-008-

14 3 0
                                        

Hani terdiam dan Ariq terkedu pabila mereka tidak diberikan pilihan samada untuk berkahwin ataupun mahu membayar denda .

Hani memandang Ariq yang sememangnya sedang kusut.
"awak .." panggil Hani perlahan .
"ya ?"
"how ? kita ?"

"maktok suruh kita kawin .. "
Ariq menghela nafas berat dan panjang sambil melihat cincin di tangannya .

"entah la ..saya dah tak boleh nak fikir apa-apa dah .." ujar Ariq perlahan .
"Ariq .. bagi saya peluang ? untuk bahagiakan awak ?" ujar Hani yang sememangnya ikhlas .

"apa maksud awak ? kita bahkan tak kenal antara each other"
"macam yang saya cakap sebelumni , saya memang dah suka awak tapi tula .. awak dah berpunya .." ujar Hani perlahan .

Ariq menghela nafas panjang .
"Situasi sekarang ni sangat-sangat sulit buat saya .. saya memang nak bertanggungjawab atas kejadian ni tapi at the same time saya perlu hadapi masalah lain .." kata Ariq yang sedang kusut .

Hajjah Maryam hanya terdiam kerana ia tau cucu kesayangan nya ini bukanlah seperti sangkaan orang lain akan tetapi sesungguhnya pihak tidak menyebelahi mereka tetapi..jika Ariq setuju mengahwini Hani , maka dia orang yang paling gembira .

"macam mana kalau si perempuan ni mengandung ?" ujar tok imam disitu sambil melihat kearah Ariq dan Hani .
"saya tak buat apa-apa pun keatas dia.. saya betul-betul baru sampai ke sini .." ujar Ariq yang seperti agak terganggu dan kusut .

"kami boleh la kamu tipu , tapi Allah SWT Maha Melihat dan Maha Mengetahui . " ujar pemuda lain pula .

"menuduh tanpa bukti yang jelas dan kukuh pun berdosa .. imam dan yang lain menuduh berdasarkan apa yang dilihat dengan mata kasar .. itu pun salah .. maafla , saya bukannya nak kurang ajar atau apa .." ujar Ariq tegas .

"macamni la .. kitaorang setuju untuk bayar denda .. " ujar Hani sambil melihat tok imam di depannya . Ariq terkedu .

"how about you ? are you okay about this ?" soal Ariq prihatin kerana maruahnya dan maruah seorang wanita yang masih lagi suci tapi difitnah sebegini rupa .

Hani mengangguk perlahan sambil senyum melihat kearah Ariq .
"Saya hormati keputusan awak lagipun saya taknak awak rasa terbeban .." ujar Hani .

Ariq terdiam dan menghela nafas perlahan .
"saya akan bertanggungjawab .. awak perempuan.. the impact are too big for you .." ujar Ariq

Hani terkebil dengan pernyataan Ariq . Like seriously ? Betul ke ni ?

"How about your girlfriend?" Hani berbisik dengan Ariq dan Ariq dengan tenang menjawab .

"Itu biar saya settle sendiri . Takyah fikir pasal hal lain ." Hani terdiam melihat Ariq yang agak serius dengan apa yang terjadi .

"Jadi Rizz akan memperisterikan Hani ?" Tanya maktok melihat muka tenang Ariq . Ia mengagguk perlahan lalu memandang Hajjah Maryam .

"Lagipun ini semua ada salahnya Rizz juga . Jadi Rizz akan bertanggungjawab terhadap kesalahan yang telah Rizz buat." Ujarnya yang kelihatan tenang tetapi di dalam hati ia tau akan ada pelbagai ujian yang menanti.

Hani terkebil . "Ariq awak yakin ke dengan keputusan awak ni ? Ariq kita boleh selesaikan hal ni dengan duit ." Hani perlahan je membisik kepada Ariq .

"Tak semua masalah boleh diselesaikan dengan cara macamtu . Tambahan pula ini melibatkan tentang maruah ."

"Tapi tapi ..saya banyak kurangnya ..saya takut saya tak mampu nak jadi isteri yang terbaik untuk awak ." Hani menunduk kerana sedar diri yang dia sememangnya tidak layak buat Ariq yang sesungguhnya sempurna dimatanya .

"Saya pun tak baik mana .. sama seperti awak juga , banyak kekurangan yang ada dalam diri ni .. tapi perkahwinan itu panjang , ada banyak masa untuk berubah dan cuba berubah kearah kebaikan itu tak salah .." ujar Ariq tenang .

Entah dari mana sumber ketenangan dan kekuatan untuk dia utarakan begitu kepada Hani tapi ia tau jika masalah ini diselesaikan dengan gelisah , kemarahan..takkan jadi apa pun..

"S-saya .. terima .. saya terima awak untuk jadi pembimbing saya dunia akhirat .. saya terima untuk diperiisterikan oleh awak.." ujar Hani dengan penuh getaran di dada .

Dia menyukai insan di depan ini tapi dengan takdir dan izin Tuhan , insan di hadapan ini bakal menjadi sang suaminya . Dalam sekelip mata .

Ariq cuma tersenyum tawar dan menelan air liur yang sesungguhnya begitu pahit baginya . Dia redha dan ikhlas atas apa yang terjadi tetapi masih agak berat baginya menerima seseorang dalam hidupnya . Bukan sekadar teman namun sebagai seorang isteri .

"Kita boleh proceed sekarang tapi ayah pemgantin perempuan ada lagi ?  Pengantin perempuan perlu ada wali.." ujar Tok imam .

Hani memandang Ariq dan Hajjah Maryam . 
"Daddy .. ada outstation .. saya call kejap ye .." ujar Hani dalam gelisah dan takut . Satu-satunya keluarga yang dia sayang , macam mana reaksi daddy bila anak perempuan tunggalnya ini mau berkahwin tapi dengan cara begini .

Usai sudah menelefon daddynya , Hani duduk bersebelahan Hajjah Maryam dengan perasaan gelisah .

"Macam mana ? Dapat call tak?" Tanya Hajjah Maryam prihatin . Ia tau kegelisahan yang ditunjukkan oleh Hani ada sesuatu yang tidak kena .

"Dapat ... Tapi .. daddy marah..sangat" ujar Hani perlahan tapi didengari oleh Ariq .
"Saya ada dengan awak .. kita cuba slowtalk dengan daddy awak ye .."

Dalam menunggu kehadiran Tan Sri Kamal , Hani sempat dipersiapkan oleh Hajjah Maryam . Hani mengenakan kebaya putih yang pernah dipakai Hajjah Maryam tika dahulu .

"Cantiknya Mairah bila bertudung camni .. nampak ayu sangat .. manis ..mesti mommy Mairah cantik cam Mairah kan ?" Ujar Hajjah Maryam sambil menilik wajah manis Hani di pantulan cermin .

"Maktok ni .. dari first Mairah sampai sini .. sampai sekarang maktok tak habis habis puji Mairah .. maktok nak apa ? Nak kfc ? Nak Range Rover ? Nak kondominium?" Ujar Hani sambil ketawa kecil .

"Eh kamu ni , maktok taknak pun semua tu . Impian maktok dah tercapai ." Kata Hajjah Maryam sambil menepuk kedua bahu Hani lalu menandang Hani lurus di pantulan cermin .

Hani berkerut . Impian ? Apa ?
Tak sempat Hani ingin bertanya dengan lebih lanjut , mereka berdua dikejutkan dengan panggilan Ariq yang mengatakan bahawa Tan Sri Kamal sudah sampai .

Hani merasa sangat gugup dan gelisah pabila Ariq mengatakan bahawa daddynya sudah berada di sini . Dan pelbagai ekspektasi yang ditimbulkan dalam fikirannya . Seperti , mungkin akan ditampar oleh daddy nya ? Atau mungkin lebih teruk ?

Hajjah Maryam seperti mengetahui dan memahami Hani , maka perlahan lahan ia mengambil tangan sejuk Hani lalu tersenyum .
"Jom ."
Hani terkebil lalu memandang Hajjah Maryam . Salah satu kekuatan yang ia ada untuk menghadapi realiti ini .

"Baiklah , kita mulakan ye" ujar Tok imam diiringi yang lain .

Pada malam ini , ketika ini . Semuanya berubah , dari stranger kini menjadi sepasang suami isteri yang ditakdirkan bersama tanpa dirancang .

UNSTOPPABLE  DESTINY ✨🖤🤍Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang