5:45 petang . Namun Firdaus masih setia menunggu .. aip bukan Tan Sri Kamal tetapi menunggu Syasya Nadira . Ye . Anak - anak , bertukar priority dah pekerjaan si Firdaus ni . Bukan untuk Tan Sri Kamal tapi untuk Syasya Nadira .
Sedang ia menunggu kemunculan Syasya , matanya tertancap pada seseorang .
"Dia buat apa kat sini ? Ada scandal kat sini juga ke ?" Gumam Firdaus perlahan .
Dalam beberapa minit kemudian , seseorang itu turun bersama Syasya sambil berpelukan . Firdaus tergamam .
"What de .. apa hubungan dorang ? Mesra semacam je ." Ujar Firdaus tak sedap hati plus agak sakit hati juga la .
"Entah-entah dorang .. eh takkan la .. haish . Tapi apa hubungan dorang eh .." Ujar Firdaus dengan penasaran yang menggunung .
"Ish balik tak bagitau . Tiba-tiba je muncul depan mata ." Ujar Syasya sambil memeluk mesra pinggang orang tersebut .
"Kalau bagitau tak surprise la .. fokus kerja sampai tak sedar pukul berapa ea ? Merajuk la camni , cakap nak jemput kat airport . Alih-alih kita lak yang kena amik dia ." Ujar orang tersebut bernada jauh hati .
Syasya ketawa kecil . Eee cam budak kecik .
"Manja la . Gedik . Nak makan apa ? I belanja u makan" ujar Syasya dengan sengihan .
"Pandai ea pancing i ? Gigit kang ni" ujar lagi lelaki tersebut .
Syasya ketawa kecil dan terpandang kereta Tan Sri Kamal yang dipandu Firdaus . Syasya berhenti sejenak . Terkejut . Namun kereta yang dipandu Firdaus terus melulu pergi dari situ .
"Why dear ? Are you okay ?" Tanya si lelaki di sebelahnya dengan melilau melihat sekeliling . Takde orang sangat pun , kenapa wanita disebelahnya ini seperti terkejut melihat sesuatu . ?
Syasya menggeleng perlahan lalu tersenyum manis kearah lelaki disebelah nya itu .
"Takde apa pun .. shall we ?" Ajak Syasya manis . Lelaki tersebut mengikuti langkah Syasya dengan anggukan .
🌻
Hani berlari kecil mendapatkan MakNah yang masih bertelekung sambil membawa Al-Quran di tangan .
"Maknaaahhhhh , hehehe" Maknah menggeleng perlahan melihat kelakuan Hani yang seperti anak kecil .
"Maknah baru nak naik atas .." ujarnya . Hani terus menggeleng-geleng kepalanya sebagai bantahan .
"Nooo , biar Hani yang turun bawah ehehehe . Anak murid yang kena cari guru , bukan guru yang cari anak murid kan kan" ujar Hani dengan sengihan .
Maknah tersenyum . Pandai Tan Sri dan arwah Puan Sri didik anak tunggalnya ini . Baik sangat . Layan orang tua pun baik-baik . Meskipun dia hanyalah pembantu rumah di rumah tersebut tetapi mereka tak pernah menganggapnya sebagai pembantu rumah .
"Kita belajar kat ruang tamu ni je boleh MakNah ? Kesian pula kat MakNah kalau nak pergi bilik MakNah .. daddy cakap MakNah sakit lutut.." ujar Hani prihatin sambil memegang tangan Maknah . Nampak la MakNah macam menahan sakit di lututnya itu .
"Itula .. dah tua kan , biasa la ni .. " kata MakNah sambil duduk di samping Hani .
"Eh MakNah duk atas la , Hani duk bawah .. takpe Hani faham yang MakNah takleh nak duduk bersimpuh macam biasa .."
MakNah mengangguk untuk mengiyakan semua yang dikata Hani . Memang betul apa yang dikatakan anak majikannya ini , cara solat sekarang ni pun guna kerusi kerana tak boleh berdiri macam biasa dah .
🌻
Manakala di kediaman Syed Malek pula ..
"Eh bang Rizz ? Kata balik esok ?" Tanya Alia melihat kemunculan sosok abangnya itu .
"Tak jadi , ada hal tadi lepastu ngam ngam kena undercover kat bandar ." Ujarnya tenang lalu mengambil tempat di sebelah Alia .
ANDA SEDANG MEMBACA
UNSTOPPABLE DESTINY ✨🖤🤍
General FictionBertunang dengan orang lain , Berkahwin dengan orang lain ?! The most ridiculous story for Syed Ariq Rizzwan tapi semua itu kehendak Ilahi , setiap pertemuan ada hikmahnya tersendiri . ------------------------------------------------------- "kenapa...
