-013-

13 3 0
                                    

Hani memasuki perkarangan rumah kediaman Dato Sri Kamal lalu memberhentikan kereta di kawasan yang sepatutnya .

"Mana Harrier aku ? Alphard daddy takde juga .. sah sah la daddy bawa Alphard kan ? Habistu Harrier gue kemana .." ujar Hani pelik dengan mengerutkan mukanya .

Hani keluar dari kereta lalu mengambil barang-barang yang terdapat di dalam keretanya .
"Semalam daddy takde cakap pun yang dia nak guna kereta aku .. takpe la kalau dia nak guna , jangan orang lain sudah ." Ujarnya lalu memasuki rumah .

"Eh ? Hani ..baru sampai ?" Tanya seorang makcik yang baru saja keluar dari dapur .
"Haah MakNah .. baru je sampai .. urf penat betul .." ujar Hani yang baru berura-ura ingin menaiki tangga tetapi beralih arah ke dapur menemui MakNah .

"Alala kesiannya .. dah makan ke belum ni ? Nak MakNah masakkan tak ?" Tanya MakNah prihatin apabila melihat anak majikannya itu kelihatan kelelahan .

"Lapar tapi takpe la MakNah tak payah masak .. kita order Mekdi je .. MakNah nak makan sekali tak ?" Tanya Hani sambil mengeluarkan telefon pintar miliknya .

"Em MakNah teringin nak burger je .. tapi MakNah tak pandai order tau.." ucap MakNah tapi dibalas dengan anggukan Hani .

"Hani nak minta tolong boleh ? Nanti bila grab dah sampai , tolong amikkan makanan tu boleh ?" Ujar Hani dengan sopan kerana biasanya ia mengambil sendiri tetapi harini dia berasa sangat penat . 5 jam plus dengan jammed sejam . Fuh .

MakNah membalas soalan Hani dengan anggukan . Kesian benar tengok anak majikannya itu . Kalau landing atas katil , confirm tak sedar dah .

"Eh MakNah , Lily ada ke ? Hani lupa nak orderkan makanan untuk dia sekali" ujar Hani sambil menepuk dahinya .

"Eh takpe takpe , Lily dia keluar dengan kawan U dia .. mungkin dah makan la kat luar tu .."
"Ohh camtu .. takpe la kalau camtu , Hani naik atas dulu eh.. penat .." ucap Hani dengan sengihan dan dibalas anggukan oleh MakNah .

Hani sengih lalu mengangkut barang-barangnya ke atas . Kemudian ia memasuki bilik dan merehatkan tubuhnya di atas katil .
"Penaaaaaatnyahhhhhhhhh" ujar Hani dengan mata yang tertutup .

Kemudian selang beberapa minit , telefon pintar milik Hani berbunyi . Hani meraba - raba telefon di dalam begnya , bila ia merasakan getaran telefon miliknya ia ambil lalu mengangkat panggilan tersebut tanpa membuka mata .

"Hello .." tegur Hani kemalasan .
"Assalamualaikum , dah sampai ke ?" Tanya sang panggilan . Lelaki . Hani berkerut . Ini bukan suara yang biasa ia dengar tapi merdunya suara ni .

"Wa'alaikummusalam ..siapa ni ?" Tanya Hani dengan kerutan di dahi . Mata tak ingin lagi dia buka . Suara ni buat dia terbuai pula .

"Alahai Cik Han..eh Puan Hani Humairah .. awak dah lupa ke yang awak dah bersuami hm ?" Tegur Ariq . Alahai mudah lupa betul yang ia dah menjadi seorang isteri .

Hani menepuk dahinya untuk yang kedua kali . Ya tuhan . Cik suami sendiri pun boleh lupa .
"Sorrrrryyy .. penat sangat drive tadi .. sorry saya terlupa .. ni baru je sampai rumah .. duk landing atas katil" ujar Hani serba salah tapi dibalas dengan gelakkan kecil oleh Ariq .

"Sokayy , awak rehat la ... Saya call cuma nak tau awak kat mana .. almost 6 jam kan awak drive .."ujar Ariq . Dari pukul 9 sampai pukul 3 . Ui lama tu . Mesti penat yang teramat sangat .

"Haah kereta jammed tadi , ada roadblock plus eksiden . Kereta langgar motor i guess .. nampak cam teruk juga tapi hope takde pape la.." ujar Hani sambil menutup matanya . Agak ngeri juga la eksiden tu . Tak nampak mangsa cuma kereta dan motor tu berlanggar fuh . Faham faham je la .

"Iye ? Bistu belum mandi belum solat lagi la ni kan ?" Tanya Ariq lembut dan Hani hanya ketawa kekok .
"Belum lagi .." ujarnya perlahan .

"Sokayy , ada masa lagi ni .. pergi la mandi solat dulu lepastu rehat ye" ucap Ariq dan Hani cuma mengangguk kecil sebagai menurut arahan .

