7

357 35 0
                                    

"APA schedule I harini?" Tanya Iris kepada setiausahanya yang bernama Rina.

Rina segera memeriksa jadual kerja Iris di dalam tablet yang dipegang.

"Hari ini Cik Iris ada meeting dengan Encik Karl pukul 10 pagi and then....." Rina berjeda seketika.

"Oh itu je." Sambung Rina sambil menyimpan tablet ke dalam baju coat nya.

"Okay thanks, kalau Encik Karl sampai nanti suruh dia masuk bilik meeting dulu dengan staff yang lain. Nanti I sampai." Ujar Iris memberi arahan. Rina hanya menggangguk kan kepalanya sebelum melangkah keluar daripada bilik kerja Iris.



























"SORRY, I'm late." Ujar Iris sebaik sahaja masuk ke dalam bilik meeting yang sudah dipenuhi staff staff yang lain termasuklah Karl.

"Lain kali jangan selalu lambat ye cik Iris. Kita orang pun ada kerja yang lain." Iris menjeling kearah Karl yang memberi teguran seolah olah perlian padanya.

"Okay, boleh kita start meeting sekarang?" Soal Iris tanpa menghiraukan Karl di sebelahnya.

Setelah semua bersetuju, mereka memulakan perbincangan. Sepanjang meeting dijalankan, Iris agak kurang selesa dengan Karl yang asyik merenungnya saja. Bukan tak boleh tengok tapi ini asyik sangat sampai orang tanya soalan pun dia boleh tak dengar.

Setelah hampir 3 jam berlalu, perbincangan mereka selesai.

"Okay semua, terima kasih, jumpa lagi. Sorry for the inconvenience today." Pekerja pekerja saling menunduk sesama sendiri sebelum melangkah keluar daripada bilik meeting itu. Tinggallah Iris yang sedang mengemas dan Karl yang seolah olah tidak mahu keluar.

Iris hanya mengerling Karl dari sudut matanya, tak nak keluar ke dia ni? Selesai mengemas barang barangnya, Iris bergerak ke pintu keluar tanpa menghiraukan Karl yang tercegat di tempatnya. Namun Karl dengan pantas mengejar langkah Iris dan meraih lengan gadis itu menghalangnya daripada keluar.

Iris terkejut dengan tindakan Karl namun riaksinya dikawal, dia cuba berlagak biasa dengan menarik tangannya daripada genggaman Karl.

"You nak apa?" Soal Iris dengan muka beku seperti kebiasaannya.

"Kenapa you malukan I depan staff staff yang lain tadi?" Soal Karl pula sambil memeluk tubuh memandang Iris di hadapannya.

"Dah you mengelamun waktu I tanya soalan. What'd you expect me to do?" Soal Iris kembali. Geram pula dia. Salah dia ke kembalikan Karl ke dunia realiti bila lelaki tu mengelamun.

"I know, tapi yang you sekolahkan I depan staff yang lain tu kenapa? Tak boleh tunggu sampai habis meeting?" Soal Karl lagi tidak berpuas hati dengan jawapan Iris. Memang dia tidak fokus tadi. Entahlah, dia terganggu dengan kehadiran Iris. Ada sesuatu pada gadis itu yang membuatkan hatinya jadi tak keruan setiap kali memandangnya.

"Padan lah dengan muka you. Yang you sekolahkan I sebelum meeting boleh pula." Iris melibaskan rambut ikalnya di depan wajah Karl sebelum melangkah pergi. Namun baru beberapa langkah sekali lagi lengan Iris ditarik Karl hingga kali ini Iris terdorong ke belakang. Fail yang dipegang Iris juga bertaburan di lantai.

Karl dengan cekap mengunci pergerakan Iris ke dinding. Iris terkaku sebentar dengan tindakan Karl yang agak berani itu.

"Apa you cakap tadi?" Bisik Karl di telinga Iris. Mata mereka bertentang membalas renungan masing masing.

Nafas Iris mula terasa sesak apabila sudah agak lama dia berada di posisi rapat dengan Karl. Haruman minyak wangi Karl juga rasanya sudah sebati di hidungnya tatkala ini.

Setelah agak lama berdiam diri, satu suara memecahkan lamunan mereka berdua.

"Karl?" Suara yang mendekat itu membuatnya Karl terpaksa melepaskan tangannya yang mengunci pergerakan Iris. Iris segera berpura pura mengutip fail fail yang jatuh di lantai untuk menghilangkan rasa aneh dalam dirinya.

"Hi Karl!" Suara itu menyapa ceria setelah melihat Karl di depan mata.

"Aisha? You buat apa dekat sini? How do you know I dekat sini?" Tanya Karl bertalu talu. Pelik juga dia melihat kemunculan Aisha. Setahunya dia tak pernah bagitahu pula dia ada dekat sini.

"I tanya your father. Dia cakap you ada meeting pukul 10 dekat Erys Holding so I datanglah." Ujar Aisha sambil memandang Iris yang berdiri di sebelah Karl. Siapa pula perempuan tu?

"So you nak apa datang sini cari I?" Soal Karl sambil memeluk tubuh memandang Aisha didepannya.

"I nak ajak you lunch. Dah lunch hour kan." Karl mengangkat tangan melihat jam di pergelangan tangannya. Dah pukul 12 tengah hari.

"Sorry I can't. I dah ada partner lunch." Ujar Karl sambil dengan selamba menarik tangan Iris keluar daripada bilik meeting. Terbeliak mata Iris dibuatnya. Apasal berani sangat lelaki ni?

Aisha yang ditinggal oleh Karl di depan bilik meeting hanya boleh merengus kegeraman. Baru je berapa hari putus dengan dia dah ada pengganti.

VOTE🤍
COMMENT🤍
FOLLOW🤍

PILIHAN HATI [ OG ]Where stories live. Discover now