18

371 34 2
                                    

IRIS membuka matanya perlahan lahan apabila mendengar jam loceng di tepi katilnya berbunyi. Jam segera ditutup. Iris mengambil masa beberapa saat untuk menghilangkan kantuknya.

Dia pelik apabila melihat dirinya sudah berada di atas katil. Setahunya semalam dia dekat tasik dengan Karl. Teringat balik kejadian semalam, malu pula dia dengan Karl.

"Tok! Tok! Tok!"

"Masuklah." Iris segera bangun daripada baringan dan duduk bersandar di kepala katil.

Karl menguak pintu sebelum diberi keizinan. Di tangannya terdapat sebuah dulang dengan sepinggan sandwich dan air masak di atasnga. Karl meletakkan dulang di atas meja kecil bersebelahan Iris dengan berhati hati.

"You okay?" Karl melabuhkan duduk di birai katil.

"I'm okay. Thanks." Iris memberikan senyum nipis kepada Karl.

"Most welcome sayang." Tersentak Iris mendengar panggilan Karl kepadanya. Dengan senyum semanis gula dia tu lagi. Dah gila ke?

"You bawak I naik atas?"

"Of course lah sayang. Siapa lagi nak dukung you naik atas." Balas Karl. Tak habis dengan panggilan sayangnya.

Keadaan sepi di antara mereka sebelum Iris bersuara.

"Sorry susahkan you." Karl panggung kepala menghadap Iris. Tangan Iris diraih dan dibawa ke ribanya.

"No you tak susahkan I pun. I happy you tak tolak I semalam. Actually I dah dengar semua perbualan you dengan Datin Nita. And I menyesal tak percaya cakap you." Iris terkejut. Karl dah tahu? Iris cuma mendiamkan dirinya. Tak tahu nak balas apa.

"Sekarang ni I tak nak fikir apa apa lagi. I cuma nak fokus pada hubungan kita." Sambung Karl dengan senyuman.

"Hubungan kita?" Dahi Iris berkerut sedikit.

"Yes, hubungan kita. I nak kita jadi macam pasangan yang lain." Balas Karl sambil mencuit hidung mancung Iris.

Iris tergamam. Dia tersenyum janggal padahal dalam hati dah berbunga bunga dah bila dengar kata kata Karl.

"Err... I pening kepala lah." Ujar Iris cuba untuk menukar topik apabila melihat renungan Karl padanya semakin dalam. Tapi tak lah menipu pun, dia memang pening kepala sekarang ni. Rasa tak sedap je, mungkin sebab kejadian semalam.

"Pening?" Karl terus melekapkan belakang tangannya pada dahi Iris. Panas!

"Ya allah, you demam ke? Kenapa tak bagitau I? Jom kita pergi hospital."

"Eh eh tak payah. I tak nak. Demam biasa je ni." Tegah Iris apabila Karl mula mengambil beg tangannya di atas meja.

"Mana boleh. Panas I rasa tadi." Ujar Karl dengan wajah risau.

"It's okay sikit je. Bagi I rest dulu nanti kalau I rasa tak okay, I inform you. Okay?" Iris cuba menenangkan Karl.

Akhirnya Karl mengalah. Tidak mahu terus mendesak Iris untuk ke hospital.

"Promise?"

"Promise."































SEPANJANG tiga hari Iris demam, Karl menjaganya dengan sangat baik. Hari hari datang jenguk dekat bilik dan siapkan makan Iris. Sampai sanggup ambil cuti tiga hari semata mata nak jaga Iris.

Harini hari ke empat, Iris rasa demamnya sudah pun kebah. Berkat jagaan Karl yang sangat rapi. Iris sengaja bangun awal untuk menyiapkan sarapan untuk Karl. Dah tiga hari Karl buat sarapan untuk dia, harini turn dia pula.

Selesai memasak nasi goreng untuk sarapan pagi, Iris memanggil Karl dari dapur. Namun Iris pelik apabila Karl tidak muncul muncul. Selalu dengar je.

Iris mengatur langkah menuju ke bilik Karl. Pintu diketuk. Sunyi. Iris memberanikan diri untuk membuka pintu bilik Karl. Terlihat Karl yang sedang tidur nyenyak.

Iris melabuhkan duduk di birai katil. Iris juga mengambil kesempatan untuk merenung wajah Karl yang sedang tertidur pulas. Bibirnya pucat. Secara tidak sedar, Iris mengusap pipi Karl perlahan lahan namun dia segera menarik tanggannya. Panas.

Ya, badan Karl panas. Mesti Karl dapat demam tu sewaktu mengubatinya tiga hari lepas.

Iris segera bergegas ke dapur dan mengambil sebekas air dan kain napkin. Bekas air dibawa ke bilik Karl semula. Kain napkin diperah perah selepas direndam ke dalam air. Iris kemudian meletakkan kain yang sudah basah di atas dahi Karl. Terdengar Karl mengaduh perlahan.

Iris memandang dengan simpati. Rasa bersalah mula menggunung. Disebabkan dia Karl pun demam juga.

"I'm sorry."

VOTE🤍
COMMENT🤍
FOLLOW🤍

PILIHAN HATI [ OG ]Where stories live. Discover now