Bab 19 : Tazkirah

8.7K 112 2
                                    

Mata Daud melilau mencari seseorang di dalam kedai makan tersebut. Tiba-tiba kelihatan tangan seseorang melambai ke arahnya. Daud kemudian melangkah menuju ke arah lambaian tangan tersebut.

"Lama ke dah sampai?" Soal Daud.

"Takde lah baru je lagi. Makanan pun belum order lagi." Jawab Husna yang ditemani oleh seorang gadis disisinya.

"Kalau macam tu jom lah kita order dulu." Ujar Daud.

Daud kemudian memanggil pelayan dan mereka bertiga kemudian memesan makanan. Setelah seketika menunggu, pesanan akhirnya tiba. Tanpa berlengah, mereka bertiga mula menjamu selera.

"Ni lah classmate aku yang aku bagitau boleh repair laptop tu." Husna memulakan bicara seusai selesai menjamu selera. Gadis itu kemudian melemparkan senyuman yang cukup manis ke arah Daud.

"Korang borak-borak lah dulu ye, aku nak gi toilet kejap." Husna kemudian berlalu meninggalkan pasangan berkenaan.

"Ada bawa laptop tu tak?" Soal Daud.

"Ada." Anisa kemudian menghulurkan beg berisi komputer riba kepada Daud.

"Apa problem laptop ni?" Soal Daud setelah menyambut beg tersebut.

"Tak tahu lah. Kalau on je just blue screen." Terang Anisa.

"Oh maybe windows kot. Takpe, nanti balik dorm saya tengokkan." Setelah Daud berkata-kata, suasana menjadi sepi semula setelah beliau kehabisan idea mencari topik.

"Saya rasa saya pernah nampak awak sebelum ni tapi kat mana ya?" Daud berjaya memecah kesunyian.

"Haritu kita pernah terlanggar masa jalan dalam U." Terang Anisa.

"Oh ya, saya baru teringat." Daud berpura-pura lupa sedangkan beliau tahu akan kejadian itu.

"Ehm, boleh minta nombor phone awk tak?" Daud memberanikan diri bertanya.

"Haa?" Anisa pura-pura tidak mendengar.

"Tak, kalau ada apa-apa problem pasal laptop awak ni, saya boleh terus contact awak." Jelas Daud supaya gadis itu tidak salah faham.

Walaupun agak keberatan, namun Anisa tetap memberikan nombor telefon demi komputer ribanya. Dari jauh kelihatan Husna hanya memerhati kedua-dua rakannya itu berbual dalam keadaan kekok.

Dia teringat beberapa hari lepas Anisa memberitahu bahawa komputer ribanya mempunyai masalah. Tanpa berlengah dia terus menghubungi Daud kerana inilah peluang terbaik untuk kedua-duanya berkenalan.

"Tapi aku mana tahu sangat pasal komputer ni?" Ujar Daud.

"Alah, kau buat-buat lah yang kau tahu pasal komputer. Barulah Anisa nak jumpa dengan kau." Tegas Husna.

"Dah tu macam mana aku nak repair laptop dia?" Soal Daud.

"Bengap nyelah kau ni, kau pergi lah hantar kedai ke apa. Kita cuma cari peluang je macam mana nak bagi korang berkenalan." Jelas Husna.

"Yelah-yelah. Kau tolong aku ye." Pinta Daud.

Kembali ke masa kini, Husna masih lagi melihat Daud cuba mendekati Anisa. Kelihatan lelaki itu berjaya mendapatkan nombor telefon gadis itu. setelah itu Husna terus berjalan menuju ke arah mereka.

"Korang borak pasal apa je? Macam rancak je." Soal Husna setelah melabuhkan punggungnya.

"Takde pape. Tanya-tanya pasal laptop je." Boleh dah rasanya kita gerak ni." Ujar Anisa.

"Aik, dah nak balik dah ke?" Soal Daud yang masih belum puas melihat wajah gadis itu.

"Dah takde pape kan? Jadi nak buat apa lagi kat sini." Balas Anisa.

"Kalau macam tu, yelah." Dengan wajah yang kecewa, Daud kemudian bangun dan menuju ke kaunter bayaran.

==================================================================================

"Kau punya pasal lah ni lambat dah." Omel Fatimah.

