Setahun telahpun berlalu semenjak peristiwa persetubuhan haram di antara Daud dan Nur Dhuha. Kini beliau sudahpun melangkah ke tingkatan 5 dan bakal menduduki peperiksaan SPM tidak lama lagi.
Manakala Nur Dhuha sudahpun bergelar isteri kepada Haikal dan pasangan itu telahpun berpindah sekolah. Walaupun berat melepaskan guru tercintanya, namun hidup tetap perlu diteruskan.
Kini Daud hanya fokus kepada peperiksaan mendatang dan membuktikan kepada Nur Dhuha bahawa beliau juga mampu berjaya. Mata Daud kini hanya memerhati drama yang sedang terjadi di depannya.
"Ika, dengar dulu penjelasan abang." Rayu Ismail.
"Apa lagi yang nak dijelaskan?! Dah terang lagi bersuluh. Dahlah, Ika tak nak tengok muka abang lagi. Pergi dari sini!" Bentak Zulaika. Gadis itu kemudian berlari menuju ke dalam rumah.
"Daud, tolong pujuk Ika untuk abang." Ismail kini beralih pula ke arah Daud.
"Dah lah, kau tak dengar ke apa kakak aku cakap. Pergilah balik. Jangan kacau dia lagi." Daud kemudian menutup pintu.
Terdengar suara lelaki itu masih lagi merayu di balik pintu. Namun setelah beberapa ketika, akhirnya suara itu tidak lagi kedengaran. Tidak lama selepas itu, kedengaran bunyi motosikal berlalu meninggalkan perkarangan rumah.
Daud menjeling ke luar tingkap dan mendapati lelaki itu sudahpun beredar. Daud hanya menggelengkan kepala memikirkan nasib kakaknya. Zulaika sepatutnya bakal berkahwin dengan Ismail kurang daripada sebulan.
Namun segalanya berubah apabila seorang wanita tidak dikenali hadir ke rumah mereka dua hari yang lalu. Wanita itu menggelarkan dirinya Latifah dan bekerja sebagai seorang jururawat di Terengganu.
Apa yang memeranjatkan mereka ialah kedatangan wanita itu untuk memberitahu bahawa dia adalah isteri kepada Ismail. Mereka telahpun mendirikan rumahtangga selama 4 tahun dan dikurniakan seorang anak.
"Kalau cik adik tak percaya, tengok ni." Wanita itu kemudian menghulur sesuatu kepada Zulaika.
Kertas yang ditunjuk adalah sijil pernikahan untuk membuktikan status hubungan mereka. Selain itu, wanita itu juga menyertakan sekali gambar perkahwinan mereka. Terdapat juga gambar bersama seorang anak kecil.
Ini sudah cukup membuktikan bahawa lelaki di dalam gambar itu memang sudah berkahwin dan memiliki keluarga. Zulaika tidak menyangka lebih setahun perkenalannya dengan Ismail, lelaki itu telah mempermainkan dirinya.
Bukan hanya cinta dan kasih sayang, namun tubuhnya juga telah diserahkan sepenuhnya kepada lelaki itu kerana mempercayai bulat-bulat. Kini segala penyesalan membelenggu dirinya, namun ia sudah terlambat.
"Akak ok tak?" Soal Daud sambil mengetuk pintu bilik kakaknya.
"Akak ok. Adik jangan risau ya." Laung Zulaika dari dalam bilik.
"Kalau akak tak ok, kita takyah bukak kedai harini." Ujar Daud.
"Takpe akak ok. Adik siap-siap lah dulu. Kejap lagi kita pergi." Kedengaran suara Zulaika tersangkut-sangkut dek menahan tangisan.
Terasa sayu mengenang nasib kakaknya, namun hati Daud sebenarnya berasa sungguh gembira. Beliau sebenarnya tidak pernah suka dengan lelaki bernama Ismail itu. Beliau juga tidak tahu kenapa kakaknya boleh terpikat dengan lelaki itu.
"Dah lah muka hodoh, ada hati nak kat kakak aku yang cantik giler tu. Tak sedar diri tu dah ada bini pun nak menggatal lagi dengan perempuan lain." Bisik hati Daud.
Zulaika hanya berbaring di atas katil dengan matanya kelihatan sedikit bengkak. Mungkin terlalu banyak air mata yang telah mengalir. Tidak disangka perhubungan yang dia idamkan tidak menjadi realiti.
