-011-

12 3 1
                                    

Hani meraba - raba phone di tepi bantal lalu bila dah terasa phone nya , ia ambil dan didekatkan ke muka tetapi ia berkerut kerana phone itu tak dapat detect mukanya .

"Eh kenapa tak detect lak ni .. eh ?" Makin berkerut lapisan di tengah dahi bila ia ternampak wallpaper di phone itu .

"Since when aku letak gambar perempuan lain ni ? Bertudung lepastu pakaian cam kawin ni ?" Ia bangun duduk lalu berfikir sejenak . Ia terkebil kebil melihat sekeliling .

"Rumah maktok dan .... -"
Ariq masuk dalam bilik sambil membetulkan kain pelikatnya .
"Eh bangun dah ?"
"Ariq ?"
"Ye ?"

Hani makin berkerut . Mimpi ke ni ? Crush aku kan ni ? Dia buat apa kat sini ? Aku kat mana ? Aku buat apa kat sini ?

"Why ? Lupa ke yang saya ni suami awak ?" Tanya Ariq pabila tengok Hani seperti pening lalat . Ish ish muda lagi dah lupa ingatan .

"Haah la ..saya lupa..saya dah kawin .." ucap Hani sambil melihat cincin di jarinya dan phone di tangannya .

"Kenapa phone saya ada kat tangan awak ?"
Hani berkerut kenapa eh tadi dia amik phone ni ? Nak buat apa tadi dengan phone ni ? Lepastu apa jadi ? Ariq ketawa kecil sambil menggelengkan kepalanya melihat Hani begitu kebingungan .

"Em tadi saya ingatkan phone saya..saya nak tengok jam ..tapi awalnya awak mandi ??" Soal Hani melihat muka segar dan rambut basah Ariq . Baju pun bukan baju semalam tu .

"Kan nak solat ? So awal la saya mandi ..awak nak join ? Alang - alang dah bangun ni , jom la solat sekali..nanti takut tak sempat pula" tegur Ariq sambil perati je muka putih bersih Hani . Cantik je tanpa sebarang makeup .

Hani menunduk . Nak tipu ke atau .. jujur je .. em ..
"Saya ... Dah lama tinggal solat .. jadi saya lupa ... Camne nak solat .." kata Hani jujur dengan menunduk malu . Oo depan Ariq malu , depan Tuhan tak malu ooo ..

"Takpe .. saya ajar .. jom ?" Ucap Ariq dengan senyuman . Hani tergamam melihat Ariq . You know some people will judge you but .. him ?
"Ingat lagi basic amik wudhu ?"
Hani menggeleng perlahan .

"Meh saya ajar , kita pergi amik wudhu dulu ye" ucap Ariq lalu diiringi dengan Hani di belakang . Mereka berdua pun keluar dari bilik dan pergi kearah bilik air di dapur , Hani masuk dalam bilik air tu .

"Saya nak gosok gigi kejap boleh ?" Minta Hani dan Ariq mengangguk .
Usai memberus giginya , Hani memanggil Ariq .

"First step .. em awak boleh ikat rambut awak ?" Tanya Ariq .
Hani terkebil . Sepanjang dia bangun tidur tak pernah lagi ia mengikat rambutnya tapi insan Allah SWT sorang ni menyuruhnya mengikat rambut lepas bangun tidur ..

Hani mengangguk lalu keluar sejenak dari bilik air dan kembali dengan rambut yang sudah terikat . Ariq tersenyum , mudah nak ajar sebab mendengar kata .

"Mula mula berkumur tiga kali lepastu ... Haa .. basuh muka tiga kali juga ..basuh tangan sampai kena siku ..semua tiga kali tau .. lepastu basuh dahi .. lepastu basuh telinga ..bagus .. last sekali basuh kaki , gosok - gosok kaki tu , basuh biar sampai kena tapak kaki hingga tumit.. okey dah" Ariq senyum . Okey ni kali keberapa dah dia puji Hani cantik .

"Baca doa ingat ?"
Hani menggeleng lalu Ariq suruh menadah tangan untuk berdoa .

Selesai membaca doa , Ariq mengajak Hani naik ke atas untuk menunaikan solat subuh

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Selesai membaca doa , Ariq mengajak Hani naik ke atas untuk menunaikan solat subuh .

"Takde telekung kan ? Saya minta dengan maktok kejap ye .. "
Hani mengangguk perlahan , kemudian Ariq datang membawa telekung dan sejadah .

"Nah , jangan nampak rambut sehelai pun tau .. " ucap Ariq lalu memperhati Hani memakai telekung .
"Okey .. awak ikut tau ..tapi niat sahaja aku menunaikan solat sunat subuh mengikut imam kerana Allah taala .. yang solat fardhu subuh pun sama tau .. cuma kita solat sunat dulu .. "ujar Ariq dan Hani mengangguk lagi .

Setelah selesai menyempurnakan ibadah wajib yang dituntut oleh Sang Pencipta , Hani menunduk . Tak pernah ia rasa setenang dan senyaman ni setelah mommynya meninggal dunia .

Ariq berpaling memandang Hani lalu menadah tangan untuk mengaminkan bacaan doa yang diikuti oleh Hani . Setelah selesai , Ariq menghulurkan tangan lalu disambut Hani .

                              🌻

Syasya menuruni tangga sambil membawa secawan kopi dan mulutnya terkumat - kamit seperti menyumpah dirinya .

"Ish lembab la kau Syasya , camne la boleh lupa tak amik phone dalam kereta tadi ish ." Sambil turun ia terpandang seseorang .
"Eh ?? Bang pujaan hati la .." ucap Syasya lalu langkahnya ditukar kearah kereta Tan Sri Kamal .

"Selamat pagii~" ucap si periang Syasya . Firdaus terkebil memandang Syasya lalu mengangguk perlahan sebagai sapaan selamat pagi Syasya tadi .

Syasya mencebik . Bukannya tidak tau mamat ni sememangnya berat mulut . Tambahan pula dengan perempuan macam dia . Yang hot dan seksihhhh .

"Lama tak nampak .. baru pulang dari outstation dengan daddy ea ?" Tanya Syasya lagi . Dan jawapan untuk soalan Syasya dari Firdaus adalah anggukan .

Syasya memejam mata untuk memberinya kesabaran dengan lelaki di hadapan yini . Jarang sekali lelaki menolak untuk bercakap dengannya tetapi si Firdaus ni bukan bercakap , tengok pun taknak . Heh . Jual mahal .

"Oh ya alang - alang awak ada dekat sini , saya nak tanya . Mana anak boss awak eh ? Dia ada kat rumah ke ?" Tanya Syasya , jarang sekali Hani Humairah yang kaki bersosial itu tidak on socmed . Sejak petang semalam keghaiban kawannya itu menjadi misteri .

"Dia belum balik lagi .. ada kat rumah su-.." oppps Firdaus .
"Su apa ?"
"Suriana . Dia ada kat rumah Suriana , tidur kat sana ." Balas Firdaus .
"Ohhh suriana anak mama Yani ke ?"
"Haah"

Syasya melihat gerak geri Firdaus yang seperti serba salah . Ia ternampak salah seorang staff lalu memanggil kemari .

"Rini , ingat lagi tak staff yang nama Suriana ?"
"Eh ? Ingat .. tapi staff dah .."
"Dah arwah kan ? Dia sorang je yang nama Suriana kan ??"
"Haah .. kenapa cik Syasya ??"
"Dia ditanam kat Brunei kan ?"
"Iyaa .."
"Okayy awak boleh pergi sekarang"

Rini mengangguk perlahan lalu pergi dari situ .
"You own me an explaination , lagi satu disebabkan kawan saya tu takde harini .. saya nak awak teman saya lunch nanti tauuu .. as denda tipu saya .. okey la bye pujaan hati" ucap Syasya lalu berlalu pergi dari situ .

Firdaus terkebil . Wah ini perempuan .

                                🌻

15 minit telah berlalu namun bayangan Cik Syasya Nadira masih belum kelihatan . Firdaus menunggu je kalau - kalau ada kelibat Syasya namun hampa tiada tanda - tanda kelibat itu muncul .

"Nak naik ke nak tunggu sini ? Ya Tuhan lapar dah aku ni .. kang kalau pergi camtu ada la yang merajuk sampai ke bulan ni .. " Firdaus masih lagi tetap menunggu . Tiba - tiba telefonnya berbunyi . Firdaus berkerut . Private number ?

"Hello ?"
"Haiiii hensemmm , awakk sorry saya tak sempat nak bagitau ..saya tak dapat lunch uwah .. kerja bertimbun anak boss awak ni tangguh .. so saya kena backup semua kerja dia hm .."
"Awak ada teringin nak makan pape?"

"Ada ada .. nak makan nasi kukusss"
"Air ?"
"Nak jus orangeee"
"Okey .."
"Eh taknak la , nak air carrot susu"
"Baik"
"Ehhh taknak la carrot susu em .. ikut awak la nak beli air apa pun , saya minum je"
"Okey baik , assalamualaikum"

Firdaus meletakkan panggilan telefon tersebut tanpa sempat Syasya menjawab . Selang beberapa minit , Firdaus membawa bungkusan makanan dan minuman tersebut lalu diberikan kepada Syasya .

"Wahhhhhh thankyou bakal suami , awak dah makan ?"
Firdaus berkerut lalu menggeleng perlahan .
"Sweetnya diaa .. eh ?"
"Saya beli caramel machiato sebab saya tengok awak suka minum kopi yang cream"
"Awww thankyou bakal cik suami"

Firdaus mengangguk je layan kerenah si Syasya ni .

UNSTOPPABLE  DESTINY ✨🖤🤍Where stories live. Discover now