1

834 45 0
                                    

"IRIS Eryna, masuk bilik saya sekarang." Suara di interkom mengejutkan seorang gadis bernama Iris Eryna yang sedang kusyuk membuat kerjanya.

Iris mengeluh. Masuk kali ini sudah lebih 5 kali dia dipanggil masuk ke dalam bilik boss itu. Baru sehari kerja di sini dia sudah stress dengan perangai gatal boss nya itu.

"Iris, pergilah. Boss panggil you tu." Tegur salah seorang rakan sekerjanya.

"Ish boss tu nak apa lagi dengan I? Penat lah." Rungut Iris. Sekejap sekejap masuk bilik boss. Sekejap sekejap masuk bilik boss. Nak buat kerja pun terganggu macam ni.

Iris dengan malas berjalan ke arah bilik boss dan masuk ke dalam tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu.

"Yes boss?" Tanya Iris sebaik sahaja menutup pintu bilik tersebut.

"Duduklah dulu." Ujar boss yang bernama Aziz itu. Muak sudah dia lihat muka bossnya ini.

Iris dengan malas mengambil tempat duduk di sofa berhadapan dengan Encik Aziz.

"Kenapa muka you monyok je ni? Ada sesiapa kacau you ke?" Soal Encik Aziz seolah olah prihatin tentang keadaan pekerjanya.

'Memang daripada tadi ada beruk mengacau, asyik panggil masuk bilik.' Balas Iris di dalam hati. Geram.

"Ada apa apa boleh I bantu Encik Aziz?" Soal Iris terus ke tujuan utamanya masuk ke bilik itu.

"Janganlah formal sangat dengan I. Just call me Aziz okay?" Iris menggulingkan biji matanya ke atas. Mula dah ulat bulu nak naik daun. Dia arif sangat perangai lelaki begini.

"Sorry Encik Aziz but I diberitahu untuk hormat Encik Aziz as my boss so I harap Encik Aziz pun boleh hormat I." Ujar Iris masih cuba berlembut.

Encik Aziz terkekeh sedikit. Dia bangun dari duduknya dan melabuhkan duduk di sebelah Iris. Iris sudah mula tidak selesa.

"Relaks lah macam you tak biasa." Encik Aziz dengan beraninya memaut pinggang Iris dengan senyuman gatal.

"Pang!"

Terpana seketika Encik Aziz apabila menerima tamparan hebat daripada wanita bernama Iris Eryna. Tak pernah lagi ada perempuan yang menampar pipinya.

"Iris what's wrong with you?! I'm your boss!" Encik Aziz bangun daripada duduknya mengikuti Iris.

"You ingat I perempuan murahan?" Soal Iris dengan muka beku. Orang tua ni tak kenal lagi siapa dia agaknya.

"No I tak cakap you perempuan murahan. I just nak lamar you jadi girlfriend I. Takkan itu pun tak boleh?" Soal Encik Aziz masih mencuba nasib walaupun pipinya sudah merah sebelah.

"You ingat I tak tahu berapa ramai perempuan rosak dekat tangan you? Sorry sikit eh I tak sebodoh perempuan perempuan yang you dah rosakkan." Balas Iris sesedap hati. Tersentap Encik Aziz dibuatnya.

"Listen here Iris. You tak nak kalau apa apa saja yang you minta I tunaikan? Tak kira berapa mahal harganya. You just kena layan I bila I perlukan you. Senang kan?" Kata kata yang dilontarkan oleh Encik Aziz itu membuatkan Iris semakin berapi.

"Encik Aziz... For your information, I tak perlukan langsung duit you. I tak hadap langsung duit you yang hanya celah gigi I tu. Oh by the way, you kenal tak Dato' Azhar?"

"Yes why?" Soal Encik Aziz pelik dengan pertanyaan Iris. Buat apa Iris tanya tentang clientnya yang seorang itu. Memang berpengaruh orangnya tapi apa kena mengena dengan Iris?

"That's my father. Thanks Encik Aziz, I quit!" Iris terus bangun dari duduknya dan meninggalkan Encik Aziz yang terkaku dengan kata kata Iris itu. Biar betul? Kalau dia anak Dato' kenapa perlu bekerja sebagai manager di syarikat ini?

"Iris! You nak pergi mana?!" Jerit rakan sekerjanya Husna apabila melihat Iris mengambil beg tangannya dan berlalu pergi begitu saja. Ketat betul mukanya.





























"SEMUA lelaki sama je!" Bentak Iris diikuti dengan hempasan pintu kereta 'Audi RS 6 Avant' miliknya.

Dia memasukkan earpod ke dalam telinga setelah mendail nombor Rauf iaitu satu satunya kekasih hati.

"Hello baby.." Suara Rauf yang menyapa pendengaran telinganya menyejukkan hati yang sedang membara.

"Ye." Balas Iris sepatah memberi clue yang dia tengah tak okay.

"Kenapa ni? Moody je suara you." Tegur Rauf apabila mendengar nada suara buah hatinya itu.

"Tak ada apa lah. Jom jumpa." Ajak Iris. Dia perlukan Rauf di saat saat begini.

"Sekarang tak boleh lah baby. Malam ni ye. Tempat biasa?" Iris mengeluh kecil tapi nak buat macam mana dia faham Rauf busy uruskan company ayah dia.

"Okay, see you tonight."

"See you tonight too baby." Iris menamatkan panggilan telefon mereka.

VOTE🤍
COMMENT🤍
FOLLOW🤍

PILIHAN HATI [ OG ]Where stories live. Discover now