Di suatu sudut dalam pejabat, terlihat sosok seseorang yang sedang merasa bahagia namun riak mukanya sedikit kebosanan apabila melihat angka jam di tangan baru menunjukkan pukul 11:20 pagi .
"Haihhhhhh lamanya nakkkk lunch ni" ujarnya lalu menekupkan muka di atas meja berlapikkan kedua tangannya . Ia mengangkat kepalanya lalu meletakkan tangan di dagu untuk berfikir sesuatu .🤔
"Nak suruh MakNah masak apa ea .. em em em .. ke nak makan kat luar je ? Tapi lagi afdhal aku yang masakkan kan kan tapi .. em .. camne ea .. kalau aku masa-.."
"Kau ni muka je cantik , tapi gila . Cakap sesorang ." Ujar seseorang . Dua orang ni je boleh roasting Hani macamni . Tak Syasya , si Hafeez penyambung . Tak takut boss dua orang ni . Elok lah kalau disatu-..
"Kau ni tengah mengumpat aku dalam hati kan ?" Ujar Syasya lalu duduk di depan Hani dengan beberapa fail . Hani menggeleng dengan kerutan . Heh . Pandai gak minah ni .
"Apehal masuk bilik aku tak ketuk dulu hah ?"
"Saja nak kejutkan boss aku yang tengah putus cinta ." Ujar Syasya dengan sengihan .
Hani mencebik . Orang tengah bahagia , cakap putus cinta lak .
"Kau ni kenapa ha , buat aku annoying camni . Aku tengah hepi ni" Masih dengan cebikkan tadi , Hani mengambil fail - fail tadi lalu diletakkan di depannya .
"Aku ni yang kenapa ? Kau tu yang kenapa .. haritu beria cakap crush eh silap ex crush kau tu dah ada awek sebelum pergi kampung apa entah , lepastu cuti lama tuptup bertudung . Ke kau jumpa crush baru hah kat kampung tu ?" Kata Syasya panjang lebar .
"Kalau ye , kenapa ?"
"Jadi betulla sangkaan aku , kau bertudung ni sebabkan manusia ?"
Hani berkerut . Aku bertudung sebab Ariq ?
"Tak ." Malas Hani nak ulas panjang lalu buka fail-fail tersebut .
"Merajuk pula , kau tau ke nak buat apa dengan fail tu ?"
Hani menggelengkan kepalanya .
"Bagi signature je , nanti yang lain aku handle" ujar Syasya .
Hani hanya mendiamkan diri tapi tangannya ligat menanda tangani kertas - kertas yang disuruh Syasya .
"Kau memang taknak bagitau aku ke kenapa kau dah start bertudung ni ?"
Hani menggelengkan kepalanya dan masih lagi fokus dengan tugasannya .
"Kau berhijrah sebab tengok abang polis pujaan hati kau tu dah dimiliki orang lain kan ? Dengan bertudung camni , kau ingat dia nak pandang kau ke ?" Hani memberhentikan pergerakannya lalu memandang Syasya .
"Lepasni kau hantar fail-fail ni kat daddy sendiri . Aku nak keluar . " Ujarnya . Dengan nada yang datar . Mostly pekerjanya akan menghantar semua fail kepadanya kerana malas nak jumpa CEO besar tu . Tan Sri Kamal memang strict . Sangat strict .
Tapi nampak gayanya , Syasya tersilap mulut . Tan Sri Kamal kalau marah memang singa mengaum , dengan Hani pun garang kemain , apetah lagi pekerja yang selalu membuat silap . Itu dengan anak sendiri pun garang kemain , inikan pula orang lain .
"Satu lagi . Aku bertudung bukan sebab mana-mana manusia . Dan kau takde hak nak persoalkan sejak bila aku bertudung dan kenapa aku bertudung." Hani bangun lalu mengambil beg tangan di sampingnya dan terus keluar tanpa menoleh melihat muka bersalah Syasya .
🌻
Hani membawa keretanya sambil berfikir sesuatu .
"Lupa lak dia kerja kat mana .. kat balai ni ke ? Rasa takut lak masuk dalam ni ."
Hani memberhentikan keretanya di luar balai polis lalu melilau melihat sekeliling . Gerun . Balai polis . Huhuhuhu , datang serah diri buat salah apa haa ?
