi.

"Yeah right. Kau merepek apa ni, K-oi. Tak habis-habis loyar buruk," rungutnya beberapa saat lepas tu. Sempat menjeling tak puas hati kat K-oi.

UndefinedWhere stories live. Discover now