14

336 26 2
                                    

"YOU nak pergi mana?" Soal Karl apabila melihat Iris sedang memasukkan baju bajunya ke dalam luggage.

"Balik lah. You nak suruh I duduk berapa lama dekat sini?" Iris menjeling Karl sekilas sambil tangannya masih laju mengemas luggage nya. Dia sebenarnya tak nak balik lagi tapi disebabkan dia rimas dengan kehadiran Karl di sini terpaksa juga lah dia balik.

Karl tersenyum lebar.

"Ingatkan nak duduk sini terus." Ujar Karl perlahan tapi masih sempat didengari Iris.

Iris menghadiahkan jelingan tajam kepada Karl. Nak perli dia lah tu.

Balik sahaja dari Terengganu terus masam mencuka muka Iris apabila melihat papanya yang sedang menunggu kedatangannya dalam rumah. Mentang mentang papa ada kunci spare rumah Iris, suka hati je masuk. Ni mesti Karl yang bagitau dia nak balik harini. Karl di sebelah dijeling sekali lagi. Meluat betul dia dengan manusia manusia di sekelilingnya ini.

Tak cukup panas hati dengan kehadiran Dato' Azhar, Iris jadi semakin menggelegak apabila melihat Datin Nita di sebelah yang sedang tersenyum lebar. Mesti seronok tengok Iris dah kahwin, senanglah dia nak bolot semua.

"Welcome home, Iris anak mama!" Seperti biasa lakonan dimulakan oleh Datin Nita untuk menyambut Iris di hadapan Dato' Azhar. Dia mendepakan tangan untuk memeluk Iris. Meluat Iris melihatnya, saja nak kaburkan mata papa.

Iris hanya tayang muka beku sambil menjeling mak tirinya itu dengan tajam. Jangan harap dia nak peluk perempuan mata duitan tu.

Berubah sikit air muka Datin Nita apabila kemesraannya tidak dibalas oleh Iris. Dalam hati dah menyumpah seranah dah anak tirinya yang kurang ajar ni. Ingat dia nak sangat agaknya sambut Iris mesra mesra tahap gesel pipi, jauh sekali.

"Iris... Tak baik buat mama macam tu." Tegur Dato' Azhar sedikit kurang senang dengan tindakan Iris walaupun dia dah biasa melihatnya, tetap dia kena tegur. Itu tugasnya sebagai ketua keluarga.

Karl yang baru selesai meletakkan beg beg Iris di dalam bilik segera menyalami kedua dua mertuanya dengan hormat.

"You all buat apa dekat sini?" Tanya Iris straight to the point sambil tangannya memeluk tubuh memerhati insan insan di depannya.

"You duduk dulu, I pergi buat air." Bisik Karl di telinga Iris. Namun Iris yang berhati batu memang tak lah nak dengar cakap Karl. Dia hanya membatu di tempatnya tanpa ada ura ura nak duduk dan beramah mesra. Karl mengeluh kecil. Dah agak dah.

"Iris pergi mana? Risau papa. Lama kita orang tunggu Iris untuk majlis makan tiba tiba Karl bagitau Iris dah pergi. Kenapa buat macam tu Iris? Kesian pada tetamu dan ibu mertua kamu." Ujar papa dengan nada lembut. Dia tidak mahu berkeras dengan Iris lepas apa yang dia dah buat.

"Bukan papa je risau, mama pun risaukan Iris. Takut lah juga kalau kalau Iris buat benda bukan bukan." Ujar Datin Nita dengan muka yang berkerut seperti risau sangat dengan kehilangan Iris tempoh hari.

"Dah habis cakap? Now, boleh tak you all berdua keluar dari rumah I?" Karl tersentak mendengar permintaan Iris itu.

"Papa mama jangan ambil hati dengan kata kata Iris tadi eh? Dia penat tu... Biar Karl buatkan.."

"Tak apalah Karl. Papa dengan mama memang dah nak balik. Terima kasih jaga Iris dengan baik. Iris... Papa balik dulu. Jaga diri ye." Sayu saja suara Dato' Azhar diiringi langkah meninggalkan rumah banglo Iris.

Iris pula masih dengan muka tiada perasaannya merenung jauh ke hadapan. Selepas kereta papa dan mak tirinya itu berlalu, terdengar Karl menutup pintu utama dengan agak kuat. Iris tahu kenapa Karl jadi macam tu. Dia nak protes lepas lihat riaksi Iris terhadap kedua orang tuanya.

"I tak suka cara you bercakap dengan your perents. I dah pesan banyak kali dah at least respect diorang as orang tua. Apa susah sangat you nak ikut cakap I? You ni memang degil sejak azali eh? Ikut suka kepala you je buat keputusan tanpa fikir perasaan orang lain. Haritu tengoklah, you selamba blah daripada majlis kita biar orang tercongok congok tunggu pengantin. Please lah Iris, jangan pentingkan diri. You kena fikir perasaan orang lain jugak." Ujar Karl panjang lebar. Semakin hari semakin dia tak faham dengan perangai Iris.

"I kena fikir perasaan orang lain, habistu perasaan I? Siapa yang ambil tahu? Tak  ada siapa pun! I hidup dari kecil sampai besar semuanya seorang diri bila papa sibuk dengan perempuan mata duitan tu! Siapa yang kisahkan pasal I? Tak ada siapa siapa kan? Habistu buat apa I nak jaga perasaan orang lain? For what? I dapat benefits ke kalau I jaga perasaan orang lain? And you Karl... sekali lagi I warning you. Jangan masuk campur urusan I kalau you tak tahu apa apa!" Karl terdiam mendengar luahan hati Iris. Memang benar lah tekaan nya selamanya. Banyak lagi yang dia tak tahu tentang kisah hidup seorang Iris Eryna.

Karl yang melihat tubir mata Iris sudah sedikit berair segera mendekati. Belum sempat menarik Iris ke dalam pelukan Iris terlebih dahulu menolak.

Iris berjalan pantas masuk ke dalam biliknya dan menutup pintu bilik. Karl mengeluh perlahan. Silap diakah terlalu berkeras dengan Iris?

VOTE🤍
COMMENT🤍
FOLLOW🤍

PILIHAN HATI [ OG ]Where stories live. Discover now