24

366 35 2
                                    

KARL dan Iris memandang sesama sendiri dengan cemas. Okay relaks, ini kan bilik Karl juga dulu. Bukannya diaorang menceroboh bilik orang lain kan.

Karl memperbetulkan baju kemejanya sebelum membuka pintu untuk melihat orang yang mengetuk.

"Oh mummy rupanya, kenapa mummy?" Tanya Karl apabila tubuh Datin Kamila tegak berdiri di hadapan biliknya itu.

"Lah mummy kacau ke, sorry." Merona merah wajah Iris apabila melihat senyuman simpul ibu mertuanya yang dihadiahkan untuk mereka berdua. Mesti mummy dah fikir bukan bukan aduh.

"Eh tak ada lah mummy, memang nak turun pun." Ujar Iris seraya cepat cepat membuka pintu bilik dengan luas dan menapak keluar diikuti oleh Karl.

"Mummy saja nak cari kamu berdua sebab tak nampak dekat bawah tadi. Dah makan?" Soal Datin Kamila dengan senyum keibuannya. Membuatkan Iris rasa lebih dekat dengan wanita itu.

"Dah mummy. Tadi ramai sangat orang sebab tu Karl ajak Iris masuk bilik kejap. Ada hal." Sampuk Karl pula. Datin Kamila hanya menganggukkan kepalanya tanda memahami.

"Maaf lah mummy tak sempat layan kamu berdua, ramai cousins kita dari jauh datang harini." Ujar Datin Kamila dengan riak wajah bersalah.

"Eh tak apalah mummy, kami faham." Balas Iris sambil menghadiahkan senyuman manis. Buat kesekian kalinya, Karl terpukau. Dengan mummy nya je dia boleh tengok senyuman yang satu itu.

"Err mummy. Kita orang sebenarnya nak balik dah. Dah lewat malam kan. Esok Karl dengan Iris kena masuk office lagi." Ujar Karl sambil mengerling Iris di sebelah nya. Dia perlukan jawapan kepada soalannya tadi.

"Ouh tak apalah kalau macam itu. Terima kasih datang family dinner ni ya Karl & Iris."

Iris dan Karl menunduk dan menyalami tangan Datin Kamila sebelum bergerak pulang ke rumah mereka.

























SEBAIK sahaja masuk ke dalam rumah, Iris segera berlalu ke biliknya tanpa menegur Karl. Baru sahaja dia ingin menutup pintu biliknya, Karl segera menolak tangan Iris di tombol pintu lalu menerjah bilik Iris.

Karl menghadiahkan senyum menggoda kepada isterinya. Iris hanya terkaku seperti batu di sebalik pintu. Karl perlahan mendekatinya dan mengunci Iris kemas di belakang pintu.

"Ka.. Karl, you buat apa ni." Tergagap gagap Iris menyoal tindakan Karl.

"Buat apa apa? I just nak jawapan kepada soalan I tadi. So.. apa jawapannya?" Soal Karl sambil anak matanya tunak merenung ke dalam mata Iris.

Iris menarik nafas dalam lalu menghembusnya perlahan. Dia akan jujur dengan Karl.

"Yes, I love you." Iris nampak pandangan mata Karl berubah. Mukanya juga nampak gembira.

"Betul? You tak mainkan perasaan I kan?" Soal Karl lagi untuk kepastian.

"No, I really love you. I dah mula sukakan you sejak kita kahwin lagi cuma I'm not sure with this feeling." Iris menghadiahkan senyuman manis yang hanya diberikan apabila bercakap dengan Datin Kamila. Karl terpesona. Senyuman ini lah yang dia tunggu tunggu daripada dulu, akhirnya dia dapat melihat senyuman itu dengan jelas.

Mereka bertentang mata untuk beberapa saat sebelum Karl memberanikan diri untuk memberi kucupan hangat kepada Iris. Iris pula hanya membiarkannya, makin lama makin kuat bunyi nafas Karl di telinga Iris.

"Karl wait..." Iris segera menahan tangan Karl yang sudah menyingkap bahagian bawah dress nya itu.

" Iris segera menahan tangan Karl yang sudah menyingkap bahagian bawah dress nya itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Why Iris?" Soal Karl perlahan. Dia bingung. Bukankah tadi Iris baru memberinya kebenaran?

Iris menarik nafas dalam dalam sebelum berkata.

"I tak nafikan yang I dah mula cintakan you but I'm sorry Karl.... I'm not ready for that." Iris rasa dressnya sudah dilepaskan. Tiba tiba rasa bersalah pula buat Karl macam tu tapi dia memang tak bersedia lagi.

"Karl I'm so sorry.." Iris meraih lengan Karl dan mengusapnya perlahan.

"It's okay, I faham. I pun taknak paksa you buat benda yang you tak nak. I can still wait baby." Ujar Karl sambil tersenyum nipis tapi Iris boleh nampak riak kecewa di wajahnya yang cuba disembunyikan.

"Okaylah, you pergi mandi and rehat okay." Ujar Karl sambil menghadiahkan ciuman di pipi Iris sebelum berlalu keluar dari bilik.

Rasa bersalah mula menggunung di dalam diri Iris. Tapi memang dia masih belum bersedia untuk itu.

VOTE🤍
COMMENT🤍
FOLLOW🤍

PILIHAN HATI [ OG ]Where stories live. Discover now