12

339 25 2
                                    

"TAK nak solat sama?" Tegur Karl yang baru keluar dari bilik air kepada Iris yang sedang leka dengan handphone nya.

Muka Karl dipandang sekejap. Melihatkan pada rambut lelaki itu dia tahu Karl baru lepas ambil wudhuk. Lambat lambat dia bangun juga dari sofa dan menuju ke bilik air untuk mengambil wudhuk.

Keluar saja dari bilik air, Karl sudah pun menyiapkan dua sejadah dan sudah pun berdiri menunggu Iris. Iris segera memakai telekung dan berdiri di belakang Karl tanpa berkata apa apa.

Sesudah solat, Karl menghulurkan tangannya untuk disalami oleh Iris. Lambat lambat tangan Karl disambut juga dan dicium sekilas. Karl tersenyum nipis melihat kelakuan Iris. Dia tahu Iris tak berapa ikhlas pun nak salam tangan dia tapi at least Iris tak menolak. Itu pun dah cukup bagus.

Selesai solat isyak berjemaah, mereka bermalas malasan di atas katil. Iris sudah pun memberi kebenaran untuk Karl tidur di atas katil tapi dengan syarat tidak boleh melebihi garisan yang telah ditetapkan. Bantal panjang yang besar diletakkan di tengah tengah oleh Iris.

Keadaan sunyi sepi di dalam bilik hotel. Manakan tidak, masing masing buat hal sendiri. Sorang main phone, sorang baca buku.

"Bila you plan nak balik KL?" Soal Karl. Buku diletakkan di sisi katil. Dia mulakan perbualan dengan Iris terlebih dahulu sebab kalau nak tunggu isterinya itu bukak mulut dulu sampai kiamat pun belum tentu. Ada emàs agaknya dalam mulut.

"Kenapa?" Soal Iris pula dengan pandanganya masih melekat pada handphone di tangan.

"Papa tanya tadi bila you nak balik." Balas Karl berterus terang.

Iris meletakkan handphone di sebelah. Perhatian diberikan sepenuhnya kepada Karl.

"Oh sekarang ni you dah jadi orang suruhan Dato' pulak? Dia suruh you buat apa? Jadi bodyguard I?" Soal Iris sambil memeluk tubuh menghadap Karl. Karl mengerutkan dahinya mendengar tuduhan Iris yang tidak berasas itu.

"Apa yang you merepek ni? Sampai tahap tu you fikir? You ingat I ni kemaruk duit sangat ke sampai nak kena kahwin dengan you untuk jadi bodyguard you? I kahwin dengan you atas kerelaan hati I sendiri takde kaitan dengan papa." Belum sempat Iris mahu menjawab, Karl sudah menyambung kata katanya.

"And lagi satu... Boleh tak you panggil papa you dengan panggilan 'papa'? I perhati benda ni sejak I kenal you lagi. You tak pernah panggil papa dengan panggilan yang sepatutnya. Boleh tak hormat your dad? Why you nak kena jadi rude sangat?" Ayat terakhir yang keluar dari mulut Karl membuatkan muka Iris mula merah padam menahan marah. Suka hati je kata dia kurang ajar.

"Apa you cakap dekat I tadi? I rude?"

"Yes, dari apa yang I perhatikan. Your behaviour tersangatlah kurang ajar." Balas Karl dengan berani.

Iris tergelak sinis sebelum tangannya mencapai dua biji bantal lalu dicampak ke sofa yang berada di depan katil.

"You cakap I rude kan? Sekarang ni you pergi tidur dekat sofa tu! Jangan berani berani nak naik atas katil!" Ujar Iris sambil menolak badan Karl dengan kuat sampai jatuh katil dibuatnya.

Karl bangun daripada jatuhnya dengan muka tak puas hati.

"Eh apasal pulak I kena tidur atas sofa?" Soal Karl tidak berpuas hati dengan tindakan Iris.

"Sebab mulut you yang celupar sangat! Tu lah orang cakap, terlajak perahu boleh diundur terlajak kata buruk padahnya!" Kata Iris siap dengan pantunnya lagi. Jarang jarang Iris Eryna nak bagi pantun hahaha.

Selesai menghalau Karl supaya tidur di atas sofa, Iris menyusun tempat tidurnya sebelum meletakkan kepalanya ke atas bantal. Belum pun beberapa minit, dia sudah terlelap dek keletihan.

Selepas memastikan Iris sudah pun tertidur, Karl dengan perlahan lahan mengambil kedua bantalnya lalu meletakkannya di sisi Iris yang sudah terlena.

Perlahan lahan dia memanjat ke atas katil dan segera baring di sisi Iris. Dia tak kisah walaupun sempit sebab Iris tidur di tengah tengah katil, janji dia dapat tidur atas katil.

Wajah Iris yang berdepan dengannya itu ditenung sekejap. Tak pasti apa perasaannya pada gadis itu, adakah dia benar sudah jatuh cinta atau hanya terkesan dengan cerita yang diceritakan oleh Dato' Azhar haritu.

Tidak lama kemudian, Karl juga melelapkan matanya.

VOTE🤍
COMMENT🤍
FOLLOW🤍

PILIHAN HATI [ OG ]Where stories live. Discover now