Bab 21 : Dingin malam

14.1K 111 4
                                    

Malam semakin larut, namun kedai makan di simpang kampung itu masih lagi dipenuhi oleh pelanggan. Kelihatan ada seorang pelanggan baru sahaja tiba dan duduk di meja hujung secara berseorangan.

Zulaika melangkah kakinya mendekati pelanggan yang berkopiah itu. Setelah tiba di meja berkenaan, Zulaika menjadi kaget kerana dia mengenali lelaki itu. Dia menjadi serba salah untuk mengambil pesanan.

"Nak order apa ustaz?" Soal Zulaika dengan suara tergagap.

"Buatkan saya teh-o suam." Jawab lelaki itu.

"Makan?" Zulaika kembali bertanya.

"Makan takpe. Tak lapar lagi. Ehm, awak ni... Zulaika kan?" Lelaki itu bertanya.

"I..Iye ustaz." Ringkas jawapan Zulaika.

"Awak kerja kat sini ke?" Lelaki itu ingin tahu.

"Haah ustaz. Ni kedai saya sendiri." Terang Zulaika.

"Baguslah muda-muda dah ada bisness sendiri." Puji lelaki itu.

"Kalau takde pape lagi saya masuk dapur dulu ya." Zulaika kemudian berlalu pergi.

Wajahnya merah padam menahan malu kerana Zulkarnain telahpun melihatnya tanpa tudung. Malah rambutnya yang diwarnakan dengan warna perang telah memperlihatkan peribadinya.

Pasti lelaki itu menganggap dia adalah seorang yang hipokrit. Hanya memakai tudung bila ke surau dan majlis agama tetapi mendedahkan aurat di tempat lain. Zulaika menjadi malu pada diri sendiri dengan tiba-tiba.

Sebolehnya dia tidak mahu lagi bertentang mata dengan ustaz terbabit kerana sudah pasti lelaki itu berasa kecewa dengan sikapnya. Namun apa boleh buat, mahu tidak mahu dia terpaksa menghantar air yang dipesan.

==================================================================================

Anisa yang terkejut dengan perbuatan Daud, terus memalingkan wajahnya ke arah bertentangan. Jantungnya berdegup kencang dan risau apakah yang akan dilakukan oleh lelaki itu ke atas dirinya.

"Awak, saya mandi dulu. Awak mandi kemudian ya." Ujar Daud lalu beredar menuju ke dalam bilik mandi.

"Oh, nak mandi ke? Ingat nak buat benda tak senonoh kat aku tadi." Bisik hati Anisa.

Tiba-tiba tubuhnya menjadi sangat sejuk dan menggigil dek kerana penghawa dingin. Dia kemudian cuba menukar pakaiannya yang basah, namun terus menyedari bahawa dia tidak membawa pakaian lebih.

Baru Anisa teringat beg pakaiannya masih lagi berada di dalam bonet kereta. Dia hanya menepuk dahi memikirkan akan kecuaiannya. Kini dia tidak tahu apa yang perlu dipakainya untuk tidur malam ini.

Dia hanya berdiri di suatu sudut di dalam bilik hotel tersebut. Setelah agak lama berada di dalam bilik mandi, Daud akhirnya muncul di hadapan pintu bilik mandi tersebut. Beliau hanya mengenakan tuala di tubuhnya.

"Dah, pergilah mandi." Arah Daud.

"Awak, saya sebenarnya lupa lah bawa baju lain lah. Macam mana ni?" Soal Anisa sambil matanya memerhatikan Daud yang sedang menyidai pakaiannya yang basah di bawah penghawa dingin.

"Awak pergi lah mandi dulu. Badan dah menggigil sangat tu. Kang demam pula. Lepas mandi baru fikir macam mana." Arah Daud.

Arahan itu dituruti oleh Anisa lalu dia melangkah kakinya ke dalam bilik mandi. Di dalam bilik mandi, dia menanggalkan satu-persatu pakaiannya daripada tudung, baju, seluar, sehinggalah pakaian dalamnya.

Kini dia berada dalam keadaan telanjang bulat. Kemudian pemanas air dihidupkan lalu dia berdiri di bawah pancuran air. Terasa hangat tubuhnya setelah air suam-suam panas itu mengalir di tubuhnya.

Setelah siap membersihkan diri, dia hanya berdiri di hadapan cermin dan memandang tubuh bogelnya. Anisa masih lagi berfikir bagaimanakah caranya untuk dia keluar dan berhadapan dengan Daud.

