"sakitnya luar dalam lukai hatiku ooohh sakit sakit sekali , sakit luar dalam menusuk hatiku~~"
Nyanyi riang si pemandu tanpa menghiraukan penumpang di sebelahnya yang nyenyak tidur .
"Alahai kete ni main masa lak ."
"Slow sikit Hani Humairah , speed track kan ni"
Tegur si penumpang sebelah , Hani hanya menarik muncung . Encik Polis kita dah awakeee laaaa .
"Tahu kaya tapi kaya tu boleh beli nyawa ke ?"
Hani hanya menggeleng . Betul . Kalau saman memang boleh bayar , kalau eksiden ? Mati anak orang macam mana ?
"Hm ? You didn't answer me ?" Tanya Ariq lembut . Merajuk pulak budak ni . Alahai .
Hani hanya diam dan mematuh peraturan yang ditetapkan di jalan raya .
Ariq mengusap kepala Hani lembut .
"Tegur tanda sayang"
Hani sembunyikan senyumannya lalu mengerling kearah Ariq yang sememangnya sudah tertumpu kepadanya .
"Sayang ke ?"
Ariq angkat bahu lalu menyilangkan tangan serta memejamkan matanya . Hani mencebik . Jual mahal lak mamat ni . Eyyyy .
"Just to let you know , i wont bear to lose you ." Ucapnya tenang namun mampu membuatkan hati Hani marathon setelah mendengar ucapan dari Ariq .
Ariq cuma tersenyum sambil memejamkan matanya .
🌻
"Assalamualaikum" Riyana memasuki rumah dengan kaki kanannya , pukul 2 pagi . Baru sampai rumah . Mesti dorang semua dah tidur ni .
Riyana menutup pintu perlahan-lahan tak mahu menggangu seisi dalam rumah itu tersedar dek angkara dirinya .
Riyana menyangkut anak kunci kereta di tempat yang telah disediakan . Ia meregangkan otot-otot lehernya . Uh . Letih mat .
"Kakak ? Tak tidur sana ke ? Astaghfirullah budak ni , bahaya la drive lewat malam macamni"
"Eh ? Umi tak tidur lagi ?
"Tak .. turun minum air , air kat bilik dah habis .. kenapa tak stay sana je Riya ? bahaya la anak umi ni drive dari sini sampai ke sana lepastu balik sini ..awak tu perempuan , tak elok tau drive
memalam macamni" tegur berbaur nasihat diberikan kepada anak perempuan sulungnya .
"hehehe , sokay la umiii .. dah biasa dah , lagipun Riya settlekan apa yang patut kejap je lepastu Riya balik la heheheh"
Ariza hanya menggelengkan kepalanya . Macam-macam lah anak daranya yang sorang ni lah .
"Riya naik dulu tau umi , selamat malam umi" ucap si anak dara terus mencicit naik ke bilik . Ariza hanya menggelengkan kepalanya . Anak oh anak .
Riyana memasukki biliknya lalu menutup pintu secara perlahan . Fuh berdebar , umi takpe lagi . Kalau walidnya , jangan harap la boleh masuk bilik dahni .
Ia melabuhkan punggungnya di atas katil . Yes . Arissa Riyana dah buat kerja gila . Masih tak menyangka ia membuat keputusan sebegitu .
Baru saja ia ingin melelapkan matanya , telefon pintarnya berdering . Aik ? Siapa pula call dia memalam macamni ?
Ia mengambil telefonnya dengan kerutan di dahi .
"Hello , assalamualaikum ."
" Wa'alaikummussalam , ye bang . Kenapa call Rissa memalam macamni ?"
ANDA SEDANG MEMBACA
UNSTOPPABLE DESTINY ✨🖤🤍
General FictionBertunang dengan orang lain , Berkahwin dengan orang lain ?! The most ridiculous story for Syed Ariq Rizzwan tapi semua itu kehendak Ilahi , setiap pertemuan ada hikmahnya tersendiri . ------------------------------------------------------- "kenapa...