"Saya pergi mandi solat sekejap ya encik suami .. take care , byebyee"
"Baikk , assalamualaikum .."
"Wa'alaikummusalam .." diakhiri dengan balasan salam dari Hani , maka berakhirlah panggilan telefon tersebut .

Hani tersenyum bahagia lalu bangun mencapai tuala dan menuju ke bilik airnya . Selesai saja dari pembersihan tubuhnya , Hani segera menyarungkan baju lalu mencari sesuatu di dalam almarinya .

"Mana ea aku letak telekung ... Takde ni ... Malasnya nak turun bawah tanya MakNah .. dalam bilik daddy ada kut .." ujarnya lalu keluar dari bilik dan menuju ke bilik Tan Sri Kamal .

"Ehh ada la .. pinjam yang arwah mommy punya la dulu .." ujar Hani lalu memakai telekung tersebut . Ehek . Cantik juga ehehehe .

Hani melakukan ibadah solat seperti yang diajarkan Ariq lepas subuh tadi , meskipun ingat separa - separa tetapi ia tidak berputus asa untuk belajar menjadi yang lebih baik . Dia sudah tekad untuk berubah demi dirinya dan  menuju ke jalan yang di redhai Allah SWT .

MakNah mengetuk bilik Hani akan tetapi tiada sahutan .
"Hani , MakNah masuk ni tau .. tidur kut .."ujar MakNah perlahan namun baru buka beberapa inci pintu MakNah terkejut + terharu melihat Hani sedang melakukan duduk antara dua sujud , beberapa saat kemudian ia memberikan salam kanan terlebih dahulu disertai dengan bahagian kiri.

Hani berpaling memandang MakNah dengan sengihan .
"MakNah nanti ajar Hani solat dan mengaji Al-Quran bolehh ?? Hani teringin nak belajar semua tu.."ujarnya lembut . MakNah tersenyum gembira serta membalas dengan anggukan .

                                🌻

" Eh dah habis coffee aku ..em takpe la .. fuh siap pun akhirnya yini proposal ." Ucap Hani sambil mengetik sesuatu di skrin Ipadnya . Kemudian ia terdengar bunyi sebuah kereta yang agak bising dengan dentuman lagu yang agak kuat dimainkan kereta tersebut .

Kereta tersebut berhenti di hadapan rumahnya dan ia berkerut . Sejak bila ada kereta macamni di perkarangan rumah nya . Ia memandang dari tingkap balkoni biliknya .
"Lily ??" Ujarnya perlahan tetapi dengan kerutan .

"Aaaa okey bye , Fira .. Mazli... Korang memang terbaik lah .. nanti kita lepak -lepak lagi yeee" ucap Lily dengan sengihan dan dibalas dengan usikan kawan-kawannya .

Setelah siap melambai byebye semua , Lily pun berjalan kearah pintu masuk . Hani terus bergegas keluar dari bilik lalu turun ke bawah .
"Lewat balik" tegur Hani apabila melihat kelibat Lily .

Lily yang kemalasan dan seperti separa sedar hanya memandang Hani atas bawah . Hani berkerut . Minah ni kenapa ?
"Tau tak MakNah risaukan Lily ?" Tegur Hani lagi .

"Kau nak sibuk apehal ?" Soal Lily . Anak majikannya ini memang agak busybody . Menyemak . Hani berkerut . Eh eh minah ni . Kurang ajar kau sekarang ni eh .

"Aku kesiankan orang tua tu asyik duk perati je pintu masuk tu tunggu kau balik . Dari petang sampai ke tengah malam dia duk tunggu kau . At least inform la dekat dia yang kau balik lambat ." Iya , masih bersabar . Hani pun bukan kaki sabar juga ya anak-anak .

"Biarlah dia nak tunggu ke tak , kau nak sibuk pehal ? Takde kerja lain dah ? Kerja baru nak nasihat orang pula ?" Ujar Lily dengan sikap kurang ajarnya .

Eh budak ni . Makan lempang sedap juga ni . Baru berura-ura Lily mau pergi dari situ . Satu pernyatan membuat ia tersentak .

"Kau datang sini sambung belajar , makcik kau jaga dengan elok . Cuba la reti bersyukur sikit . Jangan sia-siakan pengorbanan yang dia dah buat untuk besarkan kau . Dengan bau rokok , arak semua ni . Camni ke kau hargai pengorbanan dia ?"

Lily menjeling kearah Hani . Dia mati kelu dengan apa yang Hani katakan tapi ia taknak mengalah . Ada satu je boleh kalahkan Hani .

"Cermin diri kau sikit . Jalan pun bengkok ada hati nak luruskan orang . Betulkan dulu jalan kau tu baru tegur orang . Aku tak perlukan nasihat dari orang yang takde kasih sayang mak ni untuk betulkan aku . Dasar anak yatim takde mak ." 

UNSTOPPABLE  DESTINY ✨🖤🤍Where stories live. Discover now