Di tengahari yang panas membahang , terdapat seorang figura perempuan yang sedang mengipas mukanya kerana dek panas yang terasa .
"uwahhhhh , camne boleh bocor lak tayar ni .. lepasni dah la ada meeting dengan client , daddy help me" ujar Hani sambil tengok phone dia yang dah mati .
"uwah powerbank tertinggal kat office tadi , ya ampun dah la tengah lapar sekarang ni" membebel lagi si Hani ni
"aku nak tukar tayar ni pun tak reti sebab phone mati aduhhhhhh" Hani memandang phone dan tayar dia bersilih ganti . "dah la takde orang lalu lalang kat sini , masak la kau Hani . Nak sangat guna jalan lama . ha kau yang merana sekarang . " ujar Hani perlahan .
Dalam beberapa minit terdapat sebuah motor polis rondaan , lalu berhenti di tepi kereta Hani .
"kenapa ni cik ?" tanya bang polis itu sambil menanggalkan helmet yang dipakainya .
"em tayar kereta saya pancit .." ujar Hani "..encik boleh tolong saya ?" tanya Hani sambil memerhati name tag pada uniform lelaki itu. Haqeem. kacak tapi creepy . Well sometimes kita boleh dapat rasa aura someone kan ? Hopefully jejaka ini tak seperti yang diperkatakan .
Haqeem turun dari motosikal nya lalu pergi ke bahagian tayar kereta Hani yang pancit dan duduk melutut di depan tayar itu sambil menanggalkan sarung tangan hitam yang dipakainya .
"..bol.." tetiba Haqeem punya walkietalkie berbunyi "inspektor Haqeem sila periksa jalan tuttt tuttt yang disebut kerana ada kes kemalangan dan tolong kawal selia lalu lintas pada jalan raya tersebut." ujar walkietalkie tersebut .
"kacau daun betul . " ujar Haqeem perlahan dengan kegeraman . Lalu ia pun membalas pesanan yang diterima nya sambil berdiri .
''cik dah call sape sape kat sini ? bahaya tinggal cik sorang sorang kat sini . " ujar Haqeem prihatin sambil memandang ke arah Hani . "cantik' desis Haqeem dalam hati .
"em kebetulan phone saya dah habis bateri , em dan powerbank saya tertinggal kat office .. so yeah" ujar Hani dengan senyum kekok sebab polis di depannya memang betul creepy lol .
"awak nak guna phone saya dulu ?" tanya Haqeem sambil mengeluarkan phone dari poket seluarnya .
Hani sebenarnya ragu - ragu dengan Haqeem , tapi apakan daya nak taknak dia kena juga minta pertolongan Haqeem . Kalau tak , sampai tahun depan pun tersekat kat situ lagi .
"em bole la.." ujar Hani perlahan sambil mengambil phone yang diberi Haqeem .
Haqeem cuma tersenyum sambil melihat Hani . Usai siap call -siapa-yang-patut-bertanggungjawab-terhadap-kereta-dan-dirinya-itu , Hani memberikan phone itu kepada Haqeem .
"terima kasih encik .." kata Hani sambil menundukkan kepala sedikit .
"em can u left your number phone ? manatau kita boleh pergi minum sekali ke or do u need more help ke ?" damn . sudah diagak oleh Hani maka ..
"dah , saya dah tinggalkan nombor phone saya kat encik" ujarnya dengan senyuman yang penuh makna .
Haqeem tersenyum riang "gatal juga awak ni kan ?" kata Haqeem sambil mengerling Hani penuh makna .
Okay , this time memang aura creeepy menyelubungi . Dari pandangan Haqeem , dia perhatikan je Hani tanpa berkelip .
Dan ketika itu , ada sebuah lagi penunggang motosikal superbike yang beruniform polis melalui di kawasan mereka . Setelah melihat rakan setugasnya , ia pun memberhentikan motosikalnya .
"kenapa ni ?" ujar penunggang tu kearah Hani & Haqeem . Penunggang tu melihat sisi kereta Hani .
Haqeem terus buat muka menyampah . Musuhnya . Tak kira di balai mahupun di luar balai . Dari awal perkenalan sehingga sekarang dia tak suka kehadiran lelaki itu . Lagi tepat , kewujudan lelaki itu .
Walkietalkie milik Haqeem berbunyi lagi dan lelaki itu tau yang Haqeem dalam keadaan tergesa .
