"Ari stay sorang je ke ni ? Rizz dengan Rose takde ?" Tanya si jejaka yang masih lengkap berpakaian uniform polis sambil memberi plastik yang berisi sesuatu kepada Alisa .
"Eh tak , Rose ada je kat atas . Tengah buat assignment dia , Rizz je takde .. balik rumah maktok" ucap Riyana sambil melihat jejaka yang tampan dihadapannya ini .
"Ohh .. ingat stay sorang .. bahaya kalau stay sorang - sorang , sunyi lepastu gelap . Tak buat aduan ke lampu jalan tu rosak ?" Ujar si jejaka dengan prihatin .
"Oh ..belum buat lagi , sebab baru petang tadi lampu jalan tu rosak . Kena petir tadi kut .." ujar Riyana sambil melihat lampu jalan yang terpadam gelap gelita tu .
"Takpe la kalau camtu , nanti report la .. bahaya , Riya dengan Rose sama - sama perempuan .. Bang yeen tak mintak , tapi tak salah berhati-hati kan" ucap Nazreen .
Riyana mengangguk perlahan sambil melihat kearah kereta yang dipandu Nazreen .
"Gf abang ke ? " Tanya Riyana dengan mata yang tertancap di tempat duduk sebelah pemandu . Ada perempuan . Cantik .
Nazreen menoleh dan tersenyum kecil sambil mengangguk perlahan .
"Bakal tunang . Eh bukan Riya dah tau ke ? Abang kan ada post pasal dia hari - hari ? " Ujar si Nazreen dengan nada yang ceria .
"Oh .. Riya tak main phone sangat .. busy .. tapi ada la nampak 1 2 post abang post pasal dia .." ujar Riyana sambil tersenyum .
"Eh okay la , abang gerak dulu tau . Nanti komen la pengat pisang yang mak long buat tu hihihi tetiba je datang rumah abang buat spot check" ujar Nazreen dengan senyum kecil sambil menggeleng kepalanya dengan telatah perangai bondanya itu .
"Bagitau terima kasih juga tau kat mak long sebab kasi pengat pisang ni .. nak tunggu umi dengan baba lambat lagi balik .." kata Riyana lembut sambil tersenyum .
"Eh kat maklong je ? Dekat abang ? Taknak terima kasih ? Ala cian kite datang jejauh hantar pengat pisang kat dia , dia tak terima kasih pun" ucap Nazreen dengan nada berjauh hati .
"E-eh ..terima kasih juga la kat abang , susah-susah je mai hantar pengat pisang memalam camni .. dengan uniform lengkap lagi .." ujar Riyana dengan serba salah .
Nazreen tersenyum . Comel betul sepupu dia sorang ni . Macam pau ayam . Geram dia nak lenyek tapi tak boleh , harommmmmmm .
"Ehehe baru nak terima kasih ye bila buat ayat sedih camtu .. hahaha riya ni .. macam anak ayam .. okay la abang gerak dulu , kunci pintu tingkap tu tau" kata Nazreen sambil mempamitkan dirinya kearah kereta sambil tersenyum kecil .
Riyana berkerut . Bangyeen sama kan dia dengan anak ayam ? Amende mamat ni ? Rupa aku macam anak ayam ke ? -_-'
Usai masuk dalam kereta yang akan dipandunya , Nazreen memakai tali pinggang keledar .
"Lama betul u borak dengan dia ? Borak apa je ?" Tanya si gadis cantik di sebelahnya .
"Hm ?? Takde la borak pasal lampu jalan tu je , lepastu dia tanya pasal u . I cakap la yang u tu bakal tunang i" ucap Nazreen dengan gembira sambil memandu kereta .
"Oh .. habistu camne reaksi dia bila u cakap i bakal tunang u ?" Tanya lagi si gadis dengan menarik . Tapi lain pula yang diberi reaksi si Nazreen .
"Hah ? Reaksi apa ? Camtu la .. okay je" ucap si Nazreen dengan berkerut . Kenapa dengan gf dia ni ? Kenapa kena ada reaksi bagai .
"Ohh .. biasa je la ? Em tapi i rasa i tak suka dia .. sebab feeling i kuat mengatakan yang dia suka u .." ucap si gadis . Tetapi disambut dengan gelakkan perlahan oleh Nazreen .
"U merepek apa ni Wina sayang ? Hm ? Dia suka i ? Lambat lagi sayang oi , dia tu cantik takkan la tak berkenan kat sape - sape .. ish ish u ni" kata Nazreen sambil ketawa perlahan . Kelakar juga statement yang diberikan oleh Wina .
