22

340 34 0
                                    

"IRIS, mummy panggil kita pergi rumah dia. Ada makan makan sikit." Ujar Karl sewaktu mereka berdua sedang berehat rehat menonton televisyen. Maklumlah hari cuti, tak ada benda nak buat.

"Bila?" Soal Iris pendek.

"Malam ni?"

Iris hanya menganggukkan kepalanya beberapa kali tanda setuju.

"Still taknak cerita apa yang jadi haritu?" Soal Karl mengharapkan jawapan daripada Iris.

"It's not your business." Jawab Iris sambil lewa. Matanya masih fokus merenung handphone di tangan.

"Really? Not my business? Are you sure? Habistu apa gunanya I sebagai suami kalau tak boleh dengar masalah isteri sendiri?" Soal Karl lagi.

"It's okay, dah selesai dah pun. Tak perlu peningkan kepala you fikir masalah I." Jawab Iris masih cuba mengelak daripada menceritakan perkara yang sebenar.

"Okay if you say so." Karl akhirnya mengalah. Tidak mahu bertanya lebih lanjut jika Iris tidak mahu membuka mulut. Tahu sangat keras kepala Iris itu macam mana.






























"TOK! TOK! TOK!"

"Kejap!" Iris segera menyembur minyak wangi di tubuhnya sebelum melangkah untuk membuka pintu.

"Boleh tak you...." Belum sempat Karl menghabiskan ayatnya, matanya terpaku pada Iris yang begitu cantik pada matanya.

Iris mengenakan dress satin berwarna merah yang terletak elok di tubuh rampingnya. Rambut panjang nya pula diikat sanggul menampakkan lehernya yang putih mulus.

 Rambut panjang nya pula diikat sanggul menampakkan lehernya yang putih mulus

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Cantiknya you." Ujar Karl. Matanya belum lepas dari memandang segenap tubuh Iris. Tergoda dengan isteri sendiri tak apa kan?

"Eleh nak bodeklah tu." Ujar Iris sambil berjalan menuju ke arah cermin besar di dalam biliknya.

"You nak apa datang bilik I?" Soal Iris kepada Karl yang juga mula melangkah masuk ke dalam biliknya.

"I nak minta tolong you pakaikan tie ni." Karl menghulurkan tali leher di tangannya kepada Iris.

Iris mengerutkan keningnya.

"Sebelum ni tahu pula pakai sendiri?"

"Alah, boleh lah. Lupa lah macam mana nak pakai." Karl tersengih macam kerang busuk. Saja nak bermanja dengan Iris. Salah satu usaha dia lah ni nak merapatkan hubungan mereka.

"Sini." Iris mengambil tali leher di tangan suaminya dan berdiri di depan Karl yang lebih tinggi darinya.

"Alang alang tu tolong butangkan baju I sekali." Ujar Karl sambil membuka beberapa butang baju kemejanya.

Iris mengerling Karl dengan tajam. Mengada betul dia ni. Namun Iris tidak pula membantah. Dia hanya melayan karenah Karl pada malam itu.

Satu persatu butang baju dikenakan. Ketika itu, Karl pula sedang sibuk meneliti wajah Iris yang leka memasang butang baju kemejanya. Dari mata ke hidung ke bibir merah Iris. Perfect.

Bau minyak wangi yang dipakai Iris menusuk masuk ke dalam hidung Karl membuatkan Karl agak berdebar debar dengan Iris yang begitu menggoda malam itu.

"You saja eh?" Bisik Karl perlahan.

"Saja apa?" Iris mendongakkan mukanya menentang mata hitam Karl.

"Saja nak goda I."

"Eh eh you yang tergoda nak salahkan I pula." Iris mencebikkan bibirnya sedikit.

"Yes, I mengaku I tergoda." Karl melingkarkan tangannya di pinggang Iris lebih dekat lalu ditarik ke dalam pelukan nya. Matanya pula dilirikkan ke bibir Iris yang dicebik.

Iris terkejut namun cepat cepat mengawal ekspresi mukanya. Dia harus membiasakan diri dengan keadaan ini kalau dia betul sudah membuat keputusan untuk menerima Karl sebagai suami.

"Tak payah keluar lah malam ni. You cantik sangat nanti semua cousins I tergoda dengan you pula." Bisik Karl di telinga Iris membuatkan wajahnya merona merah.

Iris menepuk bahu Karl perlahan.

"You ingat I sorang je ke yang cantik dekat dinner tu nanti hah? Entah entah ada yang lagi gorgeous dari I macam mana? You nak behave macam ni juga ke?" Iris sengaja menguji Karl. Kedua tangannya diletakkan di atas bahu tegap milik Karl.

"Tak kisah lah lagi gorgeous ke apa. My eyes will always searching for you only." Ujar Karl pula sambil menayangkan senyum menggodanya.

"Sejak bila you jadi mamat kasanova eh?" Riak wajah Karl terus berubah kelat.

"Mana ada. I sweet dengan you je lah. You ingat I tackle semua orang ke?"

"Alah gurau je pun. Jangan lah ambik hati." Ujar Iris apabila pelukan Karl di pinggangnya mula longgar.

"Tahu pun takut kalau I merajuk." Karl menayangkan senyum nya kembali. Saja nak buat buat merajuk.

Iris pula yang mencebik geram. Geram sebab termakan dengan rajuk Karl.

"Eh sampai bila nak macam ni? Nanti kita lambat lah." Ujar Iris sambil mengerling jam di dinding. Janji pukul 8 sekarang dah 8:15.

Karl juga bagaikan baru tersedar. Cepat cepat dia pakai tali leher sendiri haha. Tahu pula pakai tali leher sendiri.

"You lah ni goda I sampai tak ingat masa." Bebel Karl sebelum keluar dari bilik Iris.

Iris hanya tergelak kecil. Padan muka siapa suruh mengada nak suruh orang pakaikan tie padahal boleh pakai sendiri.


VOTE🤍
COMMENT🤍
FOLLOW🤍

PILIHAN HATI [ OG ]Where stories live. Discover now