25

381 34 8
                                    

"MORNING! Jom breakfast!" Sapa Iris dengan ceria apabila melihat wajah Karl yang sedang menuruni tangga. Harini, dia terlebih rajin nak buat sarapan pagi. Mungkin sebab rasa bersalahnya pada Karl malam semalam masih tebal.

"Morning sunshine." Karl menghadiahkan senyum manis sebelum mengambil tempat di meja makan. Briefcase nya diletakkan di kerusi sebelah.

Iris pula tersenyum senang hati dengan riaksi Karl, sangkanya Karl akan bermasam muka dengannya pasal hal semalam namun sangkaannya meleset.

"Makanlah, selalu you masak nasi goreng untuk I kalini I punya turn." Karl mencedok sedikit nasi goreng ke dalam pinggan lalu pinggan itu diserahkan pada Iris sebelum dia membuat perkara yang sama kepada dirinya.

Karl membaca Bismillah sebelum menyuap nasi goreng ke dalam mulutnya. Iris menanti riaksi Karl dengan penuh teruja. Ini first time dia masak untuk orang lain.

"Hmm sedap! Boleh buka restoran ni." Iris tersenyum lega mendengar pujian Karl.

"Siapa lagi sedap? You masak ke I masak?" Soal Iris pula. Saja nak bergurau dengan Karl.

"Nasi goreng you sedap tapi nasi goreng I lagi sedap." Ujar Karl lalu tertawa. Tapi memang tak dinafikan air tangan Iris sedap dan dia tak sangka Iris pandai memasak. Ingatkan pandai melawa je.

Baru sahaja Iris mahu membalas handphonenya berbunyi minta diangkat. Iris segera mengangkat telefon tanpa melihat gerangan orang yang menelefonnya.

"Sayang..." Riak wajah Iris terus berubah apabila mendengar kata pertama gerangan di sebelah sana. Dia kenal sangat suara siapa. Suara lelaki yang paling dibencinya ketika ini.

"Jap eh." Iris meminta diri sebelum berlalu ke biliknya. Karl hanya menganggukkan kepalanya tanpa bertanya banyak.

"You nak apa?!" Iris terus menengking Rauf di telefon sebaik sahaja masuk ke dalam biliknya.

"Sayang dengar dulu... I rindu you Iris... Can we meet?" Iris tergelak sinis. Dia ni memang muka tak tahu malu, dah curang ada hati nak jumpa dia lagi.

"You memang jenis muka tak tahu malu eh? You dah curang dengan I lepastu you nak buat macam tak ada apa apa yang jadi antara kita?" Balas Iris berang.

"Iris... Semua yang perempuan tu cakap tak betul. You tahu I macam mana kan? She's just one of my collection. Please percayakan I... Tak akan I nak tipu you Iris, you're special. You tak macam perempuan perempuan lain yang I date. I nak kahwin dengan you. Please sayang.... I tak boleh hidup tanpa you. Kita kahwin?" Ujar Rauf panjang lebar cuba merayu Iris.

"You dah gila ke hah? Tunang you nak campak mana? Even if you dah break dengan tunang you, just know that I takkan berbalik pada you. I dah kahwin and I'm happy with my life." Ujar Iris terus terang.

"No, I know you tak happy. You kahwin paksa kan? Come on Iris, I kenal you dah lama you tak boleh tipu I."

"Suka hati you lah nak percaya ke tak. Yang penting jangan ganggu I lagi. Faham?"

"I would not give up on you Iris. Never. I akan dapatkan you dengan apa cara sekalipun. Even if I have to get in prison cause' I can't live without you baby." Iris terus menamatkan panggilannya. Tangannya agak menggigil ketakutan setelah mendengar kata kata Rauf. Dia kenal Rauf, Rauf bukanlah seorang yang suka bermain dengan kata kata. Bila dia kata dia akan buat, maknanya dia akan buat.

"Sayang...Kenapa ni?" Iris terperanjat apabila Karl tiba tiba memeluknya dari belakang dan mengusap tangannya yang sedikit menggigil.

"If you have anything to share with me don't hesitate okay. I sedia nak dengar segala problem you." Ujar Karl sambil meletakkan dagunya di atas bahu Iris.

Iris tersenyum nipis. Dia rasa selamat berada di dalam pelukan Karl.

"Thanks for your concern."  Iris memejamkan matanya sebentar di dalam pelukan Karl untuk mencari ketenangan sebelum membuka matanya apabila teringat sesuatu.

"Eh you tak pergi kerja lagi? Nanti lambat kan?!"

Mata Karl membulat tanda terkejut sambil terkocoh kocoh berlari turun ke bawah. Baru perasan dia terlewat. Iris tak masuk office harini.

Iris tergelak kecil melihat Karl yang sudah seperti lipas kudung mengambil briefcase nya. Itulah, nak romantik tak kira masa lagi.

"Okay I pergi dulu, take care, I love you." Ujar Karl sebelum mencium pipi Iris sekilas lalu. Iris tersenyum senang. Begini rupanya bila kita sedang dilamun cinta, bahagianya rasa.

"Okay I love you too."






















"WHAT are you doing here?" Soal Karl sambil melabuhkan duduk di kerusi kerjanya. Aisha yang sedang bersantai di atas dipandangnya sekilas lalu. Risau juga dia walaupun ini office dia, manalah tahu kalau tiba tiba Iris buat lawatan mengejut dah salah faham pula nanti.

"Hye Karl? Don't you miss me?" Aisha bangun dari duduknya dan berdiri memeluk tubuh di depan Karl.

"I tak ada masa nak layan you Aisha. Please straight to the point ada apa you datang sini?" Soal Karl masih cuba berlembut dengan Aisha.

"Nothing, I just nak melawat you. Dah lama I tak jumpa you sejak you kahwin. By the way, tak nak kenalkan wife you dekat I ke?"

"Nanti nantilah. Dah lah I banyak kerja ni." Karl memandang jam di tangannya. Dah lah dia datang lambat, lepastu ada pula pengacau.

"Okay okay tak perlulah nak halau I." Aisha sedikit mencebik sebelum mengambil beg nya di atas meja dan melangkah keluar dari bilik Karl dengan muka cemberut. Tak berjaya misi dia nak rapat dengan Karl balik.






















"IRS.... Papa rindu Iris." Ujar Dato' Azhar perlahan sambil mengusap bingkai gambar mereka bertiga. Dia, isterinya dan Iris yang berumur kira kira 3 tahun.

"Kalau you tenung gambar tu sampai tembus sekalipun bukannya anak kesayangan you tu nak datang balik." Sampuk Datin Nita dengan nada menyampah. Makanan di atas dulang diletakkan di meja bersebelahan kerusi roda Dato' Azhar.

Ya, Dato' Azhar kini tidak berdaya untuk melakukan apa apa selain daripada terbaring di atas katil ataupun duduk di atas kerusi roda dengan bantuan Datin Nita. Dato' Azhar terlibat dalam kemalangan dua minggu lepas yang menyebabkan kedua dua kakinya lumpuh.

Dato' Azhar hanya mampu terdiam mendengar kata kata Datin Nita itu. Nak dilawan nanti tak ada siapa nak jaga dia. Dia dah tahu apa motif isterinya itu berkahwin dengan dia.

Semua disebabkan oleh harta, sebab itu jugalah dia berharap sangat Iris datang mengunjunginya dan dia akan menandatangani semua borang penyerahan harta supaya hartanya tidak jatuh ke tangan Datin Nita.

VOTE🤍
COMMENT🤍
FOLLOW 🤍

PILIHAN HATI [ OG ]Where stories live. Discover now