-006-

14 3 0
                                        

"hai tuan , senyum lebar nampak .. cik tunang ajak jumpa ke ?" usik Ricky sambil mencuit sedikit lengan Ariq .

Ariq cuma tersenyum sambil mengangguk perlahan .
"haah , dia ajak jumpa . Rindu katanya" kata Ariq sambil berbalas pesanan dengan Cik Tunang .

"alelele happy la tuu , semoga berbahagia selalu Tuan " ucap Ricky dengan senyuman lebarnya .

"ni awak baru pulang dari rondaan ke ? dengan siapa meronda tadi ?" Ariq menyimpan telefon bimbitnya ke dalam poket lalu memandang Ricky yang berada di sebelah .

"tak jadi Tuan sebab partner rondaan saya konstabel Nini ada masalah sikit . Nanti around 3@4 camtu baru kami pergi meronda ." ujar Ricky .

"eh ?" Ariq berkerut "bukan time tu duty sub inspektor Zulkifli ke ? dengan saya tak ingat lak nama partner dia tu .."

"iyap , tapi disebabkan sub inspektor Zulkifli tu ada hal sikit harini so dia suruh tukar schedule kepada besok ..partner dia rasanya , Sarjan Farhan ."

Ariq mengangguk perlahan sambil melihat taman yang dihiasi dengan warna kesukaan Rasulullah saw , hijau .

"esok shift Tuan bila ? " Ricky memandang wajah Ariq seperti ingin mengatakan sesuatu .

"petang , kenapa?" soal Ariq .
Ricky terus senyum melebar manakala Ariq berkerut .
"Tuan , jom jadi partner saya untuk jaga roadblock boleh ?" ujar Ricky dengan eksaited .

Ariq berkerut dengan muka banyak persoalan .
"kenapa ? actually partner awak dengan siapa ?" pelik benor anak buah dia yang sorang ni punya eksaited .

"em macamni , besok Mejar Sarjan Gee cuti sebab anak dia demam . Lepastu saya tanya la kak Sue , camne nak buat roadblock kalau sesorang . Dia pun cakap Ins Haqeem free besok , cuba la ajak dia then saya jumpa Ins Haqeem . Dia cakap if saya betul - betul takde partner , baru dia akan join saya buat roadblock besok . If saya dah ada partner , dia tak turun padang la maksudnya ." terang Ricky panjang lebar .

Ariq senyap sambil berfikir panjang kerana besok sebenarnya dia ingin pulang ke kampung , melihat maktoknya . Sudah lama ia tidak pulang ke kampung halaman nya itu .

"start pukul berapa? dan jalan mana ?" dia baru sahaja menelefon maktoknya untuk pulang ke kampung besok . alahai .. kerja kerja .. maktok pun eksaited bila dia mengatakan ingin pulang , Ricky pun eksaited kalau dia yang menjadi partner roadblock .

"pukul 7 sampai 9 lepastu Jalan Kampung Semerak Pasir" kata Ricky .
Ariq senyap dan mengangguk .
"saya turun padang "

                                 🌻

Di dalam pejabat pula ..

"are you okay ?" tanya Syasya dengan kerutan di dahinya . Kawan dia sah dari tadi kena sawan senyum . Kau bayangkan la dari pukul 8 pagi hingga pukul 1 tengahari ni dia asyik senyum je . Lebar pulak tu .

"apa yang pujangga hati kau dah buat sampai kau senyum macamni ?" Syasya tahu punca nya dari si jejaka kacak yang menolong mereka kelmarin. "Ariq kan nama dia ?" ujar Rina .

Hani mengangguk - angguk dengan senyuman lebarnya .
"dia cakap aku cantikkkkkk semalammmmm pakai bajuuu tuuuu ehek" ujar Hani eksaited .

Sebelum pulang ke rumah masing-masing , Ariq ada mengatakan yang Hani sangat cantik pabila berpakaian seperti itu .

"eleh padahal si Ariq tu nak cakap baju kau je yang lawa , kau tak pun."  ujar si Syasya dengan cebikan di bibirnya . Rina ketawa perlahan .

