17

379 33 4
                                    

"EHEM! Ehem!" Suara orang berdehem mematikan lamunan Iris yang sedang berdiri menghadap kolam renang di depannya.

Riak wajah Iris yang tenang sebentar tadi berubah bengis sebaik sahaja melihat wajah mak tirinya yang sedang berpeluk tubuh di belakang.

"Tak pernah pernah kau nak sambut birthday bapak kau, harini mimpi apa pula?" Soal Datin Nita dengan sinis.

Iris memalingkan tubuhnya menghadap mak tirinya yang talam dua muka itu.

"Kenapa? Aku nak sambut birthday papa aku sendiri pun kena minta permission kau ke? Kau siapa? Sedar diri sikit. Kau tu menumpang kekayaan arwah mama aku je." Puas hati Iris apabila melihat muka Datin Nita sudah mula kemerah merahan menahan marah. Dia yang cari pasal dulu, dia yang nak marah.

"Engkau ni dah semakin pandai menjawab kan? Makin kurang ajar pula tu! Macam mana mak kau ajar kau dulu hah? Oh lupa, tak sempat nak ajar betul betul dah mampos..." Datin Nita membuat muka mengejek di hadapan Iris.

Berubah terus riak muka Iris sebaik sahaja nama arwah mama turut dikaitkan. Dengan pantas tubuh mak tirinya yang sedang menggeletis di tepinya itu terus ditolak masuk ke dalam kolam renang.

"Padan muka kau perempuan! Lain kali mulut kau tu jangan celupar!! Dasar perempuan mata duitan!!" Riak puas hati jelas terpampang di wajah Iris apabila melihat mak tirinya itu sedang terpekik meminta tolong. Dia tahu kejap lagi mesti dua orang insan tu akan mengamuk dekat dia, tapi dia kisah apa.

"Iris! Nita!" Betullah tekaannya. Papa dan Karl dah pun sampai. Tepat masanya.

"You pandang apa lagi Dato'? Pergilah selamatkan you punya kekasih. Dah nyawa nyawa ikan tu." Ujar Iris sambil memuncungkan mulutnya ke arah mak tirinya yang masih terkapai kapai.

Karl pula masih terkejut dengan apa yang terjadi. Tak sangka Iris sanggup buat sampai ke tahap itu.

Tanpa berlengah, Dato' Azhar terus menerjun ke dalam kolam dan membawa Datin Nita yang tercungap cungap ke tebing. Nasib hidup lagi, kalau tak tak sempat lah nak kaut semua harta.

"Iris!" Karl berdiri tegak di hadapan Iris. Di wajahnya jelas terpapar wajah yang sedang menahan marah. Baginya, Iris sudah melampaui batas.

"Apa? Dia tergelincir lah." Balas Iris sambil bermain main dengan hujung rambutnya.

"Iris! Apa yang kamu dah buat?!" Dato' Azhar pula datang menyerang dan berdiri di depan Iris.

"Wow! Ramainya nak backup perempuan mata duitan ni ya. What's wrong with you guys? I tak buat apa apa pun. Dia just tergelincir."

"Betul ke Nita?" Soal Dato' Azhar kepada isterinya itu.

"No! You macam tak kenal anak you! Anak you memang tak suka I! Sampai hati dia tolak I masuk kolam walaupun dia tahu I tak reti berenang." Rengek Datin Nita. Tak sabar nak tengok Iris kena marah.

"Iris! Kau dah melampau! Kenapa perangai kau macam ni hah?! Siapa yang ajar kau?! Kurang ajar betul! Perangai kau memang sebijik macam mak kau! " Tengking Dato' Azhar tanpa sedar kata katanya bakal memakan diri sendiri.

Tersentak Iris apabila kata ganti diri 'Kau' digunakan oleh papa kepadanya. Lebih lebih lagi bila papa kaitkan arwah mama sekali.  Memang betul lah, perempuan tu lebih penting dari dia.

Iris bertepuk tangan perlahan. Hebat sungguh permainan perempuan ni.

"Yes. Hari ni I dah nampak siapa yang lagi penting bagi you Dato'. But I tak suprise pun. Memang dari dulu, perempuan ni yang menjadi keutamaan you kan? Sampai you abaikan keluarga you! You lupa you ada keluarga! And then lepas arwah mama pergi, you bersenang lenang atas harta arwah mama." Iris berhenti seketika. Air mata yang tumpah diseka dengan kasar. Dia dah tak tahan. Dia nak lepaskan semuanya. Jangan ingat dia nampak beku bermakna dia tiada perasaan.

"You tak rasa bersalah ke atas apa yang you dah buat? Walau sikit pun? And I tak faham kenapa you masih tak nampak perangai sebenar perempuan ni. Dari dulu sampai sekarang memang dia yang jadi penghancur keluarga kita! You tanya I kenapa I jadi macam ni? You tanya I kenapa I kurang ajar? Jawapan dia sebab you! I jadi macam ni sebab you! You curang dengan arwah mama dan abaikan kami. I tak dapat kasih sayang yang I patut dapat as a kid! That's why I jadi macam ni. You memang tak layak bergelar seorang bapa. You gagal!" Iris terus masuk ke dalam rumah dan mengambil kunci kereta di atas meja.

Tanpa berlengah , Iris menghidupkan enjin kereta dan pergi daripada situ. Dilihat dari cermin pandang belakang, papa dan Karl cuba mengejarnya tapi tidak dihiraukan.



























JAM menunjukkan pukul 10 malam. Iris duduk termenung di atas kerusi batu yang memang tersedia untuk pengunjung tasik itu. Tasik di mana kali pertama dia berjumpa Karl.

Kalau dia sedih, ini memang tempat wajib dia datang selain daripada laut atau pantai. Kejadian yang baru sahaja terjadi terlayar layar di depan matanya. Air mata yang tumpah dibiarkan saja. Perlahan lahan Iris mengeluarkan suara esakan yang sayu.

"Mama... Iris penat ma... Iris penat dengan semua ni. Iris nak keluarga kita yang dulu. Iris dah tak ada sesiapa dah sekarang ni. Papa tak sayangkan Iris." Semakin kuat esakan yang kedengaran.

"Iris rindu mama..." Iris tertunduk sambil menangis teresak esak.

"Jangan pernah fikir you tak ada sesiapa. I'm always here for you." Iris mendongakkan kepalanya. Terlihat Karl yang sedang berdiri di sebelahnya.

Belum sempat Iris membuka mulut, Karl meletakkan jarinya di mulut Iris menandakan supaya Iris tidak mengusirnya pergi.

"Please... Bagi I peluang ubat luka di hati you. Bagi I peluang rasa apa yang you rasa. Bagi I peluang untuk jadi bahu you bila you perlukan." Iris sebak mendengar kata kata Karl. Pada saat saat begini, Karl juga yang ada dengannya.

Perlahan Karl menarik tubuh Iris masuk ke dalam dakapannya. Kepala Iris diusap usap perlahan untuk menenangkan gadis itu. Iris pula sudah teresak esak di dada Karl. Dia betul betul perlukan seseorang di saat begini.

VOTE🤍
COMMENT🤍
FOLLOW🤍

PILIHAN HATI [ OG ]Where stories live. Discover now