5

433 29 1
                                    

"I kena balik Sydney." Kata kata yang keluar daripada mulut Rauf itu sangat mengejutkan Iris.

"But why? Kenapa tiba tiba? Ada masalah ke?" Tanya Iris. Tak ada angin tak ada ribut tiba tiba je nak pergi jauh. Macam mana dengan dia?

"No, papa I... Papa I dekat Sydney jatuh sakit. Takkan I nak biarkan dia macam tu je." Iris segera memuncungkan mulutnya dengan muka sedih. Dia tahu kesihatan papa Rauf jauh lebih penting tapi dia tak sedia nak berjauhan dengan Rauf.

"Apa kata kita kahwin? Boleh I ikut you pergi Sydney." Rauf segera menggelengkan kepalanya tidak bersetuju dengan cadangan Iris itu.

"No, I tak nak kita kahwin tergesa gesa tak ada persiapan."

"Habis tu...." Suara Iris berubah muram. Mukanya ditundukkan.

"Okay baby listen here..." Rauf menggenggam tangan Iris yang berada di atas meja.

"I promise you, lepas je I balik daripada Sydney kita terus buat perancangan kahwin. Boleh? You just have to wait for me okay baby?" Iris dengan berat hati menganggukkan kepalanya. Dia akan setia tunggu Rauf berapa lama pun Rauf mahu.
































3 MINGGU KEMUDIAN

"TAKE care okay? I'll miss you

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"TAKE care okay? I'll miss you.." Ujar Iris sambil mencebikkan bibirnya. Dia sedang berada di airport untuk menghantar pemergian Rauf ke Sydney.

"It's okay baby, I pergi sekejap je janji, and I akan selalu contact you bagitau situasi dekat sana. Don't worry okay?" Rauf mengusap lembut rambut teman wanitanya. Iris memang manja kalau dengannya dan dia amat beruntung sebab dia sorang je dapat lihat sisi Iris yang satu ini. Kalau dengan orang lain memang Iris selalu menayangkan muka beku tanpa secalit senyuman.

"Alright, diorang nak berlepas dah tu. Pergilah, don't forget me okay?" Ujar Iris dengan mata yang sudah bergenang ingin melepaskan Rauf pergi.

"Ye I promise. Bye sayang." Rauf mencium sekilas tangan Iris sebelum melangkah ke balai berlepas.

Iris hanya menghantar pemergian Rauf dengan pandangan sayu hinggalah Rauf hilang dari pandangan mata.


































IRIS berjalan dengan muka masam mencuka masuk ke dalam company 'Erys Holding' yang merupakan gabungan namanya Iris Eryna. Mood dia memang sangatlah tidak baik harini sebaik sahaja Rauf bertolak ke Sydney sebentar tadi. Dia pula terpaksa menguruskan syarikat ini dek kerana papa nya yang mengugut akan menarik segala harta peninggalan arwah mama daripadanya. Jadi terpaksalah juga dia masuk kerja kalau tak, jatuh bankrap lah dia. Tak tahu pula papa pun ada access kepada harta harta peninggalan arwah mama. Ingatkan dia sorang je.

"Selamat datang cik Iris Eryna."

Sambutan yang megah di depan pintu besar syarikat itu hanya dihiraukannya. Beberapa orang yang menunduk di hadapan pintu juga tidak diendahkan. Mesti papa yang sediakan semua ni.

"Sombong betul boss baru kita tu. Mentang mentang lah anak boss besar, kita pun tak dipandang nya." Desis salah seorang pekerja di situ.

Iris yang mendengar terus menghentikan langkahnya serta merta dan berjalan menuju ke arah pekerja itu.

"Apa you cakap?" Soal Iris dengan muka garang macam singa. Terketar ketar pekerja itu mahu menjawab.

"Errr.... Tak ada apa apa Cik Iris." Pekerja itu menundukkan kepalanya.

Iris memberikan jelingan maut pada semua pekerja yang melihat dan meneruskan langkahnya ke lif. Butang lif ditekan.

Sampai sahaja di tingkat 30 syarikat itu, dia terus melangkah menuju ke arah biliknya seperti yang dimaklumkan oleh papa.

Langkah sahaja kaki ke dalam bilik CEO, sudah ada dua orang insan yang menunggunya di atas sofa. Dia menarik nafas dalam untuk bertenang.

Sorang Dato' Azhar, sorang lagi dia tak kenal. Tunduk je mana nak nampak muka.

"What are you doing here Dato' Azhar?" Tanya Iris sambil berpeluk tubuh. Beg nya diletak di atas meja kaca berhampiran tempat dia berdiri.

Dua insan itu serentak berpaling ke arahnya. Terbeliak mata Iris dibuatnya apabila melihat gerangan di sebelah papanya. Mamat tin tu?! Apa dia buat dekat sini?!

"Haa.. Sampai pun Iris. Lama papa tunggu." Sapa Dato' Azhar dengan ramah walaupun muka anaknya itu tidak ada senyuman untuk menyambut kehadirannya.

"Kenalkan Karl. Ini Iris satu satunya anak uncle." Karl hanya menganggukkan kepalanya sedikit. Terkejut juga di tengok perempuan ni dekat sini. Dia tahu Dato' Azhar ada anak tunggal perempuan tapi tak sangka pula perempuan ni rupanya.

"Iris kenalkan ini Karl. Business partner papa yang akan jadi business partner Iris mulai hari ini. Papa harap kamu berdua boleh serasi. Berkenalan lah dulu kejap lagi turun ke Foodcourt okay? Papa tunggu dekat sana." Iris dan Karl hanya menganggukkan kepala mereka. Sebaik sahaja Dato' Azhar meninggalkan bilik itu, Iris terus mendekati Karl.

"Asyik jumpa je, jodoh agaknya." Seloroh Karl memecah suasana sunyi antara mereka.

"Jodoh?" Iris melepaskan tawanya dengan kuat.

Karl memerhati Iris dengan pelik. Tersampuk ke perempuan ni? Gelak tiba tiba. Kuat pula tu.

"You kenapa? Tersampuk jin mana?" Soal Karl selamba. Iris terus menghentikan tawanya. Suka cekadak dia je kata dia tersampuk jin.

"Tak adalah. Jodoh you cakap? Lambert... Lagi I nak berjodoh dengan you."

"Eh I pun tak ingin lah. I gurau je. You tak reti bergurau eh?" Bidas Karl. Sesekali kena ajar juga perempuan sebelahnya ini.

Iris hanya menggulingkan biji matanya.

"Kalau you tak ingin I lagi lah seribu kali tak ingin dengan you." Iris menghadiahkan senyum sinis sebelum terus melangkah keluar daripada bilik itu.

Karl hanya terkebil kebil memandang langkah Iris sambil menggeleng kepalanya perlahan. Pelik perempuan ni.

VOTE 🤍
COMMENT🤍
FOLLOW🤍

PILIHAN HATI [ OG ]Where stories live. Discover now