8

329 31 0
                                    

"I tahulah I hensem tapi tak payah kut tenung I macam tu. Kalau I tergoda nanti susah tau." Iris segera mengalihkan pandangan daripada terus memandang wajah Karl yang sedap melantak depan matanya.

"Jangan perasan sangatlah." Iris menggulingkan biji matanya mendengar kata kata Karl yang mengangkat diri sendiri tu.

"Habistu? Kenapa you pandang I daripada tadi?" Soal Karl sambil menolak pinggannya yang sudah kosong ke tepi.

"Tadi tu siapa? Girlfriend you?" Soal Iris tanpa membalas soalan Karl itu.

"Kenapa? Jealous?" Soal Karl pula. Sekali lagi Iris menggulingkan biji matanya. Tak ada masa nak jealous bagai.

"You memang tak reti nak jawab soalan eh?" Perli Karl.

"You ada jawab soalan I?" Karl mengeluh kecil. Kalau macam ni sampai bila nak habis.

"That's not my girlfriend." Balas Karl pendek. Cukuplah Iris tahu Aisha bukan kekasih dia.

"Okay." Iris menjawab pendek sebelum bangun daripada kerusi yang didudukinya. Karl berkerut. Nak pergi mana pula perempuan ni?

"You nak pergi mana?"

"You ingat I bodyguard you? I ada kerja." Ujar Iris sebelum berlalu meninggalkan Karl.

"You nak balik jalan kaki?You datang naik kereta I ingat?" Soal Karl sambil tergelak kecil. Sangkanya Iris akan termalu sendiri tapi jangkaannya meleset.

"I balik naik grab." Ujar Iris tanpa menghentikan langkahnya. Nak kenakan orang konon. Kena belajar lebih lagi kalau nak kenakan Iris Eryna okay.




























"TOK! Tok! Tok!" Belum sempat memberi arahan 'masuk' Iris sudah terlebih dahulu meluru ke dalam bilik bos besar iaitu bilik papanya.

Karl yang duduk berdepan dengan papanya diendahkannya. Ada benda lagi penting perlu dia ketengahkan.

"Iris buat apa dekat sini?" Soal Dato' Azhar hairan. Setahunya hari ini, hari cuti Iris.

"Dato' Azhar we need to talk." Serius wajah Iris di ketika ini. Beg tangan diletakkan di meja kecil depannya.

Karl membulatkan matanya. Ayah dia kan? Apasal berdato bagai? Kurang ajar betul perempuan ni. Kata hati Karl.

Dilihatnya tiada langsung secalit senyuman di wajah gadis itu. Yang ada hanyalah muka beku yang selalu dipamerkannya.

"Kenapa? Papa ada buat salah ke?" Soal Dato' Azhar risau. Wajah Iris serius semacam je. Dia tak mahu ada penambahan masalah dengan anaknya seorang ini.

"Betul ke cakap 'perempuan' tu yang you nak rancang perkahwinan I?" Soal Iris tegas.

"Iris duduk dulu please. Perempuan mana ni?" Soal Dato' Azhar cuba menenangkan anaknya.

"You jangan pura pura tak tahu boleh tak? Wife you lah siapa lagi." Balas Iris dengan malas. Nak sebut nama perempuan tu pun dia jijik.

"Iris... Berapa kali papa nak cakap, dia tu mama Iris. Jangan kurang ajar please." Dato' Azhar masih lagi boleh berlembut dengan Iris. Karl pula hanya terkulat kulat di depan dua orang insan itu. Banyak betul tanda tanya yang bermain dalam kepala otaknya sekarang termasuklah permintaan Dato' Azhar sebentar tadi.

Iris tergelak sinis.

"Mama? Perempuan tu tak layak pegang title mama. Siapa siapa pun tak layak! Dia tu cuma nak harta you je! Dasar perempuan mata duitan!" Iris menaikkan oktaf suaranya. Nasiblah bilik itu kedap bunyi kalau tidak mesti sudah kecoh.