Tiba-tiba kenangan dimana dia mula mengenali Ismail mula berlegar di dalam fikirannya. Dia yang selalu membeli sendiri tong gas di kedai, namun tidak pada hari itu kerana tayar keretanya tiba-tiba pancit.
Setahun yang lalu :-
"Terima kasih lah abang sebab hantar gas hari ni. Tayar kereta saya tiba-tiba pancit." Ujar Zulaika setelah Ismail tiba di hadapan kedainya.
"Takpe lah, saya pun memang kerja hantar gas pun." Ismail kemudian menurunkan tong gas dari atas motosikal.
"Abang ni pekerja baru dekat kedai Wak Seman ke? Rasanya tak pernah nampak pun abang kat kampung ni." Zulaika ingin tahu.
"Haah, baru je tiga minggu kerja dekat kedai Wak Seman. Dah tu kereta cik tu bila nak tukar tayar?" Ismail pula menyoal sebaik selesai meletakkan tong gas di dalam kedai.
"Tak tahu lah bila. Nak kena bawak ke bengkel pun tak boleh kalau tayar pancit macam ni." Keluar Zulaika.
"Takpe saya boleh tolong tukarkan tayar tu." Ujar Ismail.
"Eh tak menyusahkan ke?" Soal Zulaika pula.
"Takpe, cik bukak bonet kereta. Saya nak keluarkan tayar spare." Arah Ismail.
Setelah bonet dibuka, Ismail kemudian mengeluarkan tayar ganti yang berada di dalam bonet berkenaan. Beliau juga mengeluarkan peralatan-peralatan khas untuk menukar kereta yang berada di dalam kereta tersebut.
Zulaika hanya memerhati sahaja lelaki itu menukar tayar. Dia berasa bersalah menyusahkan lelaki itu sedangkan lelaki itu masih lagi dalam waktu bekerja. Seketika kemudian, tayarnya siap juga ditukar oleh lelaki itu.
"Yang ni tayar spare je tau. Cik kena pergi bengkel juga untuk tukar tayar betul." Terang Ismail.
"Terima kasih tau tolong saya. Ni ada upah sikit." Zulaika kemudian menghulur beberapa wang kertas kepada lelaki itu.
"Eh takpe lah." Ismail menolak tangan Zulaika.
"Janganlah macam tu. Saya rasa tak sedap lah orang dah tolong saya, tapi saya tak balas." Zulaika masih lagi menghulur duit tersebut.
"Kalau cik betul nak balas boleh, tapi saya taknak duit. Boleh tak kalau saya nak nombor telefon cik?" Pinta Ismail.
"Amboi tak malunya mintak number phone orang. Yelah-yelah, 013-9xxxxx." Zulaika tetap memberikan nombor telefonnya sebagai tanda terima kasih.
"Terima kasih. Boleh saya tahu nama cik?" Pinta Ismail.
"Panggil saya Ika je." Balas Zulaika.
"Saya pulak Ismail." Ismail pula memperkenalkan diri.
"Kalau macam tu saya minta diri dulu ya. Kalau ada apa-apa lagi nanti Cik Ika call lah saya ya." Ujar Ismail.
"Baiklah. Terima kasih sekali lagi sebab dah tolong tukarkan tayar kereta saya." Ucap Zulaika.
Itu adalah kali pertama Zulaika bertemu dengan Ismail. Semenjak dari itu, kedua-dua mereka mula berhubung di dalam talian. Hari demi hari, hubungan mereka semakin akrab dan lebih dari hubungan kawan.
Walaupun jarang berjumpa, namun mereka sentiasa kerap berbalas pesanan ringkas. Zulaika mula rasa selesa berkawan dengan lelaki itu. Dia dapat merasakan yang lelaki itu ikhlas berkawan dengannya.
Pada malam ini, seperti biasa mereka saling berbalas pesanan ringkas. Hal-hal yang mereka perkatakan sudah pasti mengenai rutin kerja harian mereka. Itu adalah bab yang sentiasa mereka bualkan.
"Ika, selama kita kawan ni kan, kita cuma chat biasa-biasa je kan." Ismail menghantar pesanan.
"Apa maksud bang Mail?" Zulaika tidak mengerti.
Bersambung...
YOU ARE READING
3. Bahagia Di Sampingnya
Romance🔞🔞🔞 Daud, seorang pelajar di tingkatan empat mula menaruh perasaan kepada guru sekolahnya iaitu Nur Dhuha. Setelah memberi harapan kepada dirinya, wanita itu berlalu pergi dan meninggalkan dirinya yang terluka. Sedekad berlalu, tanpa dirancang me...