10

372 30 0
                                    

"PAPA nak Iris kahwin dengan Karl." Iris menjegilkan matanya. So lamaran Karl yang haritu berpunca dari papa lah kan.

"So, lamaran Karl berpunca dari you lah Dato'? Kenapa you sibuk sangat dengan hidup I?" Soal Iris sambil menyilangkan kakinya. Papa datang rumah pun dia tak bancuh air. Rimas betul dia, hari cuti orang kacau sampai ke rumah.

"Iris... Papa sayangkan Iris. Papa nak bila papa dah tak ada nanti, ada seseorang yang papa harap untuk jaga Iris." Ujar Dato' Azhar kepada anaknya itu agar Iris faham tujuannya yang satu itu.

"You ingat I budak budak lagi ke? I boleh jaga diri sendiri, I tak perlukan orang lain untuk jaga I." Balas Iris dengan lagaknya.

Dato' Azhar mengeluh berat. Perlukah dia gunakan kuasanya untuk mengugut Iris supaya menerima Karl?

"Apa salahnya Iris kahwin dengan Karl. Karl tu baik budaknya, papa kenal dia dah lama. Karl pun dah setuju untuk terima Iris. Kenapa Iris tak boleh terima lamaran Karl?"

"I tak cintakan Karl and I don't even know him. You faham tak? Jangan paksa paksa boleh tak?" Iris mula naik angin. Tak cukup dengan papa paksa dia ambil syarikat tu ini nak paksa kahwin pula, dengan orang yang dia tak kenal pula tu!

"Iris... Please... Cinta boleh dipupuk lepas kahwin. Kenal hati pasangan lepas kahwin. Boleh kan?"

"Oh my god susah nya bercakap dengan orang tak faham bahasa...." Iris memicit kepalanya yang sudah sedikit pening. Pening dengan permintaan papanya itu.

"Sampai bila Iris nak hidup macam ni?" Soal Dato' Azhar. Dia perlu sedarkan sikit anaknya itu.

"Hidup macam mana?"

"Hidup bergelumang dengan dosa, pergi club hampir setiap malam. Kawan dengan lelaki tah apa apa perangainya. Iris nak cuba rosakkan hidup sendiri ke apa? Papa tak nak hidup Iris..." Iris terus memotong percakapan papanya sebelum sempat ia habis.

"Hidup I dah lama rosak Dato' Azhar. Why do you care? Sebelum ni ada ke you kisah pasal hidup I? Tak ada kan? Now why you nak tentukan hidup I? You siapa dalam hidup I?" Soal Iris bertubi tubi dengan muka beku. Sikit pun dia tak terkesan dengan nasihat dari papanya itu. Baginya semua itu hipokrit semata mata.

Dato' Azhar mengeluh mendengar jawapan Iris. Nampaknya Iris tidak mampu untuk dipujuk.

"Macam ini lah, kalau Iris masih juga nak berdegil, papa akan sekat access Iris kepada harta mama and papa akan tarik balik Erys Holding dari Iris. Macam mana? Still tak nak?" Dato' Azhar akhirnya menggunakan kuasa veto nya walaupun dia tahu mungkin Iris akan lebih membencinya. Dia terpaksa. Dia dah tak nampak siapa siapa yang ikhlas untuk menerima Iris selain daripada Karl.

Iris mengecilkan matanya memandang Dato' Azhar. Dadanya pula sudah turun naik menarah amarah yang bila bila masa saja boleh meletup.

"Apa masalah you dengan I? Kenapa you benci sangat dengan I? I tak kacau hidup you dengan wife you pun kan? Kenapa you perlu muncul dalam hidup I dan porak perandakan semuanya?!" Tengking Iris. Dia sudah tidak boleh bersabar. Dia tahu dia tak boleh menolak bila papa dah ugut macam tu. Kalau dia tolak, automatik dia akan mengemis di tepi jalan.

"Sebab papa sayangkan Iris lah papa buat macam ni! Papa nak pergi dengan tenang bukan susah hati ingatkan Iris! Iris tanggungjawab papa! Amanah arwah mama! Tolonglah faham!" Dato' Azhar juga menaikkan oktaf suaranya tapi tidak setinggi sewaktu dia ingin menampar Iris. Kali ini dia lebih tenang menanggapi situasi itu.

"Okay fine! You nak sangat I kahwin kan? I akan kahwin and I nak lepas I kahwin you jangan sesekali datang kacau hidup I lagi! I tak nak tengok muka you muncul depan mata I!" Tengking Iris sekali lagi. Begitu keras hatinya apabila berhadapan dengan seorang insan yang bergelar ayah kepadanya itu.

PILIHAN HATI [ OG ]Where stories live. Discover now