"Dia cakap ada meeting sampai pukul 1 .. ni baru 12:30 .. uwah aku ganggu ke ea ? Dia pun satu tak cakap kat mana dia kerja . Boleh ke datang kacau kat sini ? Haih .. cuba la tanya .." ujarnya sambil membetulkan awning tudungnya menggunakan cermin pandang belakang .
"Cantiknya Hani Humairah ni ehehe" ujarnya dengan sedikit bangga . Ish ish . Overkonpiden . Ia keluar dari kereta dan membimbit beg tangan miliknya , dengan sedikit gemuruh ia masuk ke dalam balai polis tersebut .
"Assalamualaikum .."
"Wa'alaikummusalam .. ye cik ? Boleh saya bantu ?"
Hani terpegun melihat akak polis yang cantik ni . Uwah memang geng visual ke geng polis ni ?
"Boleh saya tanya .. ada tak polis yang nama Ariq ?" Ujar Hani dengan sengihan kekok . Akak polis tu berkerut .
"Polis nama Ariq ? Boleh saya tau dia pangkat apa ea ? Senang nak cari dalam komputer" Ujarnya sambil melihat muka kebingungan Hani .
Ha sudah . Dia pangkat apa ?
"Kenapa ni ? Ada apa-apa berlaku ke ?" Tanya seorang anggota polis lelaki yang baru memasuki balai . Hani berpaling melihat gerangan tersebut .
"Cik ni cari polis nama Ariq , tapi saya tak rasa anggota tersebut ada di balai ni ." Ujar polis perempuan tersebut .
"Ohh .. Insp.Ariq takde dekat sini , dia ada kat Ipd , mungkin cik boleh cari dia kat sana" ujar polis lelaki itu .
Hani terdiam melihat gerangan lelaki ini . Familiar gila muka mamat ni . Tapi jumpa kat mana eh ?
"Oh.. terima kasih huhuhu" ujarnya dengan sengihan lalu pamit dari situ .
"Ada yang boleh saya bantu , Asp Nazreen ?"
"Saya nak pickup fail kes rompakan yang saya tertinggal tadi . Sarjan Omar ada kan ?" Tanya Nazreen dengan senyuman .
Hani masuk ke dalam keretanya .
"Macam familiar gila muka mamat tu . Tapi kat mana eh ?? Sekolah sekali ke ??" Hani memejam matanya.
"Crush sape ni ? Bukan crush aku ni ." Ujarnya dengan kerutan .
"Ah biarlah . Tak masalah sekarang ni . Cik somi aku takde kat sini . 30 minit aku drive cari balai ni alih-alih dia lak yang takde ish ish . Habistu aku nak pergi mana ni , takkan nak masuk office balik ?" Hani menghidupkan enjin keretanya .
"Em ikut la pergi mana pun ." Katanya sambil memusingkan steering kereta lalu keluar dari perkarangan balai polis tersebut .
Nazreen keluar dari balai dengan agak tergesa untuk mengejar Hani namun Hani sudah tiada disitu .
"Aku rasa tu macam Hani ... Kawan ex aku .. " gumamnya .
🌻
Usai selesai transfer duitnya kepada keluarga di kampung , Firdaus keluar dari bank dan membuang resit ke dalam tong sampah .
"Hai bang jodoh !" Ujar seseorang yang kebetulan lalu di situ . Firdaus berpaling melihat gerangan tersebut .
"Abang sorang ke ?" Tanya gerangan tersebut . Firdaus hanya mengangguk . Mulutnya terasa berat sungguh untuk bercakap atas beberapa faktor . Tambahan pula , orang di depannya ini termasuk dalam faktor tersebut .
"Jom lunch sekali nak ?" Tanyanya lagi . Firdaus mengeluh perlahan .
"Ajak la lelaki lain , saya malas." Ujarnya malas . Malas nak layan orang di depannya ini . Entah moodnya yang suram menjadi swing pula . Tersangat swing .
Syasya berkerut . Lelaki lain ? Aku selalu keluar dengan lelaki lain ke ? Firdaus menggelengkan kepalanya lalu beredar dari situ tanpa sempat Syasya berkata apa - apa .
ANDA SEDANG MEMBACA
UNSTOPPABLE DESTINY ✨🖤🤍
General FictionBertunang dengan orang lain , Berkahwin dengan orang lain ?! The most ridiculous story for Syed Ariq Rizzwan tapi semua itu kehendak Ilahi , setiap pertemuan ada hikmahnya tersendiri . ------------------------------------------------------- "kenapa...
