"Hani Humairah , are you okay ? You look very unwell ."
"Okey je .. maybe skip makan .. tu yang tak bermaya kut .?"
"Rina dengar Hani suruh PA Hani cancel all the appointment . Or nak Rina take handle all of that ? Sebab Rina tengah free je ."
"Tak menyusahkan ke ?".
Rina ketawa kecil dengan gelenggan . Boss apa ni fikir dia staff menyusahkan ke tak . Alahai baiknya kamu Hani .
"Apa awak ni Hani . Dah memang tugas kami kan buat kerja semua ni . Apa guna staff yang cergas kalau tak boleh buat semua ni . Kan ?"
Hani cebik . Memang la semua syarikat nak staff yang cergas tapi ini tugasnya .
"Okey la macamni , Rina take over 2 atau 3 appointment harini .. yang lebih tu kita buat kira semula ye?" Ujar Rina lembut . Kesian dengan si Hani . Muka tu pucat sangat dah .
Hani mengangguk perlahan .
"Nanti Rina tanya la PA Hani tu , bawa dia sekali pun takpe .. Hani rasa betul - betul tak larat.. nak rehat kat rumah ."
Rina mengangguk lalu bingkas keluar dari bilik kerja Hani .
"Hello bang .. nak mintak tolong boleh ?"
🌻
"Ariq dah tau ke Hani sakit ni ?"
Dengan mata yang terpejam , Hani menggeleng . Ceit . Buat apa bagitau . Ish . Dah tau Ariq tu milik orang . Eh Ariq kan husband aku . Eishhhh .
"Serabuuuuuutnyaaaaahh!"
Firdaus yang leka membawa kereta terkejut mendengar teriakan Hani .
"Hey kenapa ni ????" Firdaus memberhentikan kereta di bahu jalan lalu berpaling kearah Hani .
"Ariq tulah ."
"Ha ? Kenapa dengan Ariq ?"
"Dia milik seseorang sebelum kawin dengan Hani lagi ..." Ujarnya perlahan .
🌻
"Eish . Ghaib macamtu je ke ????????? Hah ? Eee . Tau la kawin ekspress . Tapi aku pun ada hati perasaan tau ." Omelnya seorang diri di balkoni sambil melihat handphone di tangan .
Last seen pukul 7 tadi , langsung takde chat Hani selepas pada itu . Sedihnya .
"Mesti dia sayang gila dengan perempuan tu hm .." gumamnya perlahan . Dengan nada yang teramat sedih .
Tiba tiba satu noti naik di skrin telefon Hani .
AriqRizzwan 🤍
Send me your home location ."Ehhhhhhhhh ?????" Sampai ke telinga Hani menyengih . Eksaited . Dia pujuk aku . Wahhhhhhh .
I'll be there after 3 or 4 days . Take care .
Ehhhhhhhhh ?
🌻
"Rizz ni , tau la sibuk kerja . Umi dengan walid balik pun tak sempat ambil ye"
"Maafkan Rizz mi .. em dah ni skop kerja Rizz.. Rizz nak buat macam mana lagi kan .." ujarnya dengan serba salah . Sepatutnya ia mengambil kedua orang tuanya di airport namun disebabkan oleh emergency case yang dihadapi semua urusannya tergendala termasuk memujuk si isteri .
Aduhai perasaan serba salahnya tak berkurang malahan bertambah apabila melihat riak wajah Hani yang sangat kecewa .
Entah la mungkin sebab dah rasa sayang kan .. timbul la rasa bersalah tu .. kut ?
"Rizz ? Hey jauh nya mengelamun . Umi ada dekat depan ni ha , yang pergi tenung tingkap kenapa ? Ada apa je kat tingkap tu ???" Tegur Puan Ariza melihat si anak teruna ini seperti dalam masalah .
"E-eh tak la umi .. Rizz pikir kerja je .. lepasni kan nak pergi Sibu .. ada hal kat sana ?" Ariq hanya sengih apabila ditegur sang ibu sebegitu .
"Hmm bila je nak habis pikir pasal kerja .. kena tanam dengan tanah dulu la baru habis fikir dunia ni .." ujar walidnya yang sedang membaca buku .
Alia mengekek ketawa . Jarang walidnya bersuara tapi bila bersuara ha amik la kau .
