3

470 31 2
                                    

"BILA Karl nak kahwin dengan Aisha?" Soal Datin Kamila kepada satu satunya anak lelakinya itu. Dah lama Karl menjalinkan hubungan dengan Aisha namun masih tak ada tanda tanda yang anaknya itu nak berkahwin.

Berubah terus muka Karl dibuatnya apabila nama bekas kekasihnya itu disoal. Macam tepat pula masa mama tanya soalan tu. Baru je putus tadi.

"Entahlah mummy. Orang dah tak nak takkan kita nak terhegeh hegeh lagi kan." Ujar Karl berkias berharap mummynya faham maksud tersirat.

Datin Kamila mengerutkan keningnya.

"Apa maksud Karl? Karl ada masalah dengan Aisha ke?" Tanya Datin Kamila prihatin.

"Karl dah putus dengan Aisha." Balas Karl pendek.

"Karl! Apa Karl dah buat? Aisha tu baik sangat dengan mummy kenapa putus dengan dia? Karl dah kawan lama kan dengan dia? Apa masalah nya ni Karl?" Tanya Datin Kamila bertubi tubi. Terkejut dia mendengarnya. Sayang juga lah sebab Aisha tu baik, selalu layan kerenahnya. Sudah dianggah seperti anak sendiri.

"Dia yang nak putus mummy."

"Mesti Karl ada buat perkara yang dia tak suka kan? Kalau tak takkanlah tiba tiba dia nak minta putus." Ujar Datin Kamila seolah olah menyalahkan anaknya seorang itu.

"Mummy, Karl pun tak tahu salah Karl. Agaknya dia dah tawar hati. Pantai pun boleh berubah inikan pula hati manusia. Dah lah, Karl nak keluar." Karl bangun dari duduknya dan melangkah keluar dari rumah. Nak cari ketenangan sikit.





























"IRIS kerja je lah dengan papa. Tak payah lah susah susah cari kerja dekat luar sana." Kata Dato' Azhar kepada anaknya seorang itu. Susah sangat nak berjumpa dengan anaknya ini. Ini pun dipaksa barulah dapat jumpa.

"Dato' Azhar, I bukan jenis yang suka nak bergantung pada orang. I dah cakap berulang kali, I tak nak kerja dekat sini. Lagipun, harta yang mama tinggalkan untuk I tujuh keturunan pun tak habis makan lah." Ujar Iris dengan lagak tanpa memandang sedikit pun kepada Dato' Azhar.

"Papa tahu Iris masih marahkan papa tapi tolong lah, papa perlukan Iris untuk ambil alih syarikat ni. Ini pun syarikat Iris, di bawah nama Iris." Ujar Dato' Azhar masih memujuk. Dia dan anaknya itu memang sangat renggang. Tak macam hubungan ayah dan anak. Iris sudah mula menjauhkan diri daripadanya sejak satu peristiwa lepas yang masih segar di ingatan hingga kini.

"Kenapa you susah susah nak pujuk I ambil alih syarikat ni? You ada your wife kan? Buat anak banyak banyak and then pilih je mana satu yang nak ganti position I. Senang kan?" Ujar Iris sinis. Masih tidak boleh memaafkan perbuatan ayahnya selepas ibunya meninggal dunia.

Belum sempat Dato' Azhar mahu berkata, Iris memotong.

"Okaylah Dato' Azhar. I ada kerja. I pergi dulu eh. Bye." Iris terus bangun daripada duduknya dan pergi begitu saja. Langsung tidak terkesan dengan pujukan bapanya.

Dato' Azhar hanya menggeleng kepala perlahan melihat anaknya itu. Dia rindu. Dia rindukan Iris yang dulu. Iris yang ceria dan tak boleh berenggang daripanya. Kini anaknya itu hanya menunjukkan muka beku sepanjang masa.
































IRIS termenung jauh sambil melayan perasaannya memandang tasik luas terbentang di depannya. Tenang sikit hati. Kadang kadang tempat macam ni lagi best dari club yang bingit tu.

Sedang Iris melayan perasaannya..

"Tung!"

Satu tin minuman melayang ke atas kepalanya. Iris terus berpusing dengan muka merah padam, siapa yang berani berani baling tin dekat kepala dia ni?

"Heyy!" Iris terus menjerit apabila melihat seorang lelaki yang sudah menutup mulutnya terkejut apabila tin itu terkena kepala Iris.

"Sorry, I tak sengaja." Kata lelaki itu perlahan daripadanya jauh.

Karl menggaru kepalanya. Macam mana lah tin coke yang dia baling boleh terkena kepala perempuan tu. Dia ingat masuk dalam tong sampah.

"Senangnya you minta maaf kan? You ingat I ni tong sampah ke apa hah?! Tak ada adab langsung main baling baling tin dekat kepala orang. Buta ke apa?!" Terus dimakinya lelaki itu sesedap rasa. Manakan tidak, habis rambut dia bersemut pula nanti.

Karl terkejut dengan jeritan itu. Orang ramai sudah mula memandang ke arah mereka. Masing masing memasang reaksi pelik melihat Iris yang menjerit pada Karl.

"Hey relakslah. Orang pandang kut, kenapa nak emosi sangat. Period eh?" Soalan tidak bernas daripada Karl itu lagi menambahkan api di dalam hati Iris yang sedia terbakar.

"Engkau ni kannn... Sini kau!" Iris sudah berjalan ibarat serigala mahu terkam mangsanya ke arah Karl.

Karl yang ketakutan terus berlari menyelamatkan dirinya. Seram juga perempuan ni. Dah macam mak lampir dia tengok.

"Heyy! Jangan lari!!" Iris hanya menjerit. Nak kejar, dia pakai heels mahu tergolek nanti. Jerit pun tak guna, Karl dah hilang dari pandangan matanya.

"Eyy! Tak guna punya mamat tin!" Terus dinamakan Karl sebagai mamat tin. Iris terus melangkah pergi daripada situ dengan geram. Siaplah kalau dia jumpa lagi lelaki itu.

VOTE 🤍
COMMENT🤍
FOLLOW🤍

PILIHAN HATI [ OG ]Where stories live. Discover now