-003-

19 3 0
                                    

Di balai , begitu tekun ye Inspektor Ariq ni membuat kerja . Anak buah masuk bawa makanan pun tak sedar .

"selamat petang Tuan Inspektor Ariq , hehehe" ujar Ricky sambil tersenyum manis .

"petang , rick ." balas Ariq yang masih lagi tekun dengan ketikan keyboard di  komputernya .

"em tuan dah makan ke belum ?" tanya Ricky sambil duduk di hadapan Ariq.

"belum , tak sempat nak makan tadi . Masuk je balai terus ada kes ." dan ye anak-anak , ini anak masih lagi tekun membuat kerjanya .

"tuan , saya ada bungkuskan nasi ayam untuk tuan . nanti tuan makan tau ." kata Ricky dengan sengihan sambil meletakkan bungkusan tadi diatas meja Ariq .

"thankyou Ricky , semenjak nak jadi ayah ni makin sweet ea kau ni ." ujar Ariq sambil tersenyum .

"hehehehehe , mestilah tuan . kena practice dulu ehehe , tuan .. nak minta izin boleh ?" ujar Ricky dengan sengihan lebarnya .

"lah , baik bersebab rupanya kau ni ye . Ha apadia ?" tanya Ariq sambil mengetik tetikus yang disampingnya .

"besok wife saya ada checkup pukul 2 petang .. boleh tak saya skip sekejap ?" ujar Ricky berhati - hati . Dia tersepit terpaksa menggalas tanggungjawabnya sebagai seorang suami dan anggota polis . Tambahan pula , isterinya kini sedang hamil anak pertama .

Ariq berhenti mengetik lalu pandang kearah Ricky . "ini checkup yang keberapa , Rick ?"

"saya tak ingat tuan yang ke berapa tapi wife saya cakap besok dah boleh scan jantina baby .. jadi dia berharap saya boleh teman dia .. sebelumni dia pergi sorang je .." ujar Ricky dengan seyuman pahit .

Ariq pun menyambung kerjanya . "Besok , awak amik halfday je . Tapi make sure ada surat doktor tau , senang saya nak bagitau kat kerani ketiadaan awak besok ." balas Ariq dengan tenang sambil mengetik semula keyboard komputernya.

"eh tapi tuan , saya cuma minta skip kerja sejam tu je .. " balas Ricky serba salah . Sejujurnya dia memang mahu minta izin untuk keluar sejam sahaja .

"takpe la Ricky , spent time dengan wife awak . beli barang - barang baby ke , kalau betul-betul ada kes berat plus tak cukup kakitangan . baru saya call awak ye ? jangan risau" kata Ariq sambil senyum tengok kegelisahan Ricky yang berada di depannya ini.

Ricky tersenyum bahagia sungguh dia terharu dengan kebaikan tuannya yang sorang ini . "terima kasih tuan ." ujar Ricky dengan senyum bahagia .

Ariq cuma tersenyum tengok kebahagiaan yang terpancar di muka Ricky selepas mendapat keizinan yang diberikan .

"borak apa ? report dah siap ke Inspektor Ariq?" ujar seseorang yang berada di depan pintu office Ariq .

"dah . tinggal print je , ada apa - apa masalah ke , Inspektor Haqeem?" balas Ariq tenang sambil memandang kearah Haqeem .

Haqeem mendengus perlahan lalu pergi dari situ .

"tak faham aku dengan tuan kau yang sorang ni . pe masalah ntah" kata Ariq sambil memandang wajah Ricky .

"tuan , kalau tuan nak tau lepas balik rondaan tadi kan .. dia tak puas hati dengan Sarjan Salam , sebab dia yang kena in charge jaga trafik light . Padahal dia dah ronda kawasan tu " ujar Ricky .

Ariq senyap memikirkan wajah cantik tapi sexy ya amat pakaiannya itu . "mungkin sebab dia nak tackle perempuan tu tapi tak dapat .."ujar Ariq perlahan .

"ha apa dia , Tuan?"  Ricky mendengar sayup-sayup saja apa yang dikatakan Ariq .

"tak , tadi kitorang dah terserempak kat jalan . ada sorang perempuan ni tayar dia pancit , dia sampai dulu tapi sebab ada hal dia terpaksa tinggal perempuan tu . so saya pergi la tolong perempuan tu , itu yang dia tak puas hati ." terang Ariq tanpa berlindung .

"ooo begitu , cantik tak Tuan ?" Ricky saja menyakat tuannya yang sorang ni kerana dia tau tuannya tak akan membalas soalan itu ataupun buat tak  endah saja tetapi ..

"cantik ." balas Ariq tanpa sedar . Ricky agak tergamam . Ariq memandang Ricky yang tergamam .

"awak yang tanya , awak yang  tergamam . kenapa ?" ujar Ariq untuk cover keterlepasan mulutnya yang laju tadi .

Ricky geleng perlahan sambil tersengih . "takde apa tuan , saya minta diri dulu tau" ujar Ricky sambil bangun "nanti tuan makan tau "  usai berkata begitu , Ricky keluar dari bilik Ariq .

Hilang saja Ricky dari pandangan , Ariq mengeluh perlahan . Hatinya . Hatinya berdegup kencang kembali apabila mengingati peristiwa tersebut.

"apa ni .. dia cuma cakap hati-hati je , yang jantung ni macam nak pecah dah kenapa .. " gumam Ariq perlahan sambil mengusap dadanya lalu ia mendongak kepalanya keatas dan memejam mata .

Ariq mengeluh perlahan dan membuka matanya lalu memandang phone yang berada di sisi .
"phone aku yang takde line atau memang takde mesej masuk ?" lalu ia mengambil phonenya dan membuka aplikasi WhatsApp .

Dicarinya contact 'cik tunang' rupanya berada di lanjuran 8.. last chat pun 5/03 harini dah 18/03 , dah la dia yang bluetick . Ariq menekan chat bersama cik tunang . Last seen pukul 5.07 minit , baru lepas online seminit yang lalu .

Ariq menekan simbol call dan menelefon cik tunangnya itu . Dalam 30 saat , panggilannya terjawab .

"assalamualaikum ?" ujar si tunang .
Ariq tersenyum . "wa'alaikummusalam , cik tunang .. sihat ke ?"

"alhamdulillah sihat , saya sibuk ni ada kerja nak disiapkan . nanti saya call awak balik tau" kata si tunang lalu memutuskan panggilan tersebut . Ariq memejam matanya dengan keluhan yang panjang . Hatinya . kosong .

Usai saja panggilan tersebut tamat , Ariq pun menghantar mesej kepada tunangnya .

cik tunang                   

maaf sebab kacau awak tadi ..
hati - hati 😊
-blutik-

Ariq mengeluh perlahan lalu meninggalkan phone nya di dalam laci , lalu bangun membawa pendrive keluar .

Padahal .. Afira sedang melepak bersama kawan-kawan U nya , usai membaca chat dari Encik Tunangnya dia kembali menyambung berbual dengan kawan-kawannya yang lain .

UNSTOPPABLE  DESTINY ✨🖤🤍Where stories live. Discover now