Dalam office semua orang tekun mengetik komputer , lain pula si anak dara sorang ni . Asyik dengan telefonnya , sibuk je mencari nama Ariq di ig , fb , twitter tapi semua tak jumpa last sekali di google . Ha amik kau 15000 orang nama Ariq .
"urghhh mamat ni takde socmed ke ish." ujar Hani perlahan sambil scroll je nama-nama tu .
"argghhh fedapnya aku ." Hani menjerit perlahan sambil memejamkan matanya dengan putus asa .
Hasrina mengetuk pintu bilik Hani. "Hani , boleh rina masuk ?" tanya Hasrina perlahan .
Hani membuka mata dan melihat Hasrina ada di depan pintunya lalu mengangguk perlahan "masuklah" ujar Hani .
Hasrina pun memasuki bilik Hani lalu menutup pintu bilik itu . Hasrina pun duduk di depan Hani sambil meletakkan fail berhati - hati di depan Hani . Nampak je macamni tapi garang dia fuh .
"Hani okay ke ? Rina tengok Hani macam ada masalah je .. nak share tak ?" tegur Hasrina perlahan . Masak sangat dengan perangai si Hani ni , bila ada masalah mesti stress je muka tu .
"Rina wujud lagi ke lelaki yang tak main socmed ni ?? ish fedap la .. dia taknak tanggungjawab pun dah buat Hani terbayang-bayang kat dia" kata Hani laju tapi masih boleh ditangkap Hasrina .
Hasrina ketawa perlahan "kelakar la Hani ni .. tak semua lelaki tu suka main socmed tau" kata Hasrina sambil membetulkan tudungnya .
"tapi tapi tapi Hani dah mula suka dia , kalau boleh kan .. Hani nak jumpa dia lepastu ajak dia kawin terus ha .." kata Hani monyok sambil menyandarkan kepalanya di bahu kerusi .
"in syaa Allah bila ada jodoh , Hani jumpa juga dengan dia "ujar Rina sambil tersenyum melihat gelagat si Hani ni .
"tapi what if dia dah ada kekasih hati ? lagi frust Hani ni"
"itu Rina taktau la , jangan pula Hani dilabel sebagai perampas pula .."Hani terdiam melihat muka Rina .
"sakit tau jadi mangsa dirampas ni , jangan bahagia atas penderitaan orang lain " ujar Rina perlahan tapi cukup didengari Hani .
Hani cuma mampu tersenyum kelat . "kan .. tapi as long as dia adil , Hani okay ja "ujarnya sambil mengetik perlahan papan kekunci di hadapannya .
Rina berkerut "Hani boleh terima kalau Hani dimadukan ?" dan Hani mengangguk perlahan kepalanya .
"Hani percaya dengan aturan Tuhan , Hani percaya setiap yang berlaku ada hikmahnya . Aturan Tuhan lagi cantik dari aturan kita" kata Hani sambil tersenyum kelat .
Hasrina seperti serba salah . "Hani , Rin-.."
"ish Hani okay je la , Hani faham sangat apa yang Rina sampaikan tu . Jangan risau la ." kata Hani sambil ketawa kecil ."ha borak apa . borak tak ajak orang" ujar si jejaka yang berambut perang lalu memasuki bilik kerja Hani .
"eh sape suruh masuk ? keluar balik ." kata Hani ."dah masuk dah pun werk" ujar si jejaka sambil menjelirkan lidah lalu duduk di sebelah Rina .
"Rina sampai sekarang Hani tak percaya yang mamat gedik ni adik Rina tau ish ish . dah la gedik , suka menempel je kerja ."kata Hani sambil menjeling jejaka di sebelah Rina tu .
"choi mulut . aku cili kang ." ujar jejaka tersebut . "ni datang tempat kitaorang , kat tempat kau takde kerja ke ?" tnaya Rina pula .
"tak aku datang sini nak car-.."
"Caca halfday , pergi salon . tak payah nak gedik kat sini . "pintas Hani sambil menjeling kearah Hafiz ."eh mana aku tau aku cari si Caca tu ? manatau aku datang sini nak cari Rina ha ?" laju je Hafiz memintas percakapan Hani .
