II | 22

1K 117 13
                                    

"YOU'VE got to be kidding me."

Arriz ketawa. Hujung lengan kemejanya ditarik dan dilipat kemas hingga ke paras siku.

"Serius okey." Pendek jawapannya.

Irene memandang tak percaya. Kemudian wanita itu ketawa sarkastik.

"You? Arriz Adriz yang termalas di antara yang malas ni?"

"I hate to admit but yes, me. Arriz Adriz yang maintain Dean's List setiap semester walaupun sentiasa malas."

"Ceh! Riak." Irene mencebikkan bibir.

Arriz ketawa lagi. Bukannya nak meninggi diri, cuma sengaja mahu bergurau dengan sahabat lamanya yang seorang ni. Dia kenal Irene sewaktu sama-sama belajar di Moscow dulu. One of a few Malaysian friends yang dia ada. Kebetulan pula bakal bertugas di hospital yang sama tak lama lagi.

"Jadi you cakap kat I yang sebaik flight you landed, you terus datang sini untuk..." Ayat Irene tergantung. Dia petik jari beberapa kali. Cuba untuk recall istilah yang digunakan Arriz tadi.

"Site inspection." Arriz tolong sambungkan.

"Yes, site inspection," Irene diam sesaat sebelum riak wajahnya bertukar keliru. "What site inspection?"

"Alah, site inspection la. Saja nak kenal-kenal dengan tempat kerja baru. Tak adalah I sesat waktu first day masuk kerja nanti."

Sekali lagi gelak penuh sarkastik terlepas daripada Irene. "You tersampuk aura rajin dari mana ni? Setahu I, you ada dua minggu lagi sebelum nak kena lapor diri kan? Lagipun, sejak bila skop kerja kita ada site inspection bagai?"

"Eh, you jangan tak tahu. Ramai je pun doktor yang buat site inspection sebelum masuk tempat kerja baru."

"Ye la tu." Irene masih tak percaya. "Banyaklah agaknya kat luar negara kan? Maklumlah you lama kerja kat tempat orang. Mestilah you lebih tahu kan?"

Arriz tergelak. Dia bukan setakat kerja kat 'tempat orang'. Malahan membesar pun di 'tempat orang'. Nasiblah jodoh masih tersangkut dengan orang yang berasal dari Malaya walaupun bercinta dan membina keluarga sendiri di 'tempat orang'. Kalau tak, memang sah dia tak dapat balik kampung sendiri sampai bila-bila. Mungkin juga dah bertukar kewarganegaraan terus.

Hah! Tengoklah tu. Susunan ayat pun tunggang-terbalik. Sendiri tak faham! Hailah Arriz!

"So, as a senior of your new workplace, am I supposed to show you around or what?"

"Excuse me but I still can read and talk bahasa fluently, so... no, thank you." Pantas Aariz membalas.

Seketika, langkahnya dan Irene terhenti di hadapan pintu utama unit kecemasan hospital itu. Mata Arriz melilau sekejap ke arah suasana yang agak tenang di sekelilingnya sebelum suara Irene kedengaran melontarkan soalan.

"You dapat hidayah apa yang tiba-tiba balik sini? You coming back for good?"

"Yes!" Bersemangat Arriz jawab. "My family and I will finally settle here for good."

Kening Irene terangkat tinggi.

"Pindah terus?"

Arriz angguk. "Insya-Allah."

"Kenapa? Dah penat jadi orang nomad ke?"

"Itu faktor minor," ujar Arriz. "I rasa dah sampai masa kut nak balik. I nak anak-anak I membesar kat sini. Cukuplah I seorang yang tak biasa dengan hometown sendiri."

UndefinedWhere stories live. Discover now