"ah biarlah , yang penting cantik tu aku sorang je yang boleh dengar ehek" ujar Hani sambil tersenyum malu .
"perempuan gedik." kata Syasya sambil roll eyes .

Dalam beberapa minit mereka berborak rojak (bisnes + life) , PA Syasya datang membawa satu file .
"Cik Syasya ni file yang Cik minta . Lagi satu , yang melabur insurans dalam syarikat kita adalah arwah encik Mokhtar tapi beliau telah serahkan kepada isterinya , Puan Sharifah Maryam ." ujar PA nya itu .

"so maksudnya saya kena pergi rumah dia juga la kan ? kat mana rumah arwah ?" tanya Syasya ingin tau .

"dekat Kampung Semerak Pasir ." ujar PA nya . Syasya melihat kakinya yang dibaluti bandage lalu melihat Rina di sebelahnya .

"Sorry Ca , Rina tak boleh . Besok ada meeting dengan client dari Singapore ." ujar Rina sambil membuat muka bersalah . Dia ingin membantu namun apakan daya , dirinya besok sudah di book oleh client Singapore untuk projek yang seterusnya .

Kemudian mereka berdua melihat Hani yang masih lagi terkena senyuman sawan itu . Mereka berdua melihat sesama sendiri lalu tersenyum penuh makna .

                                 🌻

"tak . aku pass dekat Zahar . aku tau la dia takde kenderaan sebabtu aku tengah servis kereta aku kat bengkel . aku suruh la dia bawak kereta ni . ish . ye Cik Syasya Nadira , nanti aku pass la sambil aku ajar dia camne nak handle ish ." ujar Hani sambil bercakap di telefon dengan menahan kepanasan di bengkel pada pukul 3 petang itu .

"ish , aku bukannya suruh dia pergi saja saja tau . Nanti aku naikan la bonus dia . Halamak . Eh tu tugas kau kan sebernanya tapi sebabkan kaki kau tu , kau pass kat aku . Ah taknak aku . Penat . Jauh . " ujar Hani sambil mengipas mukanya kerana dek panas .

"ish dah la , asyik membebel je kerja kau . Untung aku amik juga job kau ni tau , kalau tak malas dah aku . Dah la dah la . Bye ." Usai end call , ia melihat keretanya . Sebenarnya Zahar datang berjumpa dengan dia untuk cuti besok tetapi Hani Humairah mengunakan kuasa vetonya , lalu ia pass kerjanya itu kepada Zahar .

Dah la harini tapi sekejap je pun .. kan ? Bandar Violet dengan Kampung Semerak Pasir sekejap je ..kan ?

Sedang ia cuba mencari dimana Kampung Semerak Pasir itu , tetiba ia melihat seseorang.

"ehhhh macam kenalll ?? wahh abang pujangga hati saya lah . hensemnya dia pakai baju biasa macamtu . alamak . cair jugak aku kat sini .dia buat apa kat butik peng-.." ujar Hani sambil memerhati gerak geri Ariq .

Namun hatinya merasa sakit . Ada perempuan sebelahnya bertudung labuh , keluar dari butik pengantin . Dan pandangan Ariq terhadap perempuan tu bukan seperti biasa . Ariq memberikan sekotak cincin kepada perempuan itu lalu perempuan itu memakainya tapi menunjukkan reaksi yang kurang suka .

Ariq menunjukkan prihatinnya pabila cincin tersebut seperti tersekat di tengah - tengah jari manis perempuan itu . Usai mereka bergelut dengan cincin tersebut , mereka masuk ke dalam kereta Ford Ranger hitam yang dipandu Ariq .

Hilang saja kereta yang dipandu Ariq , Hani terkedu . .

"dah nak kawin dah pun.." ujar Hani perlahan dengan nada yang paling sedih . Sesungguhnya dia tak pernah menyukai seseorang seperti ini . Dia sangat menyukai Ariq biarpun mereka saling tak mengenali . Ariq mampu menjatuhkan hatinya yang teguh tanpa berbuat apa - apa .

Dan sekarang hatinya sakit . sangat .

UNSTOPPABLE  DESTINY ✨🖤🤍Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang