23

378 35 5
                                    

IRIS duduk sambil membetul betulkan dress nya. Tak selesa betul dia bila salah satu cousin Karl duk pandang pandang dia daripada tadi. Macam tak pernah tengok perempuan. Nak makan pun tak selesa. Tangan tengah ambil makanan tapi mata tengah memandang tepat ke arah Iris.

"Why sayang?" Soal Karl kepada Iris di sebelah nya yang nampak tidak selesa.

"Nothing, your cousin memang suka pandang pandang orang ke apa?" Karl terus memandang ke arah yang dimaksudkan oleh Iris.

"Oh Riz. Dia memang macam tu. Pantang tengok perempuan dahi licin, semua nak dikebasnya. You tak payah kesah sangat lah pasal dia." Ujar Karl sambil menyambung makan nya yang tergendala sebentar tadi.

"Jap eh I nak pergi dekat my cousin's kejap."

"Eh takkan you nak tinggalkan I dekat sini. I tak kenal siapa siapa lah." Ujar Iris sambil cepat cepat merangkul lengan Karl di sebelah nya.

"I pergi sekejap je lah sayang. Sambil sambil tu boleh lah you sembang sembang dengan my aunt's." Iris menjegilkan biji matanya, dengan ayah sendiri pun tak bercakap inikan pula nak beramah mesra dengan orang yang dia tak kenal. No way.

"I promise sekejap je. I dah lama tak jumpa my cousin's tu." Ujar Karl sambil meleraikan rangkulan Iris. Iris terpaksa menurut dan meleraikan rangkulannya.

Sebaik sahaja Karl pergi meninggalkan Iris sendirian, keadaan menjadi canggung. Iris yang tidak betah duduk bersendirian di tengah tengah orang ramai segera mencuci tangan dan bergerak ke belakang rumah yang mempunyai kolam renang. Dekat sana tak ada orang sebab majlis hanya berlangsung di depan.

Iris menarik nafas lega apabila sampai di tempat yang tiada orang. Boleh lah dia layan perasaan sambil tengok kolam ni.

Belum sempat Iris melabuhkan duduk di kerusi batu yang disediakan, terdengar satu suara yang menyapanya.

"Hye!" Iris segera berpaling.

Lah baru nak layan perasaan dah ada orang mengacau. Cuba teka siapa yang datang kacau Iris? Of course, Riz yang asyik usha dia daripada tadi.

Iris tidak membalas sapaan itu malah dia hanya fokus memandang air kolam yang tenang dan dihiasinya lampu lampu disekelilingnya.

"Okay sombong." Sekali lagi Iris hanya menjeling sekilas apabila mendengar komen yang keluar dari mulut Riz itu.

"At least jawablah sapaan I." Ujar Riz kali ini dia sudah berdiri di depan Iris pula sekali gus menghalang pemandangan kolam di depan matanya. Ikutkan hati nak je dia tendang masuk kolam tapi nanti jadi kecoh pula.

"You nak apa ni?" Soal Iris dengan nada menyampah.

"I just nak berkenalan. Tak akan itu pun tak boleh? By the way, nama I Riz." Riz menghulurkan tangannya untuk disalami. Namun Iris hanya menjeling sekilas sebelum bangun dari duduknya.

"Sorry I tak berminat nak kenal dengan you." Iris segera ingin berlalu dari situ sebelum satu tangan menyambarnya. Siapa lagi kalau bukan Riz.

Iris secara refleks terus melayangkan sebiji penampar ke muka Riz. Oops! Tak sengaja. Siapa suruh berani sangat kan.

Riz seperti hilang kata kata. First time agaknya kena tampar dengan perempuan.

"Interesting." Iris mengerutkan keningnya. Apakah?? Kena tampar pun interesting? Dah gila ke?

"You're the first girl yang berani tampar I and that's gonna be one of the reason why I like you." Iris semakin pening dengan kata kata Riz yang baginya sangat merepek itu.

"Okay, I'm sorry. I didn't mean to touch you. I just nak borak lagi dengan you."

"Okay listen here Riz. I dah kahwin dengan cousin you Karl." Ujar Iris sambil menunjukkan cincin di tangannya.

"So? It doesn't matter." Balas Riz selamba. Memang jenis manusia tak reti bahasa agaknya.

"Selain dari tu, I tak suka you. So please stop ganggu I." Kata Iris berterus terang.

"Why? I handsome apa." Iris membuat gaya nak termuntah mendengar kata kata Riz itu. By the way, Karl lagi handsome. Eh...

"I tak kisah lah you handsome macam Shah Rukh Khan sekalipun, I still don't like you." Iris sekali lagi ingin memulakan langkahnya sebelum sekali lagi dihalang oleh Riz. Kali ini dia berdiri dengan mendepakan tangannya di depan Iris.

"Okay kejap, can you please just give me your number at least?" Riz menyusun kedua belah tangannya. Lagaknya macam terdesak sangat.

"No, tepi I nak lalu." Ujar Iris dengan tegas. Namun pun begitu, Riz masih tidak berputus asa.

"Please... Or maybe we can set a date next time?"

"I said..."

"Kenapa ni?" Belum sempat Iris menghabiskan ayatnya, terdengar suara garau menyampuk dari belakang.

Riz terus bergerak ke tepi memberi laluan kepada Karl. Karl bergerak ke arah Iris dan melingkarkan tangannya ke pinggang Iris sambil matanya memandang Riz dengan tajam.

"Nothing, aku just nak berkenalan dengan wife kau. Family dinner kan." Ujar Riz berdalih. Padahal bukan main minta nombor phone bagai.

"Betul sayang?" Karl bertanya soalan kepada Iris dengan intonasi yang agak seksi di telinga Iris. Terus terpaku Iris dibuatnya. Ni mesti kes nak buat Riz jealous.

"Be.. betul." Penangan Karl tergagap terus Iris. Buat malu je gagap depan orang.

"Okay dah habis berkenalan kan? Let's go sayang." Ujar Karl sambil membawa Iris meninggalkan Riz yang sudah panas hati di tepi kolam.

Sudah sampai di depan pun, Karl masih tidak melepaskan tangannya dari pinggang Iris.

"Karl? Kita dah sampai depan." Ujar Iris kut kut lah Karl tak perasan. Muka tegang je dari tadi.

"I don't like the way he look at you." Ujar Karl dengan suara mendatar. Seram pula Iris yang mendengar nya. Ini kali pertama dia melihat muka Karl yang begitu serius dan tegang. Sebab Riz ke?

"Okay relax Karl. We're in public." Kata Iris perlahan. Belum pun beberapa saat, Iris sudah ditarik oleh Karl untuk masuk ke dalam rumah.

Iris hanya mengikut Karl yang sudah masuk ke dalam sebuah bilik. Pintu ditutup lalu dikunci oleh Karl.

"Karl, kita nak buat apa dalam...." Sekali lagi belum sempat Iris menghabiskan kata, dia terkejut apabila Karl mendorongnya ke atas katil. Tubuhnya separa ditindih oleh Karl.

"Look at me." Suara garau yang keluar dari mulut Karl diendahkan oleh Iris. Tak berani nak menatap mata Karl dengan posisi mereka sekarang.

Tangan Karl terus sahaja meraih dagu dan wajah Iris didongakkan supaya memandangnya. Sesak nafas Iris dibuatnya, jantungnya berdegup degup dengan laju tanda berdebar dengan Karl yang begitu menggoda di matanya pada malam ini.

"Look into my eyes and tell me, do you love me?" Lidah Iris terus sahaja kelu apabila ditanyakan soalan itu. Dia tidak tahu apa yang harus dijawabnya. Dia macam dah ada jawapannya cuma dia tak pasti.

Lama mereka merenung ke dalam mata masing masing. Karl pula mengemaskan rangkulannya di pinggang Iris. Wajah mereka yang sangat dekat disaat itu membuatkan Iris sesak nafas, lagi lagi bila dengar deruan nafas Karl yang tidak teratur itu.

"Can I give the answer when we get back home?" Ujar Iris perlahan dan belum sempat Karl menjawab terdengar ketukan di pintu bilik itu.

"Tok! Tok! Tok!"

VOTE🤍
COMMENT🤍
FOLLOW🤍

PILIHAN HATI [ OG ]Where stories live. Discover now