"Iris jangan kurang ajar dengan papa." Suara Dato' Azhar mula bertukar tegas.

Iris hanya tergelak sinis.

"Siapa papa? Papa I dah lama mati lah!" Iris dengan berani menengking insan yang bergelar bapanya sendiri.

"Iris Eryna! Papa cakap jangan kurang ajar!!" Tengking Dato' Azhar sambil tangannya diangkat ke udara. Tahap kesabaran sudah habis ingin melayang kerenah Iris.

Iris memejamkan matanya menunggu penampar yang bakal diterima disebabkan oleh kata katanya namun dia tak rasa apa apa menyentuh mukanya walaupun selepas beberapa saat.

Mata dibuka untuk melihat apa yang terjadi. Iris nampak Karl sedang memegang erat tangan Dato' Azhar menahannya papa daripada melepaskan tamparan pada pipinya.

"Sabar Dato'." Kata Karl sambil mengerling sekilas air muka Iris yang sudah berubah. Barang kali gadis itu terkejut dengan tindakan bapanya sendiri ataupun terkejut dengan tindakan Karl yang menghalang papanya.

Iris terkaku seketika. Kali terakhir papa tengking dia adalah sewaktu dia lari rumah semasa papa nak kahwin dengan perempuan tak guna tu. Ini sekali lagi dia ditengking. Sampai hampir hampir ditampar hanya sebab dia kata perempuan tu mata duitan.

"What?! You nak pukul i pula sekarang ni hanya disebabkan I kata perempuan tak guna tu cuma nak harta you?! You memang tak layak jadi papa I!!" Iris segera mengambil bag tangannya sebelum melangkah keluar daripada bilik itu. Pintu dihempasnya sekuat mungkin melampiaskan amarahnya.

"Tak apa Dato', saya pergi tengok Iris." Karl segera pamit untuk melihat keadaan Iris. Tak sedap hati dibiarkan begitu saja.

Dato' Azhar pula meraup wajahnya beberapa kali. Tak sangka yang dia hampir melayangkan penampar sulungnya kepada insan yang paling dia sayang. Dia segera beristifar berulang kali. Perasaan menyesal mula menular dalam hati.



























AIR mata dikesat kasar. Dia benci melihat dirinya yang sangat lemah ketika ini. Baru kena tengking sikit nangis kau Iris. Dasar lemah! Kata hatinya.

"Stop crying Iris!" Iris berkata kepada dirinya sendiri. Dia tak mahu dipandang lemah oleh masyarakat. Sia sia je lah mama besar kan dia menjadi seorang gadis yang independent dan tidak mudah menangis hanya kerana benda remeh.

"Menangis tak bermaksud seseorang itu lemah. Kadang kadang menangis tu adalah senjata utama untuk seseorang tu bangkit semula." Sampuk seseorang daripada belakang. Iris memalingkan wajahnya ke belakang dan terlihat Karl yang sedang tersenyum manis kepadanya.

Karl mengambil tempat duduk di sebelah Iris dan turut serta memandang tasik yang luas terbentang di depan mata. Tempat pertama kali dia jumpa dengan Iris.

"You buat apa dekat sini?" Tanya Iris dengan suara yang sedikit serak akibat banyak menangis.

"Cari you lah. Orang yang tengah kesedihan mana boleh biar sorang sorang nanti dia buat kerja bodoh." Ujar Karl. Iris menjeling Karl di sebelahnya.

"You jangan sibuklah. Pergi balik." Arah Iris. Air mata yang tersisa dikesat hingga hilang.

"I baru je sampai dah kena halau." Sendu suara Karl kedengaran. Iris tidak mengendahkan Karl di sebelahnya. Nak buat sedih konon, ingat Iris ada masa nak pujuk dia.

Lama mereka mendiamkan diri sebelum Karl membuka bicara dengan ayat yang mengejutkan Iris.

"Kita kahwin?"

VOTE 🤍
COMMENT🤍
FOLLOW🤍

PILIHAN HATI [ OG ]Where stories live. Discover now