6

405 29 0
                                    

KARL mengerling jam di tangan kanannya dan kepalanya pula menoleh ke kiri kanan seperti mencari seseorang. Tidak lama kemudian, Karl tersenyum apabila melihat kelibat seseorang yang dia tunggu sudah pun muncul di hadapan mata.

Karl segera berjalan menuju ke arah wanita yang dilihatnya sudah membuka pintu kereta.

"Tumpangkan I." Ujar Karl selamba sebelum membuka pintu kereta Iris dan terus masuk ke dalam bahagian penumpang. Terjegil biji mata Iris melihat tingkah laku Karl. Datang entah daripada mana terus masuk dalam kereta orang. Dah lah sepanjang hari ni, ada je perkara yang Karl buat menyakitkan hati Iris.

"You ni kenapa? Keluar sekarang." Arah Iris dengan muka masam mencuka. Karl hanya membuat muka selamba sambil memasang tali pinggang keledar.

"Kereta I rosak, dekat workshop." Iris merengus geram sambil dia turut masuk ke dalam kereta.

"So do I care? Kereta you rosak ke, jatuh gaung ke bukan masalah I. " Balas Iris. Meluat betul dia tengok lelaki di sebelahnya ini. Suka buat perkara ikut suka hati dia.

"Alah, tolonglah hantarkan I. Bukannya jauh pun." Iris mengecilkan matanya memerhati wajah Karl di sebelahnya. Karl yang sedar dirinya diperhati terus membalas renungan Iris semula.

Beberapa saat kemudian, Iris mengalihkan pandangannya sambil menghidupkan enjin kereta. Cakap banyak pun tak guna dengan dia ni. Sudahnya terpaksa juga Iris menghantar Karl balik ke rumahnya.
































DATIN Nita hanya memandang pelik suaminya yang sejak balik daripada kerja tersenyum memanjang. Hairan dia dibuatnya, selalunya hari hari muka keruh duk risaukan anak perempuan sorang tu.

"Abang ada apa apa nak story dengan I?" Tanya Datin Nita kepada suaminya, Dato' Azhar.

Dato' Azhar memandang isterinya itu sebelum tersenyum lagi.

"Iris..." Nama yang meniti di bibir Dato' Azhar mengundang rasa meluat isterinya namun disorokkan dengan senyuman manis.

"Kenapa dengan Iris? Dia dah boleh maafkan abang?"

"Tak ada lah sampai macam tu... Cuma.. dia dah setuju nak ambil alih syarikat abang." Ujar Dato' Azhar dengan senang hati. Datin Nita pula keresahan. Takut takut segala saham di syarikat itu jatuh ke tangan Iris seorang.

"Ouh... Baguslah macam tu. Tapi... abang tak rasa ke Iris tu dah kena ada orang jaga dia?" Pancing Datin Nita. Kalau si Iris tu kahwin tak ada lah dia susah hati sangat pasal perebutan harta nanti. Yang paling penting lelaki tu kena kaya.

"Maksud awak?" Soal Dato' Azhar agak samar samar dengan soalan isterinya.

"Kahwin? Abang suruh lah dia kahwin. Mesti dia akan dengar cakap abang." Dato' Azhar tergelak kecil. Dia nak suruh Iris kahwin? Mahunya lagi merajuk budak tu.

"Persoalannya sekarang dengan siapa? Dan nak ke dia tu ikut cakap saya?"

Datin Nita mencebik. Kata business man takkan itu pun tak boleh fikir.

"Abang kan masih ada access pada semua harta peninggalan arwah Erin, guna kan lah kuasa abang tu." Kata Datin Nita memberi cadangan.

Dato' Azhar mula memikirkan kemungkinan itu. Ye tak ye juga. Tapi calonnya yang tak ada sekarang.

"Nanti nanti lah abang fikirkan." Balas Dato' Azhar membuat keputusan.



































IRIS melabuhkan duduk di atas sofa rumahnya setelah sepanjang hari berada di tempat kerja. Letih sungguh dia hari ini. Walaupun baru hari pertama bekerja, sudah banyak yang perlu diuruskannya tambah dengan melayan perangai rakam kongsinya yang menyakitkan hati tu lagi.

Dalam letihnya, tiba tiba matanya terpandang bingkai gambar yang diletakkan di sebelah televisyen.

Ada tiga orang dalam gambar itu. Dia, papa dan mama. Dia mencapai bingkai gambar itu dan merenungnya dengan senyuman. Gambar arwah mamanya diusap usap perlahan. Rindu betul dia pada insan itu.

"You salah faham lah Erin! Sabar sikit boleh tak?! You asyik nak ikut kepala you je!" Tengking Dato' Azhar kepada isterinya. Orang ramai mula memandang ke arah mereka yang bergaduh di tempat awam.

"You nak I still bersabar lepas apa yang I nampak tadi? You ingat I bodoh ke Azhar?!" Datin Erin membalas semula kata kata suaminya sambil tangannya menggenggam erat tangan kecil Iris menunggu lampu hijau pejalan kaki.

"Okay! I minta maaf! I tak sengaja sakit kan hati you tapi bukan I salah I je. You busy sangat sampai tak ada masa untuk I. Dah lah jom kita balik. Bincang dekat rumah." Dato' Azhar mencuba memujuk Datin Erin namun tidak berjaya.

Iris pula hanya terkebil kebil memerhati kedua insan kesayangan nya itu bergaduh di hadapannya.

"Dah I tak nak dengar apa apa lagi daripada you. Lepas ni you jangan cari I dengan Iris lagi." Kata Datin Erin sebelum melintas jalan tidak lagi peduli dengan panggilan suaminya.

"Erin! Kereta!!!" Iris tidak ingat apa yang berlaku. Hanya itu suara terakhir yang menyapa gegendang telinganya sebelum dia tidak sedarkan diri.

Iris menyeka air matanya yang jatuh ke pipi. Dia sudah berjanji tidak akan menangis lagi tapi malam ini dia kalah dengan perasaannya sendiri. Air mata diseka perlahan. Dia rasa sangat sunyi.

"Mama...." Iris membawa bingkai gambar itu ke dalam dakapannya. Dia sangat merindui ibunya. Bagi dia semua yang terjadi adalah salah Dato' Azhar yang sudah curang di belakang ibunya sebab
itu lah sampai sekarang dia tidak mesra dengan ayahnya itu.

Dalam melayan perasaannya, Iris tidak sedar bila masa dia terlelap di atas sofa ruang tamu itu.

VOTE🤍
COMMENT🤍
FOLLOW🤍

PILIHAN HATI [ OG ]Where stories live. Discover now