-001-

40 3 0
                                    

"Rizz , akak nak guna kereta Walid . Rizz bawak kereta lain boleh ?" Pinta si cantik yang bertudung warna pastel sambil menyuap mee ke dalam mulutnya .

Ariq di sebelah hanya mengangguk - angguk . "Akak balik pukul berapa harini ?" tanya Ariq sambil makan sandwic al-hasil buatan kakaknya .

"taktau lagi , dalam around 5 or 6 gitu ? kenapa ?" berkerut dahi Riyana dengan pertanyaan adik lelakinya itu .

"Rizz balik lambat harini , ada ops sar .. akak sampai je rumah , kunci semua pintu & tingkap tau ." kata si adik sambil makan karipap kemudian memandang kakaknya dengan serius . "kalau ada apa - apa , call Rizz terus . make sure handphone dedua bateri full . lepastu bawa powerbank sekali , pb pun kena full bateri" .

Riyana cuma ketawa perlahan "baiklah Inspektor Ariq , akan ku turuti perintah mu yitu . Aigoo risau betul dia ea" kata Riyana sambil mengelus rambut Ariq .

"Ishhhhh akak jangan la , kacau dah rambut Rizz . " kata Ariq sambil menunjukkan mukanya yang sebal kerana kelakuan kakaknya itu.

"Alah , kamu tu milik Cik Nur Afira je .. kacak kacak nak pergi mana ha ?? akak ni betul la , single mingle je syedih hidup sob sob TT" kata Riyana sambil membuat mimik sedih

Ariq memandang ke arah kakaknya "akak single sebab pilihan akak , ramai je nak dekat akak tapi akak tolak .. why ea ? Rizz selama hidup 25 tahun ni , tak pernah lagi Rizz tengok akak in relationship ." berkerut dahinya yelah kalau perempuan lain dah kalut ribut bila umur almost 30 dan masih tak kawin lagi tapi kakaknya ini !? sedangkan kawin , calon pun takde lagi . steady amat . umi pun dah penat berleter dekat si Riyana ni . dan alasannya adalah :-

"tenang la , jodoh ajal maut kan semua kat tangan Tuhan . nak risau apanya , lagipun akak pun slow slow untuk jadi future isteri mithali untuk bakal shuben akak . so Rizz , chill . jangan gelabah sangat" bilang si kakak sambil mencicip secawan teh dengan muka tenang padahal .. hanya dia dan Allah SWT sahaja tau apa yang betul betul terkandung dalam hatinya .

"memang semua tu dah diaturkan tetapi akak kena ingat , kita boleh ubah takdir kita kecuali ajal dan masa .. so , if dah ada yang berkenan kat hati tu pergi la cuba cuba usha sikit .. nanti melepas kang pujaan hati haa" ujar Ariq lalu bangun dari kerusi dan membawa pinggan serta cawan nya yang kotor itu ke sinki lalu membilasnya .

"memang dah nak jadi milik orang dahpun .. haih.." gumam Riyana perlahan sambil menghela nafas perlahan . Sesakit itu one sided love , yang tak pernah Riyana bagitau sesiapa kecuali kawan baiknya yang telah mereka lost contact selepas spm . Sedih dan perit tapi itulah hidup , hanya mampu ditutupi dengan sebuah senyuman yang terukir di bibir untuk menandakan ia baik - baik sahaja walhal isi hatinya tiada yang tau .

"oi akak , jauh beno termenungnya . fikir apa ha?" Tegur Ariq sambil mengelap tangannya dengan kain pengelap yang  tergantung di tepi sinki .

"fikir .. kawan - kawan baik akak .. apa khabar dorang eh ? rindu la 😢" kata Riyana sedih sambil menunjukkan mimik muka yang sememangnya sedih .

"em akak tak cuba cari kat ig , twitter or fb ke ?"

"dah cari tapi tak jumpa sob sob sob"

"em ada jodoh jumpa juga , Rizz pergi dulu tau . ingat pesan Rizz tu" kata Ariq sambil membetulkan uniform nya .

"baikkkkkkk adikkk sayanggggg , hati hati " ujar Riyana sambil memandang tubuh tegap adiknya yitu .

Ariq cuma mengangguk perlahan sambil menuju ke pintu utama , sambil mengambil kunci kereta kemudian ia berkerut "Akak Riya nak bawak kete mana ea ? dia takde cakap lak . ah bawak motor je la" katanya sambil menukar kunci kereta ke kunci motor miliknya lalu menunggang motosikal miliknya .

UNSTOPPABLE  DESTINY ✨🖤🤍Where stories live. Discover now