20

417 31 8
                                    

"TOK! TOK! TOK!"

Iris segera masuk ke dalam bilik pejabat Rauf setelah mendapat kebenaran.

"Hye baby. What are you doing here?" Riak wajah Rauf jelas terkejut dengan kehadiran Iris tetapi cepat cepat dimaniskan semula.

"Hye, I ada benda nak bincang dengan you." Ujar Iris sambil duduk di atas sofa bersebelahan dengan Rauf.

"Benda apa tu? Serius ke sampai you datang office I ni?"

"Yes, serius. I kena bagitau you sebelum terlambat." Balasan Iris membuatkan dahi Rauf berkerut. Apa yang nak diberitahu oleh Iris sebenarnya ni.

"Okay... You need a coffee sebelum kita bincang?"

"No, thanks." Iris menggelengkan kepalanya. Dia hanya mahu berterus terang kepada Rauf tentang perkahwinannya. Dah tiba masanya sampai bila dia nak sorokkan kenyataan itu kan?

"Okay then, what do you want to tell me?" Hmm?" Rauf menggapai tangan Iris dan mengusapnya perlahan.

"I dah kahwin." Ucap Iris sambil perlahan menarik tanggannya dari genggaman Rauf yang sudah terasa longgar.

Suasana sepi di antara mereka. Iris pula sudah menundukkan wajahnya tidak ingin menatap wajah terkejut dan kecewa Rauf.

"No, you're not."

"Yes, I am." Ucap Iris sedikit tegas untuk menyedarkan Rauf yang masih belum boleh menerima kenyataan.

"Oh my god, how could you do this to me Iris..." Keluh Rauf perlahan. Iris pula sudah semakin menunduk. Rasa bersalah mula menyelubungi dirinya.

"You janji nak tunggu I then kita kahwin. You dah lupa?"

"I know. I'm sorry." Hanya itu yang boleh diucapkan oleh Iris ketika ini. Dia sedar dia dah mungkir janji.

"Itu je yang you boleh cakap? Iris... You know I love you so much. Kenapa you buat I macam ni." Rauf sekali lagi menggapai tangan Iris namun seperti biasa Iris menarik tangannya semula.

"Rauf, I pun tak jangka benda ni akan berlaku. I'm really sorry. I tak ada niat nak duakan cinta you. I just...." Belum sempat Iris menghabiskan kata katanya, pintu dikuak dari luar.

"Baby!" Terdengar suara nyaring daripada wanita yang selamba masuk ke dalam bilik Rauf. Siap panggil baby lagi. Rauf pula sudah cuak mukanya.

"Who are you?" Soal Iris yang sudah bangun daripada duduknya. Mencerlung memandang wajah Rauf dan wanita itu.

"I'm his fiance. Who are you?" Soal wanita itu pula sambil memeluk lengan Rauf di sebelah.

Tersentak Iris mendengarnya. Apa semua ni? Jadi selama ni Rauf curang di belakangnya? Habistu yang tadi tu apa? Lakonan semata mata?

"Berapa lama dah korang tunang?" Soal Iris sambil menatap tajam wajah Rauf yang sudah menunduk ke bawah. Tengah cari alasan agaknya.

"Dah setahun and kami plan nak kahwin tahun ni. And again, who are you? What are you doing in his office?" Balas wanita itu sambil memandang Iris atas bawah.

"No baby, jangan salah faham. She's not my fiance. Just my collection." Rauf segera meleraikan pelukan di lengannya dan bergerak mendapatkan Iris.

Rauf cuba untuk meraih tangan Iris namun Iris menjauhkan dirinya. Terlepas gelak halus dari bibir Iris. Jadi selama ni dia diperbodohkan oleh Rauf semata mata. Dia juga dah jadi seperti perempuan perempuan di keliling Rauf sebelum ini.

"Don't touch me." Ujar Iris. Matanya tajam menikam wajah Rauf yang sudah terang terangan kantoi.

"We're over Rauf." Ujar Iris sebelum mengambil beg tangannya dan melangkah keluar dari bilik itu sebelum sempat Rauf menghalang.





























PILIHAN HATI [ OG ]Where stories live. Discover now