-007-

14 3 0
                                        

-nak bagi warning part ni , ada matured content , bubye-

camne la boleh tak muat jari Fira ea ? padahal abang rasa dah betul . 14 kan ?" tanya Ariq sambil memandu keretanya .

"16 la tapi Fira tak suka la design cincin ni , nampak simple sangat .." ujar Fira . Ia memang tak menyukai cincin yang diberi Ariq kerana designnya tak terlalu menonjol . Orang kahwin pakai cincin yang menonjol la kan ?

"baiklahh , nanti abang survey design yang baru - baru ye" ujar Ariq sambil menggeleng perlahan dengan sikap tunangnya ini .

"sekarang nak makan kat mana?" tanya Ariq sambil fokus dengan pemanduannya . Manakala Fira sedang fokus dengan phonenya .

"hah ? em Fira ikut je tapi bukan mamak boleh ? tak selesa la pergi tempat macamtu .. panas macamni , kalau masuk kedai aircond kan best ? kan bang ?" kata Fira eksaited sambil memandang kearah tunangnya itu , kacak . Desis hati Fira .

"baiklah intan payung abang , Fira study punya study camne ? okey ke ?" Saja ja membuka topik , sebab sunyi sangat . Fira sangat busy dengan phonenya ya .

"hah ? abang cakap apa tadi ? "
"abang tanya camne dengan study ? okay ke ?"
"ooo , okay je , takde apa - apa masalah pun.."

Ariq cuma mengangguk perlahan sambil melihat sekeliling untuk cari makan . Bukan tak biasa senyap seperti ini , 2 tahun memang macamni . Takde yang berubah pun , mungkin lepas kahwin berubah la .. kut ?

Selesai saja parking , Ariq menanggalkan seatbeltnya manakala Fira memandang Ariq seperti ingin meminta sesuatu.

"kenapa ?" tanya Ariq pelik . Lalu Fira menghulurkan tangan nya .
"nak pegang tangan abang boleh ?" ujar Fira lembut

Ariq tersenyum lalu berkata "boleh , tapi tak ke lagi best bila dah halal ?" ujar Ariq lembut .

Fira terdiam bukan kerana sentap tapi kerana penjagaan batas Ariq yang betul betul menjaga dirinya sebagai perempuan yang suci.

Keesokkan malamnya , Ricky berkerut melihat Tuannya yang sorang ni bersemangat je jaga roadblock .

"em Tuan .. saya nak tanya sesuatu boleh ?" ujar Ricky perlahan . Yela kang spoil mood kang , tak pasal pasal lak .

"apa dia ?" tanya Ariq sambil menyisip minuman kotak yang telah disediakan . Ricky perhati kan je Tuannya ni dalam mood ceria .

"tuan dah nak kawin ke ?" tanya Ricky direct . Tersembur kawan ni duk syok minum air . Ricky terkejut lalu memberikan tisu kepada Ariq .

"e-eh Tuan m-maaf . Terkejut beno soalan tu ye , maaf Tuan"  ujar Ricky dengan rasa bersalah sambil memberi kan tisu lagi kepada Ariq .

Ariq mengelap mulut dan tempat yang sudah dia sirami . waduh waduh .
"Biar betul soalan awak ni Ricky .. saya baru jumpa tunang saya semalam , takkan kami dah nak kawin .." walaupun hakikatnya Ariq memang ingin mempercepatkan perkahwinan mereka akan tetapi ia menghormati keputusan Afira untuk menghabiskan sambung belajarnya maka 2 tahun lagi ia perlu menunggu .

"tak saya meneka je .. mana tau ..kan ..sebab Tuan nampak bahagia semacam ..." ujar Ricky .

Ariq menggeleng kepalanya sambil mengelap mulut nya.
"sebab saya jumpa dia semalam satu hal , sebab ni kawasan ni .. kampung saya " kata Ariq "..saya memang bercadang nak pulang ke kampung harini"  ujar Ariq tenang .

"ooo patut la .."
"kenapa awak boleh terfikir macamtu ?"
"apa ? kahwin ke ?"

Ariq mengangguk perlahan .
"Tuan punya seri.. macam orang nak kawin .. takpun ...."
"takpun apa ?"
"nak dapat baby.. ha camtulah .. dia punya seri tu " Ariq berkerut .
"merapu la awak ni ." ujar Ariq sedangkan hatinya merasa berdegup kencang . kahwin , mengandung .

UNSTOPPABLE  DESTINY ✨🖤🤍Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang