-014-

12 3 0
                                    

"hai pagi-pagi dah tersenyum tengok phone .. ada pape ke kat phone tu ?" Tegur Hajjah Maryam melihat Ariq yang sedikit ceria daripada semalam .

"Hm ? Takde la maktok .. mood pagi ni agak ceria sedikit .." ujar Ariq . Nampak sangat ke dia bahagia ?

"Yela , masa maghrib semalam nampak tegang je muka .. lepas subuh tadi nampak ceria pula .." ucap Hajjah Maryam sambil menyuapkan nasi lemak yang dibelinya . Malas la nak masak , berdua je pun dengan Ariq .

"Iyeke lepas subuh ni nampak ceria ?" Ariq ketawa perlahan . Yela , kalau pagi je takdenya nak senyum . Ni pagi-pagi lagi dah ketawa .

Hajjah Maryam tersenyum melihat cucu kesayangannya ini . Jarang sekali Ariq nampak bahagia sebegini .
"Semalam Ariq cakap umi call kan ? Umi balik bila ?" Tanya Hajjah Maryam .

"Em jumaat minggu depan .. " kata Ariq dengan nada yang berlainan .
"Tak suka umi dengan walid balik ke ?" Tanya Hajjah Maryam berterus terang . Nampak lain terus bila ia menyebut tentang umi dan walid Ariq .

"Maktok .. Ariq nak balik dah tengah hari ni .. ada hal nak kena settle.." ucap Ariq berdalih soalan yang diberikan oleh Hajjah Maryam tadi .

"Bukan kamu cuti lagi ke harini ?? Ingat nak stay lama-lama kat sini hm .."ujar Hajjah Maryam berjauh hati . Cucu lelaki yang selalu jenguk dia kat sini Ariq tak Ariq , Nazreen . Dua orang polis ni la yang selalu jenguk dia . Cucu lelaki lain jenguk bila ada cuti panjang .

"Takde la .. nanti weekend Ariq balik jenguk maktok lagi .. orang ajak balik sekali taknak .. "
"Taknak la ..nanti sape nak jaga kebun , getah maktok semua tu .. takde orang nak jagakan haa .." ujarnya .

Ariq ketawa perlahan dengan telatah maktoknya ini .
"Kalau ada Mairah kan best .. dia boleh temankan maktok .. ada je perangai sewel dia tu buat maktok terhibur .." ujar Hajjah Maryam tapi yang tersenyum dengar nama itu adalah Ariq .

Semalam Hani ada mengatakan yang ia mau peneman untuk mengadu . Anehnya , boleh pula Ariq tergerak hati untuk call Hani lepas pada bertelingkah sedikit dengan uminya .

Dan tanpa ia sangka Hani dapat menghiburkannya dengan cerita yang Hani mengadu semalam .

"Awak nak tau tak boleh pula dia cakap macamtu kat saya ??? Ish . Budak zaman sekarang memang kurang diajar betul la ." Ujar Hani .
"Habistu awak buat apa ? Menangis kah ?" Tanya Ariq macam suspen . Mostly kan perempuan bila bergaduh mulut camtu pasti ada yang nangis tapi .. orang sebelah sana tak bunyi cam nangis pun .

"Takkkk , menangis kenapa .. gelas saya yang kosong tu kan , yang saya cakap saya bawa turun bawah tu kan .. saya amik gelas tu lepastu saya cedok air akuarium daddy yang almost 3 @ 4 bulan yang dah tak basuh . Saya simbah kat muka dia . I bet dia tertelan sikit kut air tu . Marah gila muka dia time tu . Lepastu saya cakap la , sedar diri sikit . Kau dengan ikan dalam akuarium ni sama je . Menumpang ." Ujar Hani panjang lebar dan dibalas dengan gelakkan Ariq . Astaga bukan kaleng - kaleng perempuan ni .

"Haaa termenung apa haaa .. ish depan makanan pun termenung ke ?" Tegur maktok bila melihat cucunya ini duk tersengih sambil menggelengkan kepalanya.

Ariq tersengih memandang Hajjah Maryam lalu menyuapkan nasi lemak di hadapannya .
"Maktok telur mata semalam .. tak sama la macam harini .. maktok beli kat mana ?" Kata Ariq . Memang sedikit berbeza . Bukan telur mata biasa semalam . Cooked timing dia perfect sangat .

