13

337 24 2
                                    

BUNYI alarm handphonenya menyedarkan Iris dari tidur. Tangannya diangkat untuk mencapai handphone di sisi katil namun tidak berjaya. Iris pelik, rasa macam berat je.

Iris memandang ke sisi. Terbeliak mata Iris dibuatnya apabila ternampak Karl yang sedang enak tidur sambil memeluk dirinya. Patut rasa macam berat semacam je. Dengan sepantas kilat, Karl sudah berada di bawah akibat ditolak oleh Iris.

Padan muka kau! Gatal sangat kan. Getus Iris dalam hati.

Adoiii! Karl bangun dari lantai sambil mengaduh kesakitan. Iris pula hanya memandang tindakan Karl itu. Kuat sangat ke dia tolak tadi. Bersalah pulak rasa. Ah biarlah, siapa suruh naik atas katil.

"Kenapa you tolak I ni?" Soal Karl yang masih mamai. Berapa kali dah dia kena tolak ni. Mau patah pinggang.

"Siapa suruh you naik atas katil? I dah suruh you tidur atas sofa kan?" Tanpa menghiraukan Karl yang mula melabuhkan duduk di atas katil, Iris bangun mencapai tuala lalu berlalu ke bilik air. Ambil wudhuk dan solat.

Hari ini Iris menunaikan solat subuh sendirian tanpa menunggu Karl. Karl tahu Iris masih marahkan dia sebab apa yang dia kata semalam.

Selesai solat, Karl melabuhkan duduk di atas katil di sisi Iris yang sedang menghadap handphone. Iris buat buat tidak nampak Karl yang sedang merenung wajahnya itu.

"You marahkan I lagi ke ni?" Soal Karl lembut. Hampir hampir saja Iris mengalah apabila mendengar nada memujuk Karl. Namun dikeraskan hatinya.

"Iris... Talk to me." Iris masih kaku tidak mengendahkan Karl.

"Iris... Baik you letak phone tu sebelum..." Karl jeda seketika untuk melihat reaksi Iris namun Iris masih diam membisu dan fokus pada handphonenya.

Karl dengan geram mengambil handphone di tangan Iris dan mencampakkannya ke atas sofa.

"Apa yang you cuba bu..." Iris tidak jadi berkata kata apabila Karl menarik dirinya sehingga dia jatuh ke atas dada Karl.

Belum sempat dia nak buat apa apa, Karl mengubah posisi mereka. Separuh tubuhnya ditindih. Kedua dua tangan sempat menahan dada Karl yang rapat dengannya itu. Iris terkaku.

"Why don't you pay attention to me? Is it that hard?" Karl mula memainkan peranannya. Anak anak rambut Iris ditolak ke tepi. Biar puas dia tatap wajah cantik Iris dari jarak yang dekat.

Jantung Iris mula mengepam darah dengan laju. Ini kali kedua dia rasa macam ni bila dia bersama dengan Karl. Kali pertama sewaktu tindakan berani Karl selepas mereka habis meeting di pejabat.

"I just nak minta maaf dengan apa yang I cakap dekat you semalam." Ujar Karl dengan suara yang separuh berbisik. Matanya pula memandang tepat ke dalam anak mata Iris. Renungan yang boleh buat sesiapa sahaja cair termasuklah Iris.

"Tok! Tok! Tok!" Bunyi ketukan pintu membuatkan Iris tersedar lalu dia menolak Karl dengan kuat sampai jatuh katil. Lama lama memang patah juga segala sendi Karl dibuatnya.

Iris segera membuka pintu. Sebaik sahaja pintu dibuka, kelihatan seorang pelayan hotel memegang dulang yang di atasnya dipenuhi makanan. Iris yang order semalam sebab dia malas nak turun breakfast.

"Thanks." Ucap Iris kepada pelayan hotel itu sebelum mengambil dulang di tangannya.

Selesai menutup pintu, Iris meletakkannya dulang itu di atas meja kecil di balkoni.

"Jom lah makan." Ajak Iris dengan suara mendatar. Lagi pun memang dia order untuk Karl sekali semalam. Karl tersengih mendengar ajakan Iris itu lalu dia menghampiri Iris yang sudah pun duduk di kerusi yang disediakan.

Mereka pun mula menikmati breakfast sambil melihat pemandangan yang indah di balkoni hotel itu.

VOTE🤍
COMMENT🤍
FOLLOW 🤍

PILIHAN HATI [ OG ]Where stories live. Discover now