"halah kau , bukannya kitaorang semua taktau yang kau tu duk crushkan si Caca tu ." ujar Hani sambil menggelengkan kepalanya .
Hafiz memuncungkan bibir nya , lalu memberi perhatian kepada Hani .
"bistu kau takkan tak nampak yang Hariz suka kau juga ?" ujar Hafiz sambil mengangkat keningnya ."eee taknak aku dengan abang kembar kau tu , asyik nak marah orang je lepastu pilih kasih . ergh taknak ah ."laju je si Hani ni menjawab sambil menaip di papan kekunci nya.
"halah kau dengan kawan baik kau tu sama je jual mahal . laki camne entah yang korang cari .kitaorang yang ada depan mata ni taknak pula pandang" Hafiz mencebik .
Hasrina cuma mampu tersenyum dengan telatah mereka berdua , kalau tambah dua orang lagi makin riuh la office ni .
"hey sejahil kitaorang , kitaorang pun nak la ada cik somi yang boleh bimbing kitaorang ke jalan yang benar . cewah ." kata Hani bangga .
"halah , tu pun kalau kau dapat la lelaki idaman kau tu . kalau tak dapat , ha padan muka kau . melepas lepastu datang melutut kat kitaorang suruh terima korang ha tau la kau langit tinggi ke rendah" bebel si Hafiz ni .
"ish bising la , padan la Caca taknak dekat kau . mulut kalah mak nenek kebayan ." kata Hani sambil menjelirkan lidah kearah Hafiz .
"eh kau .." Hafiz kegeraman lalu melempar 3 butir gula-gula yang berada disitu .
Hani dengan Hasrina ketawa . "kau berani ea lempar gula-gula ni dekat boss kau .. wah wah , aku pecat kang." ugut Hani sambil ketawa.
"eleh takkan sebab aku lempar tiga butir gula gula tu kat kau , kau nak pecat aku dah ?" ujar Hafiz sambil menjeling kearah Hani.
"hahaahah hey mestilah , tengok tu beraninya kau jeling boss kau depan depan macamni . memang taknak kerja dekat sini dah ke , Tuan Hafiz Mikhail ?" ugut Hani sambil ketawa .
"ah aku benci korang" ujar Hafiz lalu pergi dari situ .
"betulkan cakap Hani ? gedik betul adik Rina yang sorang ni ."Rina hanya mampu ketawa je . "ish korang ni macam-macamlah " ujar Rina lalu berdiri "nanti Hani tolong tengok yang mana tak complete lepastu Hani sign tau semua dokumen ni , nanti Rina nak hantar dekat Tan Sri"
"Tan sri mana ?" Hani bertanya polos .
Rina menggeleng perlahan kepalanya . "Tan Sri daddy awak la , cik Hani Humairah oiii""eh yeke ? takpe la biar Hani je la yang hantar ea ? Rina buat je kerja Rina tau " kata Hani sambil tersenyum .
"betul ni ? thankyou adik manis" Ujar Rina lalu keluar dari bilik kerja Hani . Hani pun membuka satu persatu dokumen yang ingin di tandatangan .
Tetapi hatinya terdetik untuk membaca semula semua dokumen kerana .. ada pecah amanah yang berlaku dalam syarikat tapi masih tidak diketahui siapa pelakunya .
Dalam masa yang sama , ia mendapat chat dari seseorang .
+60146589001
do not trust anyone in your company.Hani membacanya dan terdiam . Lalu ia mengambil pendrive yang masih lagi kosong dan menyalin semula maklumat yang diperolehi .
"siapa pun kau , aku takkan maafkan kau" ujar Hani . Disebalik muka yang cantik dan suci ini namun terdapat dendam yang tak dapat dilunaskan . Selepas kematian mummynya mati dibunuh, syarikat daddynya menjadi goyah menyebabkan daddy hampir juga mati tapi sempat diselamatkan .
YOU ARE READING
UNSTOPPABLE DESTINY ✨🖤🤍
General FictionBertunang dengan orang lain , Berkahwin dengan orang lain ?! The most ridiculous story for Syed Ariq Rizzwan tapi semua itu kehendak Ilahi , setiap pertemuan ada hikmahnya tersendiri . ------------------------------------------------------- "kenapa...