Hajjah Maryam berkerut . Telur mata pun boleh jadi berbeza ke ?
"Beli dengan isteri kamu . Dia yang masak semalam . Telur mata pun berbeza ke Rizz ?" Tegur maktok dengan sengihan kepada cucunya ini .

Ariq terdiam . Dalam tak sedar , Hani ada dalam list ciri-ciri isteri idamannya . Dia tersenyum sendiri sambil menggeleng perlahan ke arah Hajjah Maryam .

                                  🌻

Hani masuk ke dalam lift lalu menggulingkan matanya apabila melihat sosok seseorang yang ia kenali dalam lift tersebut .

"Wahh cantiknya dia bertudung macamni . Wahh . Cuti 4 hari tuptup dah berhijrah ea .. bagusnya" ujar seorang lelaki berdiri bersebelahan Hani .

Hani tak menjawab ia hanya berharap agar lift ni cepat sampai ke bilik officenya . Malas la nak beramah mesra dengan mamat ni .

"You ni..semakin hari semakin sombong ea ? Dah jadi ustazah ni makin sombong sampai langit ke-7" ujar lagi lelaki tadi .

Ting . Lift itu terbuka tetapi bukan sampai ke destinasi yang ingin ditujui Hani dan lelaki tersebut tetapi ada staff perempuan yang masuk juga ke dalam lift tersebut .

"You ni staff under mana ea ? Berani guna lift yang tak sepatutnya ." Ujar lelaki tersebut .

Staff perempuan tersebut berpaling dan meminta maaf kepada Hani dan lelaki tersebut .
"Tak perlu minta maaf kepada saya , mahupun dekat Mr.Hareez . Lift ni bukan milik dia pun . Guna je la . Ada kemudahan guna la kemudahan . Nak diskriminasi dah kenapa ?" Tegur Hani pedas terhadap kelakuan Hareez yang tak sepatutnya .

"What ... "
"Even you ada pangkat tinggi , itu bukan tiket untuk you rendahkan staff bawahan . Nak kena belajar balik ke tatasusila ? Bangga sangat dengan pangkat tinggi tu ?" Tegur Hani lagi membuatkan Hareez terdiam dan staff perempuan tersebut hanya menunduk perlahan sebagai terima kasih .

Lift yang dinaiki mereka terbuka dan staff perempuan tersebut bergegas keluar dan Hani sempat menjeling kearah Hareez .

"You kalau belajar tinggi tapi adab dan perangai pun kelaut . Takde beza pun dengan binatang . Entah-entah binatang pun lagi bijak dari u tentang hormat sesama sendiri ." Ujar Hani lalu keluar dari lift tersebut . Kacak tapi kurang ajar . Itulah Hareez .

Hampir keseluruhan staff terkejut melihat penampilan Hani yang terbaru . Memakai baju offfice yang tertutup dan bertudung .

"Ikmal . Banyak ke kerja yang tertangguh ?" Tanya Hani di meja PA nya . Amik PA laki senang , apa-apa pun takde masalah . Kalau yang tak bermasalah la .

"Eh cik Hani .. ada sikit je Cik Hani sebab mostly Cik Syasya dan cik Rina dah settle kerja Cik Hani" ujar Ikmal .
Hani mengangguk perlahan .

"Takpe la camtu , bawa fail yang saya kena siapkan lepastu nanti suruh diaorang berdua tu masuk office saya tau .. thanks Ikmal"  ujar Hani lalu masuk ke bilik pejabatnya .

Staff yang lain berbisik sesama sendiri apabila melihat perubahan Hani . Like woah . Cantik sangat .

Even Hani nampak komited tentang pekerjaannya namun hahaha Hani Humairah yang sekarang tetap Hani Humairah yang dulu . Ia menghabiskan waktu pagi ini dengan bermain telefon . Sangat tekun memadam semua gambar - gambar di socmed ia yang tidak menutup aurat.

"Settle . "
"Pergh betulla ada yang berubah ."

UNSTOPPABLE  DESTINY ✨🖤🤍Where stories live. Discover now