15

369 30 2
                                    

SETELAH beberapa minggu hidup bersama, hubungan Iris dan Karl tak pernah baik. Dingin je, masing masing buat hal sendiri. Karl pula dengan rela hati tidur di bilik tetamu. Mereka hanya sempat berbual di tempat kerja, itupun pasal kerja. Dato' Azhar ada lah juga tanya tanya Karl macam mana hubungannya dengan Iris tapi dia pun tak tahu nak bagi jawapan macam mana. Takkan nak buat bapa mertuanya itu susah hati dengan mengatakan bahawa hubungan mereka dingin saja.

"Iris... I nak cakap something dengan you." Karl cepat cepat menahan Iris daripada meninggalkan meeting room itu. Hanya tinggal dia dan Iris saja di dalam bilik itu.

Iris hanya diam menunggu bicara yang bakal keluar daripada mulut Karl.

"Sampai bila kita nak macam ni Iris? Takkan you tak ada langsung perasaan nak hidup macam pasangan lain. I kahwin dengan you secara ikhlas Iris mestilah I nak hidup bahagia dengan you bukan macam ni." Luah Karl supaya Iris faham yang dia nak berdamai.

Iris mengeluh berat. Marahnya dah lama hilang dan sekarang entah kenapa perasaan rindu yang sering kali muncul di hatinya. Rindu nak bergaduh dengan Karl macam selalu. Karl pula selalu jaga dia dengan baik walaupun hubungan mereka dingin. Karl yang sediakan breakfast dan dinner, kadang kalau dia balik lewat Karl selalu tunggu dia di ruang tamu sampai tertidur.

Tipulah kalau dia kata dia tak tersenyum dengan semua itu tapi dia masih tak pasti dengan perasaannya yang satu itu.

"I tak tahu lah Karl. I masih tak kenal you. Semua ni terlalu cepat untuk I." Keluh Iris. Mukanya kelihatan kusut memikirkan masalah itu. Dia nak cuba buka hati untuk Karl tapi dia tak nak curang pada Rauf. Walaupun Rauf sendiri dah dekat berapa bulan langsung tak ada call atau mesej. Dia dah janji nak tunggu Rauf. Lagipun dia masih tak kenal bagaimana hati budi Karl, walaupun dia yakin Karl adalah orang yang baik baik tapi entahlah.

"Kita boleh start saling kenal satu sama lain mulai sekarang.. I janji I takkan kecewakan you. Can give you me a chance to know you better? Please?" Karl buat cubaan berani dengan meraih tangan Iris dan menggenggam nya. Lega dia bila Iris tak tolak. Dia tahu Iris dah lembut hati.

"I don't know. I tak nak beri harapan pada you. Bagi masa untuk I kenal you dulu." Iris memberi jawapan setelah agak lama mendiamkan diri merenung ke dalam anak mata Karl. Mencari keikhlasan di balik sepasang mata itu.

Karl tersenyum manis. Dah dapat hint daripada Iris. Boleh lah dia laksanakan rancangan untuk memikat isteri sendiri. Dia akan buat yang terbaik untuk mengembalikan Iris yang ceria seperti cerita bapa mertuanya. Dia teringin nak tengok senyuman Iris yang mahal tu selalu.





















IRIS memarkirkan kereta 'Audi RS 6 Avant' miliknya di garaj sebelum berjalan memasuki rumah. Dia sempat menjeling sekilas kereta Karl yang terparkir elok di sebelah keretanya maknanya Karl sudah pun balik kerja. Jam sudahpun menunjukkan pukul 11 malam. Dia balik lewat sikit harini sebab banyak kerja yang perlu diselesaikan.

Sebaik sahaja Iris membuka pintu rumahnya, matanya disajikan dengan Karl yang sedang terlena di atas sofa dengan tv terpasang. Iris menutup pintu dengan perlahan lahan supaya tidak mengejutkan Karl. Mesti Karl tunggu dia sampai tertidur.

Iris meletakkan beg tangannya di atas meja berhadapan tv. Remote tv ditekan lalu tv tertutup. Iris berkira kira untuk mengejutkan Karl atau membiarkan saja dia tidur di atas sofa. Selalu memang dia biar je.

Akhirnya Iris membuat keputusan untuk mengejutkan Karl.

"Karl.. bangun.."

Tiada respons.

Iris perlahan lahan menggerakkan sedikit bahu Karl untuk mengejutkannya. Suara dikuatkan.

"Karl! Bangun lah!"

Akhirnya Iris berputus asa nak membangunkan Karl daripada tidurnya. Tidur mati agaknya dia ni. Terus sahaja dicapai beg tangannya untuk masuk ke dalam bilik.

Baru satu dua langkah, pergelangan tangan Iris ditarik dengan kuat hingga dia jatuh ke atas dada Karl. Membulat mata Iris merenung Karl yang sedang tersenyum ke arahnya.

"You tipu I?" Soal Iris tak puas hati.

"Mana ada, I memang tidur lah tadi."
Iris menggulingkan biji matanya. Ye lah tu.

Keadaan sepi sebelum Iris bersuara.

"Dah lepas lah. I nak masuk bilik." Ujar Iris tanpa memandang wajah Karl yang hanya beberapa inci darinya itu. Dapat didengar deruan nafas Karl yang agak laju membuatkan Iris juga gementar.

"Ermmm... Kalau I tak nak?" Daripada cuma tangan Iris yang dipegang, terus dipeluknya Iris dengan kedua dua tangannya.

Lagi terbuntang mata Iris dibuatnya. Sikit lagi nak terkeluar dari soket mata.

"Baik you lepaskan I sebelum...."

"Sebelum apa? Hmmm.. " Karl sengaja menguji Iris. Matanya merenung segenap wajah Iris membuatkan Iris semakin gementar. Dia tak pernah merasakan perasaan yang sebegini dengan sesiapa pun. Walaupun dengan Rauf, Karl je yang mempunyai kuasa untuk buat dia gementar sampai macam ni. Jantungnya pula rasa nak terlucut dari tangkai.

Iris dengan sekuat hati menolak badan Karl sampai dia terlepas dari pelukan Karl. Karl tergelak kecil. Dia saja longgarkan pelukan, peluk lama lama nanti dapat sakit pula dia. Tak sanggup.

Iris terus berlari anak masuk ke dalam biliknya. Sebaik sahaja menutup pintu biliknya, Iris memegang dadanya yang rasanya sedang berdegup dengan laju. Tanpa sedar, timbul senyuman kecil di bibir Iris.

VOTE🤍
COMMENT🤍
FOLLOW🤍

PILIHAN HATI [ OG ]Where stories live. Discover now