Wina mencebik sambil menyilang tangan ke dada . Entah la dia punya firasat mengatakan yang sepupu Nazreen sorang itu menyukai Nazreen . Firasat hati perempuankan boleh mengetahui bahawa seseorang itu boleh menjadi kawan atau lawan baginya . Tambahan pula bila datang part dengan orang yang kita sayang .
"Siapa tadi tu kak ?" Tanya Alia yang baru sahaja menuruni tangga sambil melihat kearah Riyana .
"Bangyeen , dia mai hantar pengat pisang yang maklong buat ." Ujar Riyana sambil melihat kearah adiknya yang sorang itu .
"Baru habis siapkan assignment ke ? Muka tu serabai habis dah kakak tengok" tanya Riyana prihatin melihat muka kusut masai yang ditunjukkan Alia .
Alia mengangguk perlahan dengan membuat cebikan sedih .
"Haah baru je settle semuaa uwarghhhhh tapi malamni alhamdulillah ada pengat pisangg boleh la hilangkan stress sikit ehehehe" ujar Alia dengan bahagia sambil berlari kecil kearah dapur .
"Eh eh budak ni , tak penyabar betul . Akak baru je letak dalam peti sejuk tu .. biarla sejuk dulu .." ujar Riyana dengan gelengan perlahan .
"Ala takpeee pengat pisang maklong panas ke sejuk sama sedap jee hehehe lama tak makan masakkan maklong." Ujar Alia sambil mengeluarkan bekas Tupperware yang berisi pengat pisang itu .
Riyana menggeleng saja melihat perangai adiknya ini . Umur dah 23 tahun tapi perangai cam umur 3 tahun .
"Nyummm sedapnyaa pengat pisang maklonggggggg , akak nak try takk ?" Tanya Alia sambil menyuakan mangkuk terhadap Riyana . Riyana mengangguk perlahan lalu makan juga . Sedap nyah 😭
"Kak , dengar cerita akak Nini nak kawin dah hujung bulan ni . Bangyeen takde bagitau ?" Tanya Alia sambil memandang kearah kakaknya yang cantik itu . Sangat cantik .
"Ada , kenapa ?"
"Akak nini sebaya akak la kan ? Ke kak Niana sama tua dengan akak ?"
"Niana sama tua , Nini 4 tahun tua dari akak ."
Alia berkerut melihat kakaknya yang tenang itu .
"Akak tau ke yang kak Niana pun nak kawin hujung tahun ni ? Dia pun bertunang sama hari dengan akak Nini punya wedding day"
Riyana mengangguk perlahan dengan tangannya ligat menyuap pengat pisang di depannya itu . Eh amboi dia pula yang bersungguh mamam ni .
"Akak..akak tau yang akak dah berumur 28 tahun ?"
"Tau . "
"Em akak .. taknak kawin tahun ni juga ?" Tanya Alia dengan berhati - hati kut tersinggung pula perasaan kakaknya .
"Akak takde calon lagi Rose .."
"Takde calon atau menunggu seseorang ?"
Riyana berhenti makan lalu memandang Alia sejenak .
"Akak nak tunggu sape .. akak tak suka sape - sape pun.." ujar Alisa .
Alia berkerut dengan pernyataan kakaknya itu . Yeye je kakak dia ni .
"Takde la .. Rose cuma nak cakap .. after akak Niana n kak Nini kawin ..-"
"Akak tau apa yang Rose nak cakap tapi akak taknak dengar .. boleh Sharifah Alia Roseanne ?"
Alia cuma tersengih . Bila dah start nama penuh begitu , takdenya nak melampui batas dah .
"Takde la , Bangyeen dengan Bangrizz kan dua-dua cucu lelaki yang paling tua .. tapi tula dua - dua tak kawin lagi .. haih nampak maktok tu kempunan je nak cicit lagi ehehe" ucap Alia sambil tersengih .
"Hm .. yang official ada tunang si Rizz je .. Bangyeen tu ......... Entah la nampak gaya tahun ni juga kut kawin" ucap Riyana lalu berdiri mengambil air kosong di jenama Cuckoo itu .
"Itulah kan .. haih lama betul Bangrizz bertunang .. kan lagi best kalau dia dah kawin ?"
"Biarlah .. rancangan Tuhan .. kita ni manusia biasa je .. Dia tau apa yang terbaik buat kita" ucap Riyana yang membelakangi Alia . Pernyataan tu untuk Ariq tapi dirinya pula yang terasa .
ANDA SEDANG MEMBACA
UNSTOPPABLE DESTINY ✨🖤🤍
General FictionBertunang dengan orang lain , Berkahwin dengan orang lain ?! The most ridiculous story for Syed Ariq Rizzwan tapi semua itu kehendak Ilahi , setiap pertemuan ada hikmahnya tersendiri . ------------------------------------------------------- "kenapa...