Riyana menyiku lengan adiknya yang mengekek disebelahnya itu . Suka eh kau .
"Arissa macam mana dengan syarikat ? Okey ke ?" Tanya lagi Syed Akhbar melihat anak sulungnya hanya mendiamkan diri . Kalau tak sama naik la dua orang ni kenakan adik & abang dia .
"Ha ? Okey je walid , cuma biasalah kan ada masalah sikit-sikit but so far masih lagi boleh di handle . Heee" bilang si Riyana dengan sengihan .
"Eish . Apa kat rumah cakap pasal kerja ni . Rizz dengan Riya bila nak kawin ? Umi dah tak sabar nak timang cucu ni , tau takk kat umrah tu .. ramai gila budak comel-comel kat sana tau ." Celah Puan Ariza untuk menghentikan topik pasal kerja itu .
"Aaaaa , Rizz naik atas dulu la eh .. nak pack baju , boleh gerak dahni huhuhuhuhu " ujar Ariq berdiri lalu meminta diri dari situ .
Disusuli dengan Riyana yang tiba-tiba saja sakit perut . Tinggal la seketul Sharifah Alia Roseanne sedang menghadap kedua orang tuanya yang masih lagi bertelekung .
"Umi taknak tanya ke bila Rose nak kawin ????" Tanya si bongsu dengan eksaited .
"Eh . Gatalnya anak bongsu abang ni " tapi diiringi dengan gelakan Syed Akhbar saja . Anak bongsunya ni sedikit nakal tapi masih berpada-pada .
Ariq memasuki biliknya lalu menutup pintu . Camne nak pujuk Hani .. rumah Hani pun dia taktau ..
"Aku chat pun tak balas ..." Ujarnya sambil melihat telefon di tangan .
Last seen bergerak cuma chat nya tak dibalas . Hanya ditinggalkan dengan double tick biru . Ariq sudah meminta maaf kerana tak dapat makan bersama pada tengah hari tadi namun iyelah untuk meminta maaf kerana keluar dengan Afira bukan salahnya .
Lagipun . Afira yang memasuki ke alam dunianya terlebih dahulu . Haih tapi .. Hani yang menjadi utama sekarang ni dan tak ia nafikan bahawa ia juga sudah mula menyayangi Hani Humairah.
Ah call jela . Baru je Ariq unlock screen telefonnya , ada satu panggilan masuk .
"Apa hal pula ni ?" Ariq mengangkat panggilan tersebut .
"Abang , marahkan Fira ?"
"Apa Fira expect bila abang tau pasal benda tu ?"
"A-abang . Fira dengan Shahrul tu memang takde pap-.."
"Abang kaitkan hutang Fira dengan dia . Bukan pasal hubungan atau apa . What kind of relay that you talkin about ? Is there something else yang Fira sorok ?" Tegas Ariq . Semakin hari semakin berubah perangai tunangnya ini .
"Im sorry abang . I really didn't know that dia tu kawan abang . I mea-.."
"What if kalau dia bukan kawan abang sekalipun ? Whats really inside your mind ha ? "
Hujah perbicaraan disana terdiam . Fira seribu kali terdiam . Senyap senyap dia menyembunyikan tentang hutangnya , alih-alih terserempak di kafe tadi bersama Shahrul . Sepandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua .
"Abang taktau nak cakap apa dah . Dah la abang letak dulu , bye ." Ariq memutuskan panggilan tersebut tanpa hiraukan perasaan Fira . Kalau dulu yes , dia fikir sangat dengan perasaan Afira namun kini perasaannya memudar . Bukan kerana kehadiran Hani namun Afira sendiri yang menunjukkan perubahan sikap yang makin ketara .
Tetapi ia masih sayangkan Afira dan hubungan itu . Dan berharap Afira akan berubah selagi peluang itu masih ada .
![](https://img.wattpad.com/cover/289462292-288-k391082.jpg)
YOU ARE READING
UNSTOPPABLE DESTINY ✨🖤🤍
Ficção GeralBertunang dengan orang lain , Berkahwin dengan orang lain ?! The most ridiculous story for Syed Ariq Rizzwan tapi semua itu kehendak Ilahi , setiap pertemuan ada hikmahnya tersendiri . ------------------------------------------------------- "kenapa...