"Qeem , takpe la kau pergi la jaga trafik light sana .. aku tolong dia kejap .." kata lelaki tadi sambil memberhentikan motornya di bahu jalan dan turun dari motornya .
Haqeem kegeraman kerana dia dapat merasakan si lelaki ini ingin merampas hak miliknya lol sedangkan dia tau lelaki ini sudah berpunya . lol .
"boleh buka bonet kereta cik ? saya nak amik tayar spare kat belakang " ujar lelaki itu sambil bergerak ke bonet kereta milik Hani .
Hani terdiam kerana sesungguhnya , sekacak Haqeem ada lagi yang lebih kacak daripada Haqeem . Hani membuka bonet keretanya sambil memerhatikan gerak geri lelaki tersebut .
"ehem , saya minta diri dulu ya .. awak hati-hati tau dengan dia ." kata Haqeem sambil memakai topi keledar dan menaiki motornya .
"eh ha ye baiklah ..terima kasih encik" hampir terlupa yang bahawa Haqeem masih belum pergi , lalu ia memberikan pandangan kearah sambil menunduk perlahan sehingga Haqeem hilang dari pandangan .
"fuh .." Hani mengeluh perlahan lalu pandang kearah lelaki yang masih lagi tekun menukar tayar keretanya . Okay this man really tekun ma , menukar tayar .
Hani pun intai - intai sedikit name tag yang dipakai lelaki tersebut . Ariq . UWAH KACAKNYA DEMO . dalam 2 3 minit je tayar keretanya sudah siap ditukar kepada yang lebih elok .
"lain kali , kalau nak lalu jalan sini bawa teman . bahaya . kat sini takde orang lalu lalang ." ujar Ariq sambil tunduk memakai sarung tangannya .
Sesungguhnya perempuan di hadapannya ini cukup membuat hati dia bergetar akan tetapi ditepisnya kerana dia sudah mempunyai kekasih hati .
"em terima kasih encik ..."
"Ariq . sama - sama . Saya minta diri dulu ." kata Ariq sambil menunduk kerana MAIGOD THIS LADY REALLY SEXY MA , patut la si Haqeem pandang tak lepas . Memang type si Haqeem tu .
"eh ha okay okay..hati - hati .." kata Hani dengan agak sedikit aneh , kenapa mamat ni taknak tengok muka aku eh ? cair dah ke makeup yang aku pakai ni ? or hodoh sangat kah aku yini ?
Ariq agak tersentak dengan ucapan terakhir Hani , selain umi dengan Alisa .. Hani orang ketiga yang mengucapkan perkataan tu . Ariq terus menaiki motor dan meninggalkan Hani yang terpinga - pinga .
"aku .. ada buat salah ke dekat mamat ni ??" makin berkerut si Hani .
"ingat cik tunang , Ariq Rizzwan . Wahai hati tolong jangan buat macamni . aku harap ni first n last aku jumpa dia ." ujar Ariq dalam hati sambil membawa motor dan .. membawa hati yang sedang berdegup kencang . aish .
🌻
Setelah selesai meeting dengan client tadi , Hani terus meluru kearah bilik office kawan baiknya .
"ca . muka aku hodoh sangat ke ?" tanya Hani dengan muka yang agak sedikit geram .
"haah" dengan tenangnya si Syasya menjawab .
"ish betul betul la ." berkerut Hani .
"lah , jawapan paling jujur dah tu aku jawab . manada aku tipu kau ." ucap Syasya sambil mengoles gincu di bibirnya .
Hani diam dan terus monyok . "patut la polis tu taknak tengok muka aku . hodoh juga aku ni ."
Syasya berkerut mendengar keluhan Hani . "eh ? kau kenapa ni perempuan? biasanya kau yang level confident rasa paling cantik tinggi melangit tetiba harini monyok lak ."
"uwahhhhhh , aku dah tak cantik ."
"tak payah nak merepek lah ish . meh story mory dengan aku . cepat cepat ." kata Syasya sambil menumpukan perhatian nya terhadap Hani .
Makaaaaaaa bermula la sesi bawang membawang antara mereka berdua .
ANDA SEDANG MEMBACA
UNSTOPPABLE DESTINY ✨🖤🤍
Ficción GeneralBertunang dengan orang lain , Berkahwin dengan orang lain ?! The most ridiculous story for Syed Ariq Rizzwan tapi semua itu kehendak Ilahi , setiap pertemuan ada hikmahnya tersendiri . ------------------------------------------------------- "kenapa...