Tidak mungkin dia akan memakai semula bajunya yang basah itu. Setelah puas memikir, akhirnya dia nekad hanya mengenakan tuala ke tubuhnya. Ketika pintu bilik mandi dibuka, Daud menoleh ke arah Anisa yang keluar dari arah dalam.

Amat terperanjatnya pabila melihat gadis ayu itu hanya berkemban tuala. Rambutnya yang panjang dan lurus, lurah payudaranya yang besar, serta kulit pehanya yang putih melepak membuatkan Daud terkesima.

"Awak, pandang tempat lain boleh tak?" Pinta Anisa.

Daud menuruti lalu memalingkan wajahnya ke arah bertentangan. Setelah lelaki itu tidak lagi memandangnya, Anisa kemudian menyidai pakaiannya di bawah penghawa dingin di sebelah pakaian Daud.

Dia kemudian perasan tuala yang dipakai Daud sebentar tadi juga disidai di situ. Ini bermakna lelaki itu tidak memakai apa-apa di sebalik selimut. Walaupun agak terkejut dengan perbuatan itu, namun dia faham tindakan lelaki itu.

Tidak mungkin Daud ingin tidur dengan tuala yang basah kerana pasti tidak selesa. Tuala itu juga sudah pasti akan melembabkan katil. Kemudian Anisa juga terfikir sama ada perlukah dia menanggalkan tualanya yang basah itu.

Mana mungkin dia boleh tidur dengan mengenakan tuala yang basah itu. Setelah berfikir sejenak, dia kemudian nekad menanggalkan tuala itu. Apa yang akan terjadi selepas itu, biarlah terjadi.

"Awak, jangan pandang tau. Saya nak buka tuala ni." Arah Anisa.

"Ya, saya tak pandang pun. Awak janganlah risau." Ujar Daud.

Setelah yakin lelaki itu tidak menoleh, Anisa kemudian melucutkan tualanya lalu tuala itu digantung. Dia kemudian berjalan menuju ke arah katil lalu berbaring di sebelah Daud. Dia kemudian menutup tubuh bogelnya dengan selimut.

"Dah, awak dah boleh toleh dah." Ucap Anisa.

Daud kemudian menoleh kembali kepalanya ke arah Anisa. Kelihatan sungguh ayu gadis itu tanpa mengenakan tudung. Terasa harum semerbak di hidungnya tatkala beliau mencium bau rambut gadis itu.

"Awak janganlah rapat sangat. Kita dah lah tak pakai pape bawah selimut ni. Kang lain jadinya." Anisa memberi amaran.

"Yelah saya tak rapat sangat, tapi saya nak tenung awak puas-puas. Nilah first time saya tengok ciptaan tuhan yang paling cantik." Puji Daud.

"Janganlah puji lebih-lebih, malu saya. Dah lah saya nak tidur, good night." Ucap Anisa. Dia kemudian memejamkan mata untuk melelapkan diri. Namun matanya dibuka kembali seketika kemudian.

"Awak, janganlah tenung saya macam tu. Saya jadi tak boleh tidur." Tegur Anisa.

"Yelah-yelah saya stop tenung awak. Saya pun nak tidur dah. Selamat malam." Ucap Daud.

Beliau kemudian mengiring menghadap arah bertentangan dengan perasaan berat hati. Anisa cuba menyambung kembali tidurnya, namun dek kerana suhu penghawa dingin yang rendah membuatkan dia suar untuk melelapkan mata.

Ditambah pula dengan dirinya yang tidak berpakaian membuatkan tubuhnya menggigil kesejukan. Dia kemudian memalingkan wajahnya ke arah Daud untuk melihat sama ada lelaki itu sudahpun tidur.

"Awak tak sejuk ke?" Soal Anisa dengan suara tergagap-gagap menahan kesejukan kepada lelaki yang sedang melelapkan mata.

"Sejuk tu memang lah sejuk, tapi nak buat macam mana. Dah takde baju nak pakai." Daud kembali membuka mata dan memandang wajah Anisa.

"Saya tak tahan lah sejuk sangat ni." Ujar Anisa. Daud kemudian merapatkan tubuhnya ke arah Anisa lalu secara tiba-tiba memeluk tubuh gadis itu.

Bersambung...

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: 16 hours ago ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

3. Bahagia Di SampingnyaWhere stories live. Discover now