-015-

15 3 0
                                        

"assalamualaikum umi .." Ariq mengangkat panggilan telefon dari Puan Ariza . Aneh ni , memalam camni call lagi .

"Wa'alaikummusalam Rizz .. umi nak cakap sikit ." Ujar Puan Ariza tegas .
Ariq berkerut mendengar nada Puan Ariza yang agak lain . Apekes ni ?

"Cakap pasal apa umi ?" Tanya Ariq tenang namun agak sedikit pelik . Tetiba takde angin ribut .. entah - entah umi dah tau pasal dia dah kawin ?

"Rizz dengar tak umi cakap ni ?" Ujar Puan Ariza apabila tiada sahutan dari anak lelakinya itu . Ariq terpinga-pinga . Uminya cakap apa ?

"Umi cakap apa ? Rizz tak dengar .. line prob.." tipunya .
"Rizz , nanti bila umi dengan walid pulang dari umrah ..majlis nikah kamu dengan fira kita percepatkan eh ? Lagi cepat lagi bagus , umi tak suka la kamu dengan dia asyik keluar berdua je , mengundang fitnah nanti .."

"Umi cakap apa ni ? Rizz dengan dia asyik keluar ?"
"Ibu Fira sendiri call umi cakap yang Fira sekarang suka keluar lepastu memalam pun still keluar lagi . Bila ibu Fira tanya keluar dengan siapa , Fira cakap keluar dengan Rizz ."

"Umi .. bila ibu Fira call ? Semalam pun Fira keluar juga ke ?" Tanya Ariq setenangnya .
"Lah tanya umi pula . Kamu kan yang ajak dia keluar ? Umi tau itu tunang kamu tapi ingat masih ada batasnya ."

"Umi  ..Rizz ada kat rumah maktok ..lagipun Fira selalu bagitau dekat Rizz yang dia selalu busy . Kitaorang pun 3 bulan je sekali jumpa , tang mana nya Rizz ajak dia keluar ?"
Puan. Ariza terdiam mendengar penjelasan Ariq .

"Jadi Fira tak keluar dengan Rizz pun ?"
"Ye umi..mungkin dia keluar dengan kawan dia ."
"Betul ni bukan Rizz yang ajak dia keluar ?"

"Umi lagi percayakan anak orang lain dari anak sendiri ?"
"Hmm ..umi minta maaf .. tapi .. Rizz takde nak bagitau umi apa-apa ??" Tanya Puan Ariza .

"Bagitau apa ?"
"Takde apa .. umi tutup dulu .. assalamualaikum ." Ucap Puan Ariza lalu dimatikan panggilan itu tanpa Ariq sempat membalas . Nadanya ada sedikit kecewa dan marah .

                                 🌻

Oleh disebabkan hal itulah , Ariq sudah berada di bandar dan menunggu kedatangan seseorang pada waktu tengah hari begini .

Ia menunggu dan tetap menunggu meskipun jam sudah menunjukkan pukul 2 . Dari pukul 1 lagi ia menunggu seseorang itu . Sudah diberitahu ingin berjumpa tapi hanya di baca .

"Haihhhhh , ada juga yang mengamuk jap lagi . Dah la aku chat seen je ." Ujar Ariq kegeraman .
"Abang maaf lambat .. Fira baru habis kelas .." ujarnya dengan tercungap-cungap .

Timbul rasa kesian pula pada si Fira , Ariq memanggil pelayan disitu untuk memesan minuman dan makanan . 
Ariq biarkan Fira mengambil nafas terlebih dahulu .

"Abang nak cakap sikit dengan Fira ." Ujarnya dengan sedikit serius . Fira memandang tunangnya itu . Nak kawin dah ke ??

"Nak cakap pasal ape bang ?" Tanyanya lembut . Ariq memejam mata . Perempuan selembut ni suka keluar malam ? Betul ke ?

"Em takde la .. abang teringin nak jumpa Fira .. tu je .." ujar Ariq . Iyela dah berkahwin tapi hatinya masih sayangkan Fira . Senyuman manis Fira hadiahkan untuk Ariq .

"Ingatkan apa la tadi .. abang ni buat Fira cemas je .." ujarnya dengan gelakkkan yang perlahan . Ayu sangat dengan hitam manisnya . Betulla orang indon cakap , nggak ada yang jelek di mata lelaki yang serius . Satu lagi , nggak ada lelaki yang miskin pada wanita yang tulus .