"Alah, sorry lah. Dah lama sangat tak pakai tudung, tu yang ambik masa sikit nak bersiap." Terang Zulaika.

Kedua-dua gadis itu kemudian keluar dari perut kereta dan berjalan menuju ke pintu masjid. Setibanya mereka di hadapan masjid, kelihatan kuliah sudah dimulakan. Kelihatan ramai hadirin yang hadir.

Mereka kemudian terus mengambil tempat di barisan belakang sekali. Kelihatan seorang lelaki muda duduk di hadapan sekali memberi ceramah. Isi kuliah yang disampaikan oleh pemuda terbabit adalah mengenai kelebihan solat dhuha.

Mata Zulaika melihat ke kiri dan ke kanan untuk memerhati hadirin. Kelihatan ramai orang kampung yang dia kenali juga berada di situ. Selain itu, ada juga wajah-wajah yang dia tidak kenali ikut turut serta.

Dia kemudian memandang ke hadapan dan memandang tepat ke arah wajah ustaz tersebut. Wajah ustaz terbabit boleh diketagorikan sebagai agak kacak pada pandangan setiap wanita. Sudah pasti mampu mencairkan wanita yang melihatnya.

Apabila memikirkan yang wajah itu mampu mencairkan wanita, Zulaika terus memaling memandang ke arah Fatimah. Kelihatan gadis itu sedang tersenyum sendirian sambil mendengar ceramah terbabit.

"Patutlah beria sangat ajak gi kuliah agama tiba-tiba. Rupanya sebab ada niat lain." Bisik hati Zulaika setelah melihat reaksi rakannya itu.

Dia sangat arif dengan perangai rakan baiknya itu. Gadis itu mudah tertarik apabila melihat wajah lelaki yang dikategorikan sebagai tampan. Zulaika kemudian memandang semula ke arah ustaz terbabit.

Dia cuba untuk fokus pada isi penyampaian ceramah tersebut. Sedang dia kusyuk memandang ustaz terbabit, tiba-tiba mata kedua-dua mereka saling bertemu. Dia terasa seperti mulut ustaz terbabit sedang mengukir senyuman ke arahnya.

Zulaika dengan pantas menundukkan wajahnya ke lantai. Dia tidak tahu sama ada ustaz itu benar-benar melemparkan senyuman ke arahnya ataupun hanya perasaan sahaja. Hatinya kini tersipu-sipu menahan malu.

Setelah hampir sejam selesai kuliah disampaikan, akhirnya sesi kuliah tersebut tampat. Zulaika dan Fatimah hanya berdiri di hadapan pintu surau dan memberi laluan kepada jemaah yang lain berlalu pulang.

"Kita nak tunggu apa lagi dekat sini? Orang lain semua dah balik lah." Soal Zulaika kepada Fatimah.

"Sekejap lah. Kita tunggu ustaz tu sekejap." Jawab Fatimah. Setelah seketika menunggu, akhirnya kelibat pemuda yang ditunggu muncul jua.

"Assalamualaikum ustaz." Fatimah menyapa.

"Waalaikumussalam." Sapaan Fatimah dibalas.

"Saya Fatimah, ni pula kawan saya, Zulaika. Kami sebenarnya nak minta maaf sebab datang lambat tadi." Fatimah memperkenalkan diri.

"Takpe. Datang lambat ke datang cepat, yang penting niat kita untuk hadir majlis ilmu sudah cukup untuk kita diberi ganjaran pahala." Ujar ustaz tersebut.

"Saya rasa cukup berbangga dengan anak muda seperti kamu ni sudi datang ke kuliah agama. Sebab kebanyakan yang datang selalunya adalah warga yang lebih berusia." Tambah ustaz itu lagi.

"Yelah, kalau bukan kami siapa lagi yang patut datang kan. Ustaz masih baru lagi kan kat kampung kami? Kalau ada apa-apa nak minta bantuan, ustaz boleh cari kami. Kami sedia membantu." Ungkap Fatimah.

"Yelah, insyaallah. Okeylah, saya minta diri dulu lah ya." Pinta ustaz tersebut.

Bersambung... 

3. Bahagia Di SampingnyaWhere stories live. Discover now