Bab 1

1K 31 1
                                    

"Abang pergi kerja dulu yea?abang ada meeting dengan CEO tu harini" kata Dato Firdaus. Datin Adilla mengangguk lalu menyalami tangan suaminya lembut.Kereta milik Dato Firdaus segera beredar dari perkarangan rumah mereka.Datin Adilla menaiki tangga lalu menuju ke bilik Ariena,Ariena anak tunggal.

Datin Adilla mengetuk pintu bilik anaknya."Riena,mama ada benda nak cakap ni"kata Datin Adilla.

"Masuk lah ma,tak kunci pun" balas Ariena dari dalam biliknya.Datin Adilla pun masuk kedalam.

"Apa yang mama nak cakap tuh?macam penting je"Teka Ariena sambil duduk bersila diatas katilnya.

"Yes,memang penting "balas Datin Adilla.Dahi Ariena berkerut.

" Apa?"soal Ariena yang ingin tahu itu.

"Ok listen to me,mama nak kamu kahwin dengan seorang CEO"kata Datin Adilla.

Terkejut beruk Ariena mendengar perkataan 'Kahwin'.

"W-what? For what mama?"Soal Ariena terkejut.

"Cause dia akan bagi 50% untuk syarikat papa..kamu tahu kan syarikat papa hampir bankrupt,"balas Datin Adilla.

"Mama gila ke?syarikat papa tapi yang jadi mangsanya Riena yang kena kahwin dengan orang yang Riena tak kenal" balas Ariena yang sudah berdiri dihadapan Mamanya.

Pang!

Datin Adilla telah menampar Pipi Ariena.

"Mama tak ajar anak mama kurang ajar macam ni! Kenapa Riena susah sangat nak ikut cakap mama?susah ke?"Tengking Datin Adilla.

Air mata Ariena tidak berhenti mengalir,kesan tamparan dari mamanya sangat berbisa.

"Sampai hati mama kan! Riena benci mama!Get out mama!"Halau Ariena.Datin Adilla segera keluar dari bilik anaknya dengan perasaan marah.

Ariena pun mengunci pintu lalu menangis teresak-esak,dia tidak mahu berkahwin , dia baru 18 kot,gila ko.

Tiba-tiba Ariena mendapat satu idea,iaitu untuk meminta tolong Raisya.Raisya merupakan kawan baiknya sejak menuntut ilmu di universiti.Itulah satu satunya kawan baik yang dia pernah ada.

Ariena pun mencapai iPhone nya lalu menelefon Raisya."Hello Rai,kau kat mana?boleh tolong aku?"Soal Ariena dipanggilan itu."Sorry Riena,aku kat London ni,daddy aku suruh uruskan syarikat dia,maybe minggu depan aku balik, kau nak minta tolong apa"balas Raisya.

"Err tak apa lah kalau macamtu bye"balas Ariena lalu mematikan panggilan.Ariena buntu,dia masih memikirkan cara untuk keluar dari rumah ini.

Tiba-tiba satu idea muncul diotaknya.Ariena mengambil iPhonenya dan barang yang penting sahaja lalu diisi kedalam handbagnya.Ariena mengambil selimutnya lalu mengikat selimut itu ditingkap.Dia mahu keluar ikut tingkap.Nasiblah biliknya itu berada di tingkat dua je.

Ariena pun selamat mendarat dibawah.Dia memandang sekeliling,tiada orang yang nampak!yes line clear!.Ariena berlari keluar dari perkarangan rumahnya lalu mencari Grab ,namun tiada.

Tiba-tiba dia ternampak sebuah kereta Mercedes Benz yang berhenti ditepi jalan.Tanpa melengahkan masa,Ariena pun pergi kearah kereta itu.

"Err maafkan saya encik,encik boleh tak tumpangkan saya?kalau boleh,bawak saya jauhdari sini" kata Ariena.

"Oh,nak kemana?"Soal Lelaki tersebut.Dia memasang wajah dinginnya.

"Mana-mana je asalkan jauh dari sini"balas Ariena.

"Ok ,boleh"balas Lelaki tersebut.Selepas mendapat kebenaran,Ariena segera memasuki kereta mewah tersebut.

Lelaki itu menekan minyak kereta tersebut lalu kereta itu terus berderum dengan laju.

"Nama kau apa?"Soal Lelaki yang sedang memandu dan mengenakan spek mata hitam itu,Segak!

" Er nama saya Ariena tapi encik panggil je saya Riena"balas Ariena.

"Oh,umur?"Soal Lelaki itu.

"18 encik "balas Ariena kaku.

"Kau tak payah nak ber encik encik dengan aku,panggil je aku Aryan"balas Aryan dingin.

"O-ok"balas Ariena takut takut selepas mendengar suara garau lelaki itu.

"Kita nak kemana ni ?"Soal Ariena.

"Johor,aku ada rumah kat sana,kita duduk sana"balas Aryan tenang.Sebenarnya, Aryan adalah lelaki yang sangat digeruni semua orang di Kuala Lumpur,boleh dikatakan mafia tersohor lah ni,ajaran Pakciknya.

My Encik Psycho [OG]Where stories live. Discover now