"Hey orang tengah bercakap boleh pula dia termenung ." Ujar Fira dengan sengihan .
"Fikir apa ha ? Fira nampak cantik ke kat mata abang ?"

Ariq tersenyum dengan satu anggukan . Memang betul Fira agak cantik dengan hitam manisnya .
"Fira order air je ? Makan taknak ?" Ujar Ariq dengan kerutan di dahi .

Fira menggeleng . Dia tau yang tunangnya ini agak sedikit demand . Tetapi masih lagi ingin bertanya .
"Fira boleh datang kejap je ni bang .. kawan menunggu pukul 3 nanti nak exam" ucap Fira .

"Nak abang hantarkan ?" Tanya Ariq prihatin . Fira menggeleng .
"Takpe takpe , Fira datang sini pun dengan kawan tadi . Lepastu kawan pergi mana entah .."

"Laki ke perempuan ?"
"Perempuan . " Ujar Fira .
Ariq mengangguk perlahan . Tapi kepercayaan agak sedikit goyah dengan Fira lepas apa yang terjadi .

"Fira , abang nak cakap ... Kalau Fira dah tak suka abang , bagitau awal-awal .. tau ?" Ujar Ariq lembut . Tapi mampu membuat  hati Fira berdebar kegelisahan .

"Em Fira nak ke tandas jap eh" pamit Fira dengan sopan santun lalu berdiri dan meninggalkan Ariq bersendirian . Ariq hanya menganggukkan kepalanya sebagai balasan .

                                  🌻

Hani tergesa-gesa keluar dari tandas lalu tanpa sengaja ia terlanggar seorang perempuan .
"Eh maaf maaf.." ucap Hani serba salah lalu ia terpandang wajah manis di hadapannya . Cantiknya hitam manis dia dengan bertudung labuh .

Wanita ni nampak ayu mungkin dia tak mara-..
"Bodoh ! Kau letak kat mana ha mata kau ?!Sialla"  Ujar perempuan tersebut dengan nada yang sangat kasar .

Hani terkebil . Perempuan ini . Di hadapannya ini . Bertudung labuh ini . Baru saja mencarut kepada dirinya ? Hani blank .

"Ergh . Harap muka je cantik tapi mata tu takleh pakai ." Ujar lagi perempuan tersebut lalu masuk ke dalam tandas tersebut .

"Aku baru puji dia cantik .. takpe kut tarik balik ." Gumamnya perlahan tetapi ia terlupa mau mengambil handbegnya di dalam tandas . Ia masuk dalam tandas yang telah dimasukinya , dan menutup pintu untuk mengambil beg di belakang pintu .

"Weh . Hensemnya mamat tu . Siapa tu ?"
"Em abang angkat ."
"Hensem sia abang angkat kau . Pass kat aku la ."
"Taknak . Dia suka aku sorang je ."
"Ceh . Mazli kau nak , abang angkat kau tu pun kau nak rembat juga ea ?Hensem mamat tu lagi dari Mazli .."
"Hm .. memang la tapi Mazli tu buat aku tak keruan .. you know what i mean right .."
"Iyela , kalau tak takde maknanya nak check in tiap malam"

Hani yang berada dalam tandas ingin keluar tetapi terdengar perbualan dua orang gadis . Bukan kerana ingin mendengar topik yang dibualkan tetapi suara salah seorang dari mereka itu seperti ia kenali . Tambahan pula suara yang mengatakan ia cantik tapi mata takleh pakai pun ada .

"Fira , aku keluar dulu tau . Nak usha kau punya abang angkat ehehe ."
"Tak boleh . Dia tu hak milik aku je . Usha laki lain ."
"Alaaa yela yela .."

Oh . Fira namanya . Cantik tapi kurang ajar . Ish geram aku , jumpa lagi aku nak lenyek dia dengan kuali . Ujar Hani dalam hati .

Diam sejenak kemudian telefon seseorang berdering .
"Hello bang Rizz ? Ha ? Ada emergancy ? Kena balik awal ? Oo okey okey .. hehe baik encik tunangku . Abang pun hati - hati la ye .."

Kejap . Adakah abang angkat yang dimaksudkan adalah tunangnya ?Kalau betul , kesiannya tunang dianggap abang angkat oleh tunang sendiri ish ish .

UNSTOPPABLE  DESTINY ✨🖤🤍Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang