Usai selesai ijab dan kabul disahkan maka diiringi pula dengan upacara pembatalan air wudhu antara lelaki dan perempuan .
"Nak buat secara tertutup atau terbuka ?" Tanya salah seorang saksi pernikahan mereka .
"Saya buat kat sini .." ucap Ariq tenang sambil perlahan - lahan bergerak kearah Hani .Lalu ia memberikan tangannya kepada Hani dan disambut oleh Hani lalu ia mengucup lembut belakang tapak tangan Ariq .
Dalam pada masa yang sama , Ariq meletakkan tangannya sebelah lagi di ubun-ubun Hani lalu membaca doa yang hanya didengari dia dan Hani . Selesai mengucup tangan Ariq perlahan - lahan ia lepaskan kucupan dan tangan Ariq .
"Terima kasih.. terima saya dalam hidup awak .." ucap Hani yang sedang memandang Ariq tulus . Ariq cuma tersenyum lalu mengangguk perlahan lalu mengucup perlahan dahi bersih Hani .
"Hm sebenarnya kami nak bagit-.."
"Imam , imam . Orang rumah imam pengsan ." Kata seorang penduduk kampung yang sedang tercungap - cungap lalu imam dan yang lain bergegas pulang tapi sempat meminta diri terhadap Hajjah Maryam dan yang lain .Ariq seperti mengesan sesuatu bila Tok Imam mau berkata sesuatu tapi tak kesampaian .
"Daddy .." panggil Hani lalu mengucup tangan Tan Sri Kamal dengan esakan . Ia menunduk lemah di hadapan Tan Sri Kamal dengan esakan .
"Maafkan adik .. adik dah malukan daddy .. adik .. hiks hiks .." Hani tak mampu menghabiskan ayatnya kerana terasa sebak dengan apa yang terjadi .
"Adik .. daddy tak marah pun ..dah jangan nangis .. hodohnya daddy tengok nangis camtu ..tapi adik kena ingat adik dah berkahwin dah ada suami .. apa-apa jadi , your husband is your priority ..bukan daddy dah .. moga adik dan Ariq dapat menjadi sepasang suami isteri yang soleh dan solehah .. " ucap Tan Sri Kamal dengan tulus tapi masih ada sebaknya . Ia mengusap lembut kepala anaknya dengan memandang kearah Ariq .
"Daddy terima kamu sebagai menantu , jaga anak daddy baik-baik .. daddy percayakan Ariq .. Daddy yakin Ariq mampu menjaga dan membimbing Hani dunia akhirat .. kamu dapat menggalas tanggungjawab yang daddy tak sempat berikan dekat Hani .. walaupun daddy berat hati nak lepaskan adik tapi daddy lega .. kalau apa - apa jadi kat daddy lepasni , dah ada orang yang boleh jaga adik .." Hani teresak sambil memeluk Tan Sri Kamal .
"Puan ni ..mommy Hani ..?"
"Eh bukan .. saya Safiya .. PA Tan Sri Kamal.." ucap Safiya di sebelah Tan Sri Kamal dengan senyuman .Ariq dan Hajjah Maryam menganguk perlahan .
"Saya pula Firdaus ..pemandu Tan Sri" Firdaus segera mengenalkan diri setelah melihat Hajjah Maryam seperti ingin berkata sesuatu apabila memandang wajahnya ."Kacaknya pemandu Tan Sri.." ucap Hajjah Maryam .
"Maktok ni ..." Ariq berkerut bila mendengar apa yang dibicarakan Hajjah Maryam tapi diiringi dengan gelakan orang sekitar ."Hiks .. maktok ni menyempat lagi la .. bang Daus tu milik kawan Mairah dah .." kata Hani yang masih dengan esakan tetapi dah lepas dari pelukkan Tan Sri Kamal .
"Eh sejiwa pula dua pengantin baru ni .." ucap Hajjah Maryam dengan usikan .
"Firdaus .. pergi panaskan kereta ..dah lewat ni .. tak elok pula .." ucap Safiya perlahan takut didengari Hajjah Maryam."Ehh bermalam la kat sini .. bilik pun banyak kosong .. ke Tan Sri tak sudi tinggal rumah buruk macamni .." tegur Hajjah Maryam dengan mimik muka sedih .
"Bukan camtu .. manada tak sudi Puan .. cuma..tak manis la dipandang orang .. lagipun saya dan PA saya ni bukan mahram..jadi tak elok pula kalau kami berdua-duaan sepanjang hari .. " ucap Tan Sri Kamal dengan penolakkan yang sopan .
![](https://img.wattpad.com/cover/289462292-288-k391082.jpg)
YOU ARE READING
UNSTOPPABLE DESTINY ✨🖤🤍
General FictionBertunang dengan orang lain , Berkahwin dengan orang lain ?! The most ridiculous story for Syed Ariq Rizzwan tapi semua itu kehendak Ilahi , setiap pertemuan ada hikmahnya tersendiri . ------------------------------------------------------- "kenapa...