4

406 28 3
                                    

IRIS yang sedang sibuk menonton televisyen terganggu dengan bunyi dering telefonnya.

"Ish siapa pula malam malam ni?" Iris mencapai iPhone 12 nya di atas meja kecil dan segera menjawab panggilan selepas melihat nama yang tertera.

"Hello baby?" Suara di hujung talian membuatkan Iris segera tersenyum sampai ke hujung telinga.

"Yes?"

"Jom dinner. I ada something nak cakap dengan you." Belum sempat Iris membantah Rauf menyambung lagi.

"Penting." Iris terdiam. Sedang memikirkan, nak sambung tengok drama ke nak keluar dinner dengan Rauf. Setelah lama berfikir, dia bersetuju untuk keluar dinner dengan Rauf. Disebabkan ada perkara penting kata Rauf terpaksalah dia korbankan rancangan favourite nya itu.

"Okaylah, tempat biasa?" Iris menggangguk angguk kan kepalanya dan menamatkan panggilan.

Iris segera bangun daripada duduknya dan bersiap.






































Iris segera bangun daripada duduknya dan bersiap

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

KARL POV

"YOU nak apa lagi jumpa I ni?" Soal Karl dengan muka tak puas hati. Dia pun tak tahu apa motif Aisha nak jumpa dia lagi selepas memutuskan hubungan mereka.

"Alah you ni. Takkan sebab haritu you nak putus kawan terus dengan I." Balas Aisha. Dia sebenarnya agak menyesal memutuskan hubungannya dengan Karl. Dia putus je dengan Karl haritu terus dia dapat tahu lelaki yang dia curang ada perempuan lain. Teruk betul nasib dia kan atau ini balasan sebab dia buat Karl macam tu?

"Okay, you nak apa jumpa I? I ada kerja nak bu...." Belum sempat habis Karl berkata kata, matanya terarah pada satu pasangan yang masuk ke dalam restoran itu sambil berpegangan tangan.

"Aduh... Macam mana pulak boleh jumpa perempuan tu dekat sini.... Matilah kalau dia nampak aku." Karl tertunduk tunduk untuk menyorok daripada dilihat oleh Iris.

"You ni kenapa?" Soal Aisha sambil memandang ke belakangnya. Ada apa?

"Aipp! Jangan pandang belakang." Larang Karl. Kepala Aisha ditundukkan ke meja.

IRIS POV

Iris mengambil tempat di hadapan Rauf dan mereka segera membuat pesanan.

"Okay now... Kenapa you nak jumpa I? Rindu ke?" Soal Iris sambil tersenyum manis. Setiap kali dia jumpa Rauf memang dia akan gembira.

Rauf nampak macam ada sesuatu nak beritahu padanya. Macam serius pun ada lagaknya.

"Ermmm... I sebenarnya...."

"Kejap!" Tahan Iris. Tangan diletakkan di hadapan muka Rauf menghentikan lelaki itu dari berkata. Matanya menikus memerhati seseorang di belakang Rauf.

"You tunggu sini kejap." Iris segera bangun dan menuju ke arah lelaki yang dia perhatikan daripada tadi. Dia yakin dia tak salah orang. Lelaki itu juga segera bangun dengan cemas.

"You..." Mulut Iris segera ditutup dengan tangan Karl dan membawanya keluar daripada restoran. Dia tak mahu Iris buat kecoh dekat sini. Malu dekat orang.

Selepas yakin dia sudah cukup jauh daripada pandangan orang terus dilepaskan cengkaman tangannya pada mulut Iris.

"You nak culik I pulak ke apa ni?!" Jerit Iris sebaik sahaja mulutnya dibebaskan.

"Shuush!" Karl meletakkan jarinya ke mulut menyuruh Iris diam.

"You cakap perlahan lahan tak boleh ke? Nak menjerit je kerja, pekak telinga I." Ujar Karl sambil memandang sekeliling takut takut orang salah faham tentang hubungan mereka.

Sekali sekala dipandang juga wajah wanita di depannya ini. Cantik. Haritu pandang daripada jauh je. Tapi harap muka je cantik perangai macam mak lampir tak guna juga.

"Habis tu sekarang ni macam mana nak settle?" Soal Karl. Nak dia buat apa lagi. Dah minta maaf dah pun.

"Bayar lah." Balas Iris sambil menadah tangan kecilnya.

Karl segera mengeluarkan dompetnya. Iris sudah tersenyum. Ingatkan tak ada duit. Ada rupanya. Sesaat kemudian, muka Iris berubah. Not seringgit di tangannya dipandang. Seringgit je?

"Seringgit?"

"Habis tu takkan nak bagi 100?" Balas Karl. Iris mengecilkan matanya memandang lelaki di depannya. Pandai betul lelaki ni bercakap.

"I tak nak seringgit you ni." Iris meletakkan kembali not seringgit itu di atas tangan Karl.

"You buat apa kat sini?" Suara Rauf menyampuk mengejutkan mereka berdua.

"Err.. tak ada apa apa. Dia ni hutang dengan I haritu." Maklum Iris sambil melirik kepada Karl yang menjegilkan biji matanya. Sejak bila pula dia hutang dengan perempuan ni?

"So? Dia taknak bayar?" Rauf sudah berura ura untuk membuat perhitungan dengan Karl namun ditahan oleh Iris.

"Eh eh tak apa. I bagi tempoh dekat dia." Iris berdiri di tengah tengah Karl dan Rauf.

"Ermmm... I nak balik lah baby. Macam tak sedap badan pula. Sorry eh, lain kali lah kita dinner." Karl menggulingkan biji matanya melihat adegan di depan matanya itu. Nak muntah.

"Hmmm... Okaylah. Esok boleh?" Soal Rauf. Dia ada perkara penting nak bagitahu ada pulak orang mengacau.

"Okay, I promise esok." Janji Iris sebelum meninggalkan Karl bersama Rauf.

VOTE 🤍
COMMENT🤍
FOLLOW 🤍

PILIHAN HATI [ OG ]Where